Vietnam ‘Bantai’ Skuad Muda Myanmar

Skuad Vietnam Bawah 16 Tahun (B-16) mara ke separuh akhir Kejuaraan ASEAN B-16 2024 dengan membelasah Myanmar 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B. Vietnam perlu menewaskan Myanmar untuk bergelar juara Kumpulan B selepas diikat 1-1 dengan Kemboja pada 25 Jun lalu. Manakala Myanmar pula perlu menang jika ingin layak sebagai naib juara terbaik kumpulan. Separuh […]
Myanmar ‘Lanyak’ Skuad Muda Brunei 8-1

Pasukan Myanmar Bawah 16 Tahun (B-16) bangkit daripada kekalahan pertama Kumpulan B Kejuaraan ASEAN B-16 2024 dengan membelasah Brunei di Stadium Sriwedari, Surakarta, Indonesia. Selepas tewas kepada Kemboja dalam aksi pertama kumpulan, Myanmar perlu bangkit jika ingin mara ke separuh akhir sebagai naib juara terbaik kumpulan. Sementara Brunei pula mahu menebus maruah selepas dibelasah 15-0 […]
“Percaturan Malaysia Berjalan Lancar” – Javier Ribera

Pengendali skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera mengakui berpuas hati dengan prestasi anak buahnya bila menentang Timor Leste pada 23 Jun lalu. Skuad negara membuka kempen Kumpulan C Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan pesta gol apabila membelasah Timor Leste 5-0. Gol skuad negara disumbang oleh Izzuddin Afif Nazarudin, Fahmi Nor Farizamal, Awal […]
Skuad Muda Laos Bangkit Kalahkan Singapura

Skuad Laos Bawah 16 Tahun (B-16) bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Singapura 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Kejuaraan B-16 ASEAN 2024. Kedua-dua pasukan ini turun di Stadium Manahan, Surakarta dengan misi berbeza. Laos perlu menang untuk meningkatkan peluang bergelar juara Kumpulan A. Sementara Singapura yang dibimbing Angel Toledano pula perlu menang jika ingin menghidupkan […]
Skuad Muda Malaysia Belasah Timor Leste Tanpa Belas Kasihan

Skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) membuka kempen Kumpulan C Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan menewaskan Timor Leste dalam aksi pertama kumpulan. Kedua-dua pasukan memburu kemenangan dalam aksi pertama Kumpulan C selepas Australia dan Thailand terikat tanpa jaringan dalam aksi awal kumpulan. Skuad negara yang dibimbing Javier Jorda Ribera menurunkan barisan terkuat termasuk dua peledak […]
Rahsia Skuad Muda Malaysia Dalam Genggaman Brad Maloney

Pertembungan skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) dengan Australia dalam Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dalam Kumpulan C dijangka hangat. Ini kerana pasukan yang diberi jolokan The Joeys itu dibimbing bekas pengendali Malaysia B-23, Brad Maloney. Kelibat beliau dilihat dalam sidang media pra-perlawanan Kumpulan C. Selain Maloney, sidang media itu turut dihadiri pengendali skuad negara, Javier […]
Javier Ribera Mahu Bina ‘Rumah’ Bermula Dari Lantai Bersama Malaysia

Pengendali baru Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera mahu membina asas yang kukuh untuk membantu skuad negara mencabar di peringkat antarabangsa. Skuad negara berangkat ke Surakarta, Indonesia pada 20 Jun bagi mengharungi cabaran Kejuaraan B-16 ASEAN 2024. Ini sebahagian daripada persiapan skuad muda Malaysia untuk mengharungi kelayakan Piala Asia B-17 2025 yang berlangsung […]
23 Pemain Malaysia B-16 Galas Misi Kejuaraan B-16 ASEAN

Barisan akhir 23 pemain Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) telah dipilih untuk Kejohanan B-16 ASEAN yang akan bermula beberapa hari saja lagi. Ini selepas barisan 23 pemain itu diperkenalkan dalam satu sidang media khas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. Selain memperkenalkan barisan pemain, sidang media itu […]
Pemain JDT & AMD Dominasi Senarai Akhir 29 Pemain Ke Kejuaraan B-16 Asean

Barisan pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) mendominasi senarai akhir skuad Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16) hari ini. Skuad ini merupakan skuad yang akan jurulatih Sepanyol, Javier Jorda Ribera untuk saingan Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 yang berlangsung dari 21 Jun hingga 4 Julai ini. Antara nama yang menonjol dalam […]