Keisuke Honda Tandatangan Kontrak Satu Perlawanan Di Bhutan

Pemain legenda Jepun, Keisuke Honda kembali dari persaraan dan telah menandatangani kontrak satu perlawanan bersama kelab dari Bhutan, Paro FC. Khidmat bekas bintang AC Milan itu ditagih Paro FC bagi aksi penting dalam saingan AFC Challenge Cup menentang juara Liga Nepal 2023, Church Boys United yang dijadualkan pada 13 Ogos. Berita kehadiran Keisuke Honda itu […]

Keisuke Honda Puji Timnas Indonesia

Lagenda bola sepak Jepun, Keisuke Honda sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak di asia tenggara apatah lagi selepas beliau pernah mengendalikan skuad kebangsaan Kemboja dari 2018 hingga Januari 2023. Dalam saingan Piala Asia awal tahun hadapan, Indonesia diletakkan di dalam kumpulan D bersama-sama Jepun, Iraq dan Vietnam. Bagi Honda, Indonesia adalah pasukan yang kuat dan paling […]

“Kamu Akan Saksikan Pemain Terbaik Jepun Di Malaysia” – Keisuke Honda

Bekas ketua jurulatih Kemboja, Keisuke Honda memberi bayangan bahawa rakyat Malaysia berpeluang untuk menyaksikan aksi pemain terbaik Jepun tidak lama lagi. Bintang Piala Dunia Jepun tahun 2010 itu membuat ramai pihak tertanya-tanya selepas beliau membuat kenyataan telah hadir ke Malaysia. Sungguhpun tujuan asalnya agak kabur, jurulatih muda berusia 37 tahun itu teruja untuk bertemu kenalan […]

Keisuke Honda Sudah Tiba Di Malaysia

Lagenda kebangsaan Jepun, Keisuke Honda mengumumkan bahawa beliau sudah tiba di Malaysia. Dalam satu ciapan yang dimuat naik Honda di laman X miliknya, Honda memaklumkan bahawa beliau akan berada di sekitar Kuala Lumpur beberapa hari ini. Bekas pengendali Kemboja ini menzahirkan keterujaan untuk bertemu dengan ramai orang. Tambahnya lagi, beliau gembira bertemu untuk mempelajari sesuatu […]

Keisuke Honda Minat Kemudi Thailand Hingga Ke Piala Dunia

Selepas meninggalkan Kemboja, ramai ingin tahu pasukan mana yang bakal dilatih legenda Jepun, Keisuke Honda. Walaupun masih tidak mendedahkan destinasi seterusnya, bekas pemain tengah VVV-Venlo itu berminat untuk melatih Thailand. Hal ini dinyatakan dalam satu hantaran di akaun media sosial peribadinya semalam. Beliau berhasrat melatih pasukan-pasukan yang mempunyai peluang cerah layak ke Piala Dunia 2026. […]

Keisuke Honda: Kejarlah Impian Anda Sehingga Ia Tercapai

Dengan kekalahan 2-1 Kemboja di tangan Indonesia dalam perlawanan Kumpulan A Sukan SEA 2023 semalam, maka berakhirlah sudah perjalanan Keisuke Honda bersama Angkor Warriors. Bagi legenda Jepun itu, beliau berharap bola sepak Kemboja akan terus menunjukkan peningkatan selepas ini. Sejak dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC) pada 2018, mutu bola sepak negara […]

Keisuke Honda Hadir Lawat Fasiliti Selangor

Hari ini, para penyokong Selangor teruja dengan satu hantaran media sosial kelab itu. Ini kerana pada hari ini, legenda bola sepak Jepun Keisuke Honda mengadakan lawatan ke kemudahan pusat latihan Gergasi Merah. Lawatan Honda yang juga pengurus besar Kemboja diiringi oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Selain […]

Keisuke Honda Tinggalkan Kemboja

Persekutuan Bola Sepak Kemboja hari ini mengumumkan bahawa jurulatih Kemboja, Keisuke Honda akan meninggalkan pasukan utama (senior) Kemboja.  Difahamkan beliau akan mengalas tugas sebagai Pengurus Besar skuad bawah 22 tahun Kemboja bagi misi terakhirnya untuk kejohanan Sukan Sea yang akan berlangsung di Kemboja pada tahun ini.  Dibawah kendalian Honda dalam saingan Piala AFF Mitshibushi Electric […]

Keisuke Honda: Pemain Naturalisasi Boleh Bantu Pasukan Kemboja

Ketua jurulatih pasukan Kemboja, Keisuke Honda akui kehadiran pemain naturalisasi mampu bantu pasukan untuk menjadi lebih baik. Beliau berpendapat Kemboja perlu meniru negara ASEAN yang lain yang mengambil pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan dalam setiap kejohananan. Bekas pemain kebangsaan Jepun itu tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kaedah yang sama demi mempertingkatkan kualiti pasukan kebanggsaan Kemboja. […]

Keisuke Honda: Sukan SEA Sangat Mencabar

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Kemboja, Keisuke Honda menganggap cabaran beraksi di Sukan SEA sangat mencabar dan ianya bukan satu perkara yang mudah.  Ini adalah tahun ke-4 buat Honda mengendali pasukan Kemboja selepas secara rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja pada tahun 2018 sehingga tahun 2023. Pasukan Kemboja kini menduduki tangga kedua dalam kumpulan B […]

Keisuke Honda Kemudi Kemboja Tanpa Gaji

Pemain terbaik Asia suatu ketika dahulu, Keisuke Honda difahamkan tidak menerima gaji dalam peranannya sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja. Beliau dikatakan secara sukarela untuk membantu struktur pasukan bola sepak Kemboja. Pada tahun 2018, Honda secara rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja sehingga tahun 2023. Pada masa yang sama, beliau masih aktif sebagai pemain bola […]