Rezal Zambery Puji Semangat Tak Kenal Erti Penat Pemain Kelantan DN

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya memuji semangat juang yang tinggi yang dipamerkan pasukan itu baru-baru ini. Selepas tewas dalam empat perlawanan Liga Malaysia (Liga M) termasuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Piala FA 2024, Kelantan DN akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama liga. Kemenangan itu diraih dalam aksi keempat liga […]

Bajet Kelantan Darul Naim Cecah RM12 Juta

Bajet pasukan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk musim 2024/25 mencecah angka RM12 juta. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh presiden pasukan yang diberi jolokan Kijang Emas itu, Rozi Muhamad kepada portal Harimau Malaya baru-baru ini. Beliau melihat bajet tersebut sebagai munasabah memandangkan pasukan itu menguruskan lima pasukan bermula musim 2024/25. Ini termasuk pasukan Piala […]

Kelantan Darul Naim & CHS Football Korea Jalin Kerjasama

Nama Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) bakal lebih dikenali di Korea Selatan selepas menjalin kerjasama dengan CHS Football Korea. Pengumuman kerjasama ini diumumkan pengurusan Kijang Emas di platform media sosial rasmi pasukan itu hari ini. Pemeteraian perjanjian diadakan di pejabat urusan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu petang semalam. Presiden kelab, YB […]

Kelantan Darul Naim Fokus Naik Taraf Stadium Sultan Muhamad Ke-IV

Kerajaan negeri Kelantan kini fokus menaiktaraf stadium keramat Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV). Perkara ini dinyatakan oleh Exco Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad menerusi satu hantaran video di akaun TikTok beliau. Salah satu fokus penaiktarafan yang mahu diselesaikan ialah isu papan mata elektronik stadium yang […]

Berita Kelantan Jadi Bualan Orang Korea

Nama pasukan Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menjadi bualan di Korea Selatan baru-baru ini. Ini selepas pasukan itu mengumumkan perlantikan Park Jae-hong sebagai jurulatih baru Kijang Emas untuk musim 2024/25. Perlantikan bekas jurulatih kelab K3 League, Yangju Citizen itu mendapat perhatian di negara itu menerusi satu artikel yang disiarkan di portal Goal […]

Park Jae-hong Sah Jurulatih Baharu Kelantan

Spekulasi tentang siapa jurulatih baru Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akhirnya terjawab apabila Park Jae-hong diumumkan sebagai jurulatih baru pasukan itu. Perlantikan jurulatih Korea Selatan berusia 45 tahun itu diumumkan pengurusan Kijang Emas di platform media sosial rasmi mereka semalam. Ini menjadikan Jae-hong sebagai jurulatih Korea ketiga yang melatih pasukan di Malaysia selepas Kim […]

Jalil Elias & Oday Kharoub Bawa Tarikan Berbeza Ke Liga Super

Kehadiran dua bintang import baru Liga Super, Jalil Elias dan Oday Kharoub dijangka menambah tarikan berbeza menjelang musim 2024/25 yang bermula pada bulan hadapan. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Elias bukan saja hadir dengan reputasi sebagai pemain paling mahal dalam Liga Super dengan nilai semasa €3 juta (RM15 juta). Malah, pemain tengah Johor […]

Bintang Liga Utama Korea Kini Perkuat Kelantan

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus memantapkan pasukan dengan membawa masuk kuartet pemain dari Korea Selatan. Semalam, Kelantan mengumumkan perpindahan Kim Ri-gwan, Koo Ah-oe, Bae Kyung-hwan dan Jung Byung-ju di platform media sosial rasmi mereka. Menurut Presiden KDN FC, Rozi Muhamad, kehadiran Ri-gwan dari kelab Daegu FC dijangka memperkukuh barisan pertahanan Kijang Emas. Sementara […]

Menyinar Di Georgia, KL City & Kelantan Berminat Dapatkan Taiki Kagayama

Selepas berkelana di bumi Georgia, bintang Jepun, Taiki Kagayama kini menjadi sasaran dua kelab Liga Super. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan KL City FC dan Kelantan Darul Naim FC berminat mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu. “Kuala Lumpur dilaporkan sedang mengintai khidmat pemain tengah Jepun, Taiki Kagayama. Beliau baru saja tamat kontrak […]

Rezal Zambery Yahya Dilantik Penolong Jurulatih Kelantan Darul Naim

Menjelang musim baru Liga Super musim 2024-2025, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mengumumkan Rezal Zambery Yahya sebagai penolong ketua jurulatih pasukan itu. Perkara ini diumumkan pengurusan Kijang Emas menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “Barisan pegawai dan kejurulatihan Kelantan Darul Naim FC (termasuk Rezal Zambery Yahya) menandatangani kontrak musim […]