Dua Kelab Liga Super Intai Khidmat Aidil Sharin

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak kini menjadi sasaran dua kelab Liga Super untuk dibawa sebagai jurulatih. Aidil sebelum itu sah meninggalkan kelab lamanya di Indonesia, Persikabo semalam atas sebab keluarga. Mengikut perkongsian Syafiq Freman, dua pasukan itu ingin memberinya peluang kembali menabur bakti di Malaysia selepas meraih kejayaan bersama KDA […]

Aidil Sharin Tinggalkan Persikabo

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Aidil Sharin Sahak sah meninggalkan pasukan Liga 1 Indonesia, Persikabo. Pengumuman mengejut ini dibuat Laskar Padjajaran dalam satu hantaran di laman media sosial rasmi pasukan semalam. Bola.com melaporkan Aidil berbuat demikian kerana mahu menjaga ibunya yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura. “Orang tua saya sedang […]

Kedah Gilap Ubi Muda Kacukan Ireland

Kedah Darul Aman (KDA) FC terus gigih menghasilkan bakat-bakat baru sebagai pelapis skuad senior dan seorang daripadanya ialah penyerang berdarah Malaysia-Ireland, Adam Shahril. Mengikut maklumat mixed.malaysian, penyerang muda tersebut kini beraksi untuk pasukan KDA FC C dalam aksi Piala Presiden 2023. Disebabkan bapanya ialah seorang warganegara Malaysia, ini membolehkan KDA FC mendaftarkan Adam sebagai pemain […]

Ubi Muda JDT Diikat Kedah

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) IV terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-1 dalam aksi Piala Belia 2023 hari ini. KDA FC yang dibimbing Muhammad Taufiq Abdullah tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi Muhammad Ilham Kamarul Hisham pada minit keempat. Tersentak, pasukan pelawat yang dibimbing Juan Miguel Munoz […]

Bekas Bintang Selangor, Andik Vermansyah Tercari-Cari Kelab Baru

Bekas awang import Selangor FC, Andik Vermansyah masih tercari-cari kelab baru selepas dilepaskan kelab lamanya, Bhayangkara pada akhir musim lepas. Ini berdasarkan satu senarai pemain-pemain yang pernah beraksi di Liga 1 Indonesia tetapi bergelar ejen bebas yang dikongsikan akaun Twitter GARAGARABOLA semalam. Turut berada dalam senarai itu ialah bekas penyerang Persis Solo, Irfan Bachdim. Dua […]

“Tiada Tekanan Beraksi Untuk Kedah” – Ifedayo Olusegun

Penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ifedayo Olusegun melihat motivasi tinggi sebagai kunci mengatasi tekanan beraksi bersama pasukan itu. Perkara itu yang mendorongnya beraksi bersungguh-sungguh di atas padang lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan penyerang-penyerang silam. Perkara ini pernah dialaminya bersama Selangor FC di mana ketika itu, Ifedayo bergandingan dengan penyerang Sepanyol, Rufino Segovia di bahagian […]

Ifedayo Olusegun Kongsi Bagaimana Kekal Cergas Tanpa Aksi Kompetitif

Selepas menyertai Kedah Darul Aman (KDA) FC, ramai tertanya-tanya tentang status kecergasan Ifedayo Olusegun selepas lama tidak beraksi di atas padang. Tetapi bekas penyerang Selangor FC itu kelihatan cergas dan ia ada kaitan dengan tabiat para pemain yang berasal dari Afrika Barat. Ifedayo yang pernah beraksi untuk Melaka United FC mendedahkan pemain-pemain dari rantau tersebut […]

Terengganu vs Kedah: Peteh Kembali Raih Kemenangan Di SSMZA

Hasrat Terengganu FC meraih kemenangan selepas dikecewakan di pentas separuh akhir Piala FA baru-baru ini menjadi kenyataan. Ini selepas tuan rumah menundukkan Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) hari ini. Tanpa Jordan Mintah yang tidak disenaraikan atas sebab disiplin, Adisak Kraisorn diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan Peteh. Dan […]

Bekas Bintang Kedah Sertai Chonburi

Selepas beberapa minggu meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC secara persetujuan bersama, Willian Lira kini sudah mendapat kelab baru. Ini selepas kelab Thai League 1, Chonburi mengesahkan penyerang Brazil itu sebagai penyerang baru mereka. Perkara sama turut dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Sebelum ini, beliau turut mendedahkan khidmat bekas penyerang Ventforet Kofu itu diintai […]

Kedah Bawa Masuk Perancang Tengah Bahrain

Selepas pagi ini mengumumkan perpindahan bekas penyerang Selangor FC, Ifedayo Olesegun, Kedah Darul Aman (KDA) FC terus memperkuat skuad mereka. Terbaru, Sang Kenari mengumumkan perpindahan pemain tengah Bahrain, Moses Atede. Perpindahan Atede ke KDA FC dianggap satu perpindahan yang hebat buat pengurusan kelab. Ini kerana pemain tengah berdarah Nigeria itu merupakan bekas pemenang Piala AFC […]

Kedah Umum Berpisah Dengan Willian Lira

Peminat pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC hari ini dikejutkan dengan berita Willian Lira tidak lagi bersama Sang Kenari. Ini selepas kedua-dua pihak bersetuju menamatkan kontraknya secara persetujuan bersama. Perkara ini diumumkan oleh pengurusan KDA FC di laman media sosial rasmi pasukan. Sepanjang bersama Kenari dalam Liga Super, Lira merekodkan lapan gol dalam 14 perlawanan. […]

Kedah FC Bakal Hantar Ubi Muda Ke Real Madrid

Dengan Kedah FC menunjukkan prestasi memberangsangkan di atas padang, pengurusan Kenari tidak lupa kepada pembangunan akar umbi. Semalam, mereka mengumumkan 12 ubi muda bakal dihantar berlatih di Real Madrid dari 17 hingga 25 Jun ini. 12 orang pemain ini terpilih kerana merupakan sebahagian dari skuad Kedah FC F (skuad bawah 14 tahun) yang memenangi The […]

Aidil Sharin Terima Tawaran Kelab Pantai Timur

Nama Aidil Sharin Sahak kembali hangat apabila bekas jurulatih Kedah itu dikaitkan dengan empat kelab termasuk dua kelab Liga Super. Dan hari ini, jurulatih Singapura itu mendedahkan telah menerima surat tawaran daripada sebuah kelab yang berpangkalan di Pantai Timur tanah air. Selain kelab yang tidak dinamakan itu, Aidil turut digosipkan dengan penghijrahan ke Terengganu. Bagaimanapun, […]

Liga Super: Kedah Gagal Pamer Kebangkitan, Ditewaskan KL City

Janji Nafuzi Zain bahawa Kedah akan mempamerkan kebangkitan malam ini selepas dibelasah 6-0 oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lepas tidak kesampaian. Ini selepas Sang Kenari ditewaskan KL City 3-2 di Stadium Darul Aman. Sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan saling menyerang untuk memburu gol pembukaan. Jonathan Balotelli terlebih dahulu menguji kecekapan Azri Ghani seawal minit […]

Nafuzi Zain Mahu Kedah ‘Henyak’ Habis-Habisan Buru 3 Mata

Selepas menjadi mangsa belasahan Johor Darul Ta’zim (JDT) 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, jurulatih Kedah, Nafuzi Zain tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. Dengan KL City lawan Liga Super Sang Kenari seterusnya, Nafuzi mahu anak-anak buahnya bangkit memburu tiga mata esok. Sambil mengakui kekalahan tersebut sebagai di luar jangkaan semua termasuk dirinya, beliau bagaimanapun […]

Piala MFL: Skuad Muda Kedah Cemerlang Tumpaskan JDT

Harapan anak-anak buah Mariano Echevarria menambah kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam Kumpulan A, Piala MFL tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Kedah B menewaskan Harimau Selatan 2-1 di Stadium Darul Aman. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mendapatkan gol pembukaan. Tetapi tuan rumah terlebih dahulu di hadapan menerusi Ebenezer Assifuah pada […]