Nafuzi Zain Lihat Perkara Positif Susulan Tewas Kepada Penang

Kekalahan 4-3 kepada Penang menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan pertama Piala FA sememangnya menyakitkan penyokong Kedah. Tetapi bagi jurulatih Nafuzi Zain, ada sisi positif yang dilihat bakal membantu Kedah dalam mendepani perlawanan-perlawanan Liga Super selepas ini. Sepanjang perlawanan, Kenari dilihat bersungguh-sungguh mengancam pertahanan Penang diketuai Rafael Vitor. Walaupun pada satu ketika ketinggalan, anak-anak buah […]

Piala FA: Kedah Tumbang Lagi Dibedil Penang

Hasrat Kedah untuk bangkit selepas dimalukan PDRM dalam Liga Super beberapa hari lepas tidak kesampaian. Ini selepas Penang menyingkirkan mereka di pusingan pertama Piala FA menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 di Stadium Darul Aman hari ini. Sebaik babak pertama bermula, Kedah bermula garang. Dan tuan rumah tidak menunggu lama apabila membuka jaringan pada minit kesembilan […]

Bekas Bintang Kedah, Mahmoud Al-Mardi Sertai Qadsia Sports Club Di Kuwait

Selepas dilepaskan Kedah pada akhir musim lepas, ramai tertanya-tanya destinasi terbaru pemain sayap Jordan Mahmoud Al-Mardi. Kini, Mahmoud menyambung karier permainannya bersama Qadsia Sports Club yang berpangkalan di Kuwait. Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan pemain sayap berusia 27 tahun itu bakal menyertai Negeri Sembilan. Khabar angin tersebut membuatkan ramai penyokong Hoben Jang Hoben […]

Manuel Ott Menyesal, Tak Mahu Ulang Kesilapan Sama

Semua maklum kekalahan 1-0 Kedah di tangan PDRM terjadi akibat dua insiden kad merah membabitkan kapten Manuel Ott dan jurulatih Nafuzi Zain. Susulan permohonan maaf Nafuzi kepada para penyokong, pemain dan pihak pengurusan hari ini, Ott yang menyesal berharap perkara tersebut tidak berulang. Ott dibuang padang dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad lepas selepas menolak […]

Daud Bakar Buka Mulut Susulan Kekalahan Kedah Di Laman Sendiri

Kekalahan Kedah di tangan PDRM semalam mencetuskan rasa marah para penyokong dengan dakwaan mutu pengadilan yang meragukan. Tetapi bagi pemilik pasukan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, beliau melihat kekalahan tersebut disebabkan oleh banyak faktor. Selain dua layangan kad merah terhadap kapten Manuel Ott dan jurulatih Nafuzi Zain, Kedah gagal memanfaatkan banyak peluang menjaringkan gol. […]

Liga Super: Kedah Tewas Mengejut Kepada PDRM

Hasrat Kedah mencatat kemenangan ketiga dalam Liga Super tidak kesampaian. Ini selepas PDRM mencipta kejutan dengan mengalahkan tuan rumah 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman hari ini. Babak pertama menyaksikan dalam tempoh 10 minit terawal perlawanan, PDRM mengancam pertahanan Kedah yang diterajui Bojan Ciger menerusi Fadi Awad dan Bruno Suzuki. Bagaimanapun, kedua-dua […]

PDRM Sedia Kejutkan Kedah

Walaupun sudah mencatat dua kemenangan dalam Liga Super musim ini, ini bukan bermakna Kedah patut leka. Ini kerana PDRM sudah pasti mahu menggunakan perlawanan ketiga menentang Kenari sebagai peluang mengutip kemenangan pertama musim ini. Ini kerana menurut jurulatih Kedah, Nafuzi Zain, rekod dua perlawanan awal Sang Saka Biru tidak boleh dijadikan sebagai ukuran. Selepas tewas […]

Liga Super: Kedah Pamer Aksi Bertenaga Tewaskan Terengganu

Hasrat Nafuzi Zain mencipta kemenangan ke atas pasukan lamanya, Terengganu tercapai hari ini. Ini selepas Kedah berjaya menewaskan skuad Peteh 1-0 di Stadium Darul Aman hari ini. Babak pertama menyaksikan tuan rumah banyak menguji pertahanan pelawat menerusi Willian Lira dan Lee Tuck. Bagaimanapun, kecekapan penjaga gol Terengganu Suhaimi Husin menafikan tuan rumah daripada mendapat gol […]

Liga Super: Pesta Kad Merah Hukum Perak, Tewas Kepada Kedah

Kedah berjaya pulang dengan tiga mata selepas berjaya menewaskan tuan rumah Perak 4-1 dalam perlawanan sulung Liga Super di Stadium Perak hari ini. Sebaik sepak mula, The Bos Gaurus mendahului seawal minit ketiga menerusi Ikhwan Hafizo. Cubaan pemain tengah Kedah mengeluarkan bola segera dipintas pemain import Korea Selatan, Seo Sun-ung sebelum menghantar bola kepada Ikhwan. […]

Syarikat Kanada, Kensana Health Kini Rakan Kerjasama Strategik Kedah

Sejak di bawah pemilikan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Kedah terus menunjukkan kemajuan di luar padang. Beberapa hari lepas, skuad Kenari memeterai perjanjian penajaan selama setahun dengan syarikat farmaseutical berasaskan tumbuhan Kanada, Kensana Health. Perjanjian tersebut diumumkan di laman media sosial Kedah. Kensana Health berasal dari Kanada dengan operasi syarikat digerakkan di Jerman dan […]

Selepas Kedah, Syukor Burger Teruja Dapat Kerjasama Dengan Perak

Selepas bekerjasama dengan Kedah bagi menghasilkan burger stadium yang enak, Syukor Burger membina pula kerjasama dengan Perak. Ia merupakan berita baik bagi penyokong Perak yang mahukan burger yang enak bila menonton perlawanan skuad Seladang. Kerjasama ini diumumkan oleh pemilik Syukor Burger, Syukor Majid menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. “Selain bersama Kelab Bola Sepak […]

Tewas Semua Aksi Di Turkiye, Penyokong Kedah Positif

Bukan satu tugas mudah buat mana-mana jurulatih untuk membina pasukan yang 80 peratus merupakan muka-muka baharu. Itu juga yang terjadi kepada jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain yang kini giat mempersiapkan pasukan bagi saingan Liga Malaysia 2023. Baru-baru ini, barisan pemain dan kejurulatihan skuad Liga Super Kedah telah terbang ke Turkiye […]

Daud Bakar: Ini Pengalaman Baru, Ini Bukan Alor Setar

Ketika ini, Kedah sedang menjalani program pra-musim di Antalya, Turkiye. Dan bagi pemilik pasukan, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, pengalaman berada di sana dilihat mampu mematangkan para pemain menjelang saingan Liga Super pada hujung bulan ini. “KDA FC turun lagi bermain semalam dalam siri jelajah pra musim di Turkiye. Ini kali kedua Sang Kenari […]

Pra-Musim 2023: Kedah Tewas Tipis Kepada Jaguh Kazakhstan, Shakhter Karagandy

Kedah mengalami kekalahan kedua dalam program pra-musim mereka di Turkiye semalam. Kali ini, mereka tunduk 2-0 kepada kelab Kazakhstan, Shakhter Karagandy. Sebaik sepak mula, anak-anak buah Nafuzi Zain diasak oleh pihak lawan. Ini disebabkan majoriti pemain tempatan diturunkan dalam aksi menentang The Miners bersama dua awang import, Jonathan Balotelli dan Alan Robertson. Kelebihan ini dimanfaatkan […]

Pra-Musim 2023: Kedah Beri Tentangan Hebat Kepada Nasaf

Skuad Kedah memulakan program pra-musim mereka di Antalya, Turkiye dengan langkah kiri. Ini selepas mereka ditewaskan kelab Liga Super Uzbekistan, FC Nasaf 2-1 dalam perlawanan pra-musim pertama mereka di negara itu semalam. Sebaik sepak mula, anak-anak buah Nafuzi dilihat mampu bersaing dengan lawan mereka walaupun pihak lawan mempunyai kelebihan dari segi fizikal. Di sebalik usaha […]

Kedah Teruskan Aksi Pra-Musim Ketika Turki Dilanda Gempa Bumi

Dengan tragedi gempa bumi yang melanda selatan Turkiye, penyokong Kedah pasti merasa bimbang dengan skuad Kenari yang menjalani pra-musim di Antalya bermula hari ini. Bagaimanapun, pengurusan Kedah memberi jaminan anak-anak buah Nafuzi Zain berada dalam keadaan selamat. Hal ini didedahkan oleh CEO Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Khamal Idris Ali. Ini kerana aspek keselamatan […]