Australia Raih Tempat Ke-3, Atasi Skuad Muda Malaysia

Aksi Piala AFF B-19 menyaksikan Australia meraih kemenangan ke atas skuad muda Malaysia. Skuad kendalian Juan Torres mahu menebus kehampaan selepas ditundukkan Indonesia pada aksi separuh akhir tempoh hari. Jentera pertahanan skuad muda negara diuji hebat dalam 20 minit pertama permainan oleh Australia. Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila pemain sayap lincah, Marcus Younis menewaskan […]

Siaran Langsung AFF B-19: Thailand vs Indonesia (Live Streaming)

Aksi final Piala AFF B-19 melibatkan pertembungan antara Thailand dan Indonesia. Sang Garuda mencatatkan kemenangan tipis ke atas Malaysia B-19 dengan keputusan 1-0 sementara Thailand juga mengatasi Australia B-19 dengan jaringan sama. Semangat beraksi di laman sendiri sudah pasti mahu dimanfaatkan oleh Indonesia B-19 dalam misi menjulang kejuaraan besar ini. Thailand pula tidak mahu mempersiakan […]

Siaran Langsung Piala AFF B-19: Australia vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi Piala AFF B-19 dihangatkan dengan penentuan tempat ke-3 melibatkan Australia dan Malaysia. Hajat skuad muda negara melangkah ke pentas akhir tidak kesampaian apabila tunduk 1-0 di tangan tuan rumah, Indonesia. Australia pula dihukum oleh kesilapan sendiri apabila ditewaskan oleh Thailand dengan jaringan sama sekaligus bakal berdepan Malaysia B-19. Ketua Jurulatih Malaysia B-19, Juan Torres […]

Thailand Ke Final, Kuburkan Skuad Muda Australia

Thailand menempah tiket ke pentas final apabila menguburkan skuad muda Australia. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan misi untuk melangkah ke peringkat akhir kejohanan. Skuad Gajah Perang mendapat tonik awal hasil kesilapan pelik penjaga gol Australia, Peraic-Cullen pada minit ke-5 yang gagal menahan bola seterusnya masuk ke dalam gawang. Australia menggandakan asakan ke arah kubu […]

Siaran Langsung AFF B-19: Indonesia vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi separuh akhir kempen Piala AFF B-19 bakal melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Malaysia. Pengendali skuad B-19 tahun negara, Juan Torres Garrido dalam sidang media pra-perlawanan yakin dengan kemampuan para pemain biarpun sedar dengan kebolehan serta kelebihan yang dimiliki kem garuda ketika ini. Beliau anggap ujian sebenar buat skuad kendaliannya adalah ketika bertemu Indonesia […]

Indonesia Pantau 3 Pemain Muda Malaysia

Pakar meminta agar Indonesia memantau kudrat 3 pemain Malaysia B-19. Aksi getir menanti penyokong rantau ini apabila skuad muda Sang Garuda bakal berdepan anak didik Juan Torres pada aksi separuh akhir Kejuaraan Asean B-19. Indonesia muncul juara Kumpulan A manakala Malaysia B-19 turut cemerlang dalam Kumpulan C dengan 7 mata daripada 3 perlawanan. Pemerhati bola […]

Pengulas Indonesia Anggap Malaysia Lebih Bahaya Berbanding Thailand

Pengulas Indonesia melabel bahawa aksi Malaysia jauh lebih berbahaya berbanding Thailand. Situasi ini terjadi ketika pertembungan antara skuad muda negara menentang Thailand B-19 dalam Kejuaraan Asean B-19. Pertarungan sengit itu memaksa kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata dengan Malaysia B-19 muncul juara Kumpulan C. Indonesia bakal menjadi halangan besar anak didik Juan […]

Aksi Idaman Indonesia & Skuad Muda Malaysia Di Separuh Akhir

Aksi idaman antara Indonesia dan skuad muda Malaysia bakal berlaku bagi aksi separuh akhir Piala AFF B-19. Skuad kendalian Juan Torres Garrido mempamerkan kebangkitan memukau untuk mengikat Thailand dengan keputusan 1-1. Hal ini memastikan skuad muda negara selaku juara bertahan edisi lalu berjaya melangkah ke separuh akhir buat kali ke-5 berturut-turut. Skuad muda negara merakamkan […]

Malaysia ‘Rantai’ Thailand, Ke Separuh Akhir Selaku Juara Kumpulan

Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 apabila merantai skuad muda Thailand dengan keputusan 1-1. Anak didik Juan Torres bagaimanapun memulakan perlawanan dengan ujian sukar apabila skuad Gajah Perang membuka tirai jaringan pada minit ke-5. Usaha mengekang gerakan pemain sayap lincah Thailand membawa padah apabila Caelan Tanadon berjaya menewaskan Faez Iqhwan untuk gol […]

Siaran Langsung AFF B-19: Malaysia vs Thailand (Live Streaming)

Aksi terakhir Kumpulan C Piala AFF B-19 bakal melibatkan pertarungan antara Malaysia dan Thailand di Indonesia. Skuad kendalian Juan Torres memperagakan persembahan membanggakan selepas menewaskan Brunei 11-0. Kelebihan itu dibawa ketika berdepan Singapura apabila menundukkan lawan dengan jaringan besar iaitu 5-0. Ujian sebenar skuad muda negara adalah menentang Thailand B-19 yang turut merakamkan dua kemenangan […]

Vietnam Belasah Skuad Muda Laos Penuh Suka & Duka

Vietnam membelasah skuad muda Laos dalam keadaan suka dan duka dengan keputusan 4-1. Pasukan bimbingan Hua Hien Vinh tewas dua perlawanan awal menentang Australia sebelum hanya mampu seri berdepan Myanmar. Usaha merekodkan kebangkitan bagaimanapun bermula apabila berjaya meledak jaringan awal menerusi percubaan kencang Nguyen Hoang Anh seawal 5 minit permainan. Cubaan Laos untuk bangkit segera […]

AFF B-19: Malaysia Layak Awal, Rekod Jaringan Terlalu Besar

Aksi AFF B-19 menyaksikan Malaysia berjaya layak awal dengan rekod jaringan yang terlalu besar. Persembahan cemerlang yang dipamerkan oleh anak didik Juan Torres Garrido telah membuahkan hasil untuk membantu skuad muda negara menempah tiket ke separuh akhir. Kemenangan 11-0 ke atas Brunei memberikan motivasi tambahan kepada skuad muda negara sebelum mengatasi Singapura dengan keputusan 5-0 […]

Skuad Muda Filipina Hidupkan Peluang, Atasi Timor Leste

Skuad muda Filipina lulus ujian kedua apabila menundukkan Timor Leste dengan keputusan 2-0. Filipina menurunkan beberapa nama seperti Castro Alonso, Angelo Arnado, Abrera, Medex dan lain-lain. Timor Leste juga diperkuat dengan Quintao, Berdila Da Silva, Da Costa dan lain-lain. Kedua-dua pasukan cuba untuk mengatur serangan awal bagi mendapatkan jaringan pembukaan perlawanan. Usaha itu berjaya dimanfaatkan […]

Skuad Muda Malaysia ‘Baham’ Brunei 11-0

Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) membuka kempen Kejuaraan ASEAN B-19 2024 dengan langkah kanan apabila membelasah Brunei 11-0 dalam aksi pertama Kumpulan C. Malaysia selaku juara bertahan edisi 2022 dilihat pasukan pilihan untuk perlawanan ini. Sementara Brunei pula berharap dapat mengekang anak buah Juan Torres Garrido daripada meraih kemenangan besar. Hajat Tabuan Muda tidak […]

Siaran Langsung AFF B-19: Malaysia vs Brunei (Live Streaming)

Perlawanan pertama Piala AFF B-19 melibatkan pertembungan antara Malaysia dan Brunei. Skuad kendalian Juan Torres Garrido dalam misi untuk meraih 3 mata penting selain mempertahankan kejuaraan di Indonesia. Beliau bagaimanapun optimis untuk memastikan anak buahnya memperagakan aksi terbaik pada aksi pembukaan menentang Brunei. “Belum ada lagi (bayangan kesebelasan utama), semua pemain kini dalam keadaan terbaik […]

Pemain JDT & Selangor Dominasi Senarai Akhir Malaysia B-19 Di Indonesia

Menjelang kempen Kejuaraan ASEAN Bawah 19 Tahun (B-19) 2024, pengendali Malaysia B-19, Juan Torres Garrido telah memuktamadkan senarai pemain yang akan beraksi di kejohanan itu. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 23 pemain yang akan menggalas cabaran skuad negara di Surabaya, Indonesia. Majoriti pemain yang dipanggil datang dari pasukan Johor Darul Ta’zim […]