AFF B-16: Indonesia Berpuas Hati Raih Tempat Ke-3

Skuad Indonesia Bawah 16 Tahun (B-16) meraih tempat ketiga Kejuaraan ASEAN B-16 2024 selepas membelasah Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga/keempat. Selepas kedua-dua pasukan masing-masing disingkirkan Thailand dan Australia di peringkat separuh akhir, inilah peluang buat Indonesia dan Vietnam menamatkan kempen kejohanan dengan noktah kejayaan. Separuh masa pertama menyaksikan Indonesia mula memberi tekanan kepada Vietnam […]

“Malaysia B-16 Tunjuk Banyak Kemajuan Walau Tersingkir Awal” – Javier Ribera

Pengendali Malaysia Bawah 16 Tahun (B-16), Javier Jorda Ribera percaya skuad negara menunjukkan banyak kemajuan meskipun tersingkir daripada saingan Kejuaraan ASEAN B-16 2024. Skuad negara tidak dapat layak ke pusingan separuh akhir kejohanan selepas hanya mengutip tiga mata dalam Kumpulan C. Satu-satunya kemenangan yang diraih Malaysia B-16 ialah kemenangan 5-0 ke atas Timor Leste. Sementara […]

Vietnam ‘Bantai’ Skuad Muda Myanmar

Skuad Vietnam Bawah 16 Tahun (B-16) mara ke separuh akhir Kejuaraan ASEAN B-16 2024 dengan membelasah Myanmar 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B. Vietnam perlu menewaskan Myanmar untuk bergelar juara Kumpulan B selepas diikat 1-1 dengan Kemboja pada 25 Jun lalu. Manakala Myanmar pula perlu menang jika ingin layak sebagai naib juara terbaik kumpulan. Separuh […]

Myanmar ‘Lanyak’ Skuad Muda Brunei 8-1

Pasukan Myanmar Bawah 16 Tahun (B-16) bangkit daripada kekalahan pertama Kumpulan B Kejuaraan ASEAN B-16 2024 dengan membelasah Brunei di Stadium Sriwedari, Surakarta, Indonesia. Selepas tewas kepada Kemboja dalam aksi pertama kumpulan, Myanmar perlu bangkit jika ingin mara ke separuh akhir sebagai naib juara terbaik kumpulan. Sementara Brunei pula mahu menebus maruah selepas dibelasah 15-0 […]

Skuad Muda Laos Cipta Kejutan Tewaskan Filipina

Skuad muda Laos mencipta kejutan dengan menewaskan Filipina dalam aksi pembukaan Kumpulan A Kejuaraan Bawah 16 Tahun (B-16) ASEAN 2024 di Surakarta, Indonesia. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu diraih dalam aksi pertama kumpulan jika ingin layak ke peringkat separuh akhir sebagai juara Kumpulan A. Sebaik perlawanan bermula, Laos yang dibimbing Kanlaya Sysomvang tampil garang memburu […]

‘Ayah Dari Afrika’ – Saffy Zikry Bakal Kemudi Jentera Serangan Malaysia

Penyerang kacukan berdarah Cameroon-Malaysia, Saffy Zikry Ndongo kini memperkuat jentera serangan skuad muda negara. Pemain berusia 19 tahun itu dipanggil kali pertama oleh Ketua Jurulatih, Juan Torres Garrido bagi membantu Harimau Muda mengharungi kempen Kejuaraan Asean B-19. Beliau beraksi bersama Penang FC ll setelah mengharungi karier yang amat baik bersama Skuad Projek FAM-MSN. Saffy tersenarai […]