Malaysia Sedia Hadapi Cabaran Indonesia

Pengendali Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido melihat anak buahnya bersedia menghadapi cabaran negara serumpun, Indonesia. Malaysia layak ke separuh akhir selaku juara Kumpulan C Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Kejayaan ini dicapai meskipun skuad negara diikat 1-1 oleh Thailand dalam aksi terakhir kumpulan pada 25 Julai lalu. Ini disebabkan Harimau Muda telah merekodkan […]
Tiket Aksi Indonesia B-19 & Malaysia Dijual RM14, Dijangka Penuh Satu Stadium

Aksi separuh akhir Kejuaraan ASEAN Bawah 19 Tahun (B-19) 2024 membabitkan tuan rumah, Indonesia dan Malaysia dijangka menjadi tumpuan ramai. Kedua-dua pasukan serumpun Nusantara itu berjaya layak ke separuh akhir selepas muncul juara kumpulan masing-masing. Indonesia muncul juara Kumpulan A selepas merekodkan tiga kemenangan berturut-turut. Sementara Malaysia muncul juara Kumpulan C menerusi kelebihan jaringan meskipun […]
Zaquan Adha Cadang Pemain Muda Berkelana Di Luar Negara

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak berharap lebih ramai pemain muda negara berkelana di negara asing. Zaquan berpandangan sedemikian selepas melihat barisan Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam saingan Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Menariknya, salah seorang anak buah Juan Torres Garrido iaitu Muhammad Abu Khalil menjadi pemain Malaysia terbaru berkelana di […]
Jurulatih Thailand Yakin Dapat Tewaskan Malaysia

Jurulatih Thailand Bawah 19 Tahun (B-19), Emerson Pereira percaya anak buahnya mampu menewaskan musuh tradisi mereka, Malaysia. Selepas dua perlawanan Kumpulan C Kejuaraan ASEAN B-19 2024, Malaysia dan Thailand mengumpul enam mata. Kelebihan jaringan besar yang dimiliki anak buah Juan Torres Garrido memastikan mereka mendahului kumpulan ketika ini. Harimau Muda merekodkan 16 jaringan dalam dua […]
“Tiada Pengalaman Punca Balik Awal” – Jurulatih Vietnam

Pengendali skuad Vietnam Bawah 19 Tahun (B-19), Hua Hien Vinh menyifatkan ketiadaan pengalaman menjadi punca pasukan itu tersingkir dari Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Vietnam perlu menang ke atas Australia dalam aksi kedua Kumpulan B untuk menghidupkan peluang layak ke separuh akhir. Malangnya, apa yang dimahukan Hien Vinh tidak kesampaian. The Young Socceroos yang dianggap antara […]
Indonesia Leburkan Kedegilan Skuad Muda Kemboja

Skuad Indonesia Bawah 19 Tahun (B-19) mencerahkan peluang layak ke separuh akhir Kejuaraan ASEAN B-19 2024 apabila menundukkan Kemboja dalam aksi kedua Kumpulan A. Garuda Muda sedar mereka perlu menang sekiranya ingin layak ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A. Sementara The Angkor Warriors juga perlu menang selepas tewas kepada Timor Leste dalam aksi pertama […]
Skuad Muda Australia ‘Titik’ Laos 6-0

Skuad Australia Bawah 19 Tahun (B-19) membuka kempen Kejuaraan ASEAN B-19 2024 dengan kemenangan apabila membelasah Laos 6-0 dalam aksi pertama Kumpulan B. Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mencerahkan peluang layak ke separuh akhir sebagai jura kumpulan. The Young Socceroos yang dibimbing Trevor Morgan terpaksa menunggu sehingga minit ke-16 untuk membuka tirai jaringan menerusi peledak […]
Malaysia B-19 Sedia Gegarkan Bumi Indonesia

Bintang muda Selangor FC III, Izzat Syahir Mohd Zulihsan percaya skuad Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19) sudah bersedia untuk menggegarkan bumi Indonesia. Skuad muda negara bakal bertolak ke Surabaya, Indonesia untuk menyertai Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Malaysia tiba dengan reputasi sebagai juara bertahan selepas menjuarai kejohanan itu pada tahun 2022. Anak buah Juan Torres Garrido […]