Kedah Darul Aman Seri, Jersi Habib Haroon Pula Diperhatikan

Aksi Liga Super yang membabitkan pertembungan antara Kedah Darul Aman (KDA) dan Kuching City mencuri tumpuan selepas perhatian terarah kepada pemain import KDA, Habib Haroon. Kedah Darul Aman turun dengan penampilan berbeza dalam kempen Liga Super baru-baru ini selepas skuad Sang Kenari menyarung jersi ‘Home’ yang baru sahaja dilancarkan. Beraksi menentang Kuching City di Stadium […]

Kedah Terima Sokongan 30 Penaja

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendepani cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 dengan sokongan 30 entiti korporat. Identiti semua penaja ini dikongsikan pengurusan Sang Kenari dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Stadium Darul Aman. Ini dilihat sebahagian daripada usaha pemegang saham majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Daud Bakar untuk memperkukuh kedudukan kewangan […]

Siaran Langsung Liga Super: Kedah Darul Aman vs Kuching City (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 6 melibatkan pertembungan antara Kedah Darul Aman dan juga Kuching City FC. Pertahanan kental KDA FC, Ariff Farhan yakin Sang Kenari mampu memperagakan persembahan terbaik sungguhpun tanpa kelibat dua tonggak utama. “Walaupun kami perlu berdepan Kuching City tanpa bek kanan, Rizal Ghazali dan pemain sayap, Sukhrob Nurulloev yang dilanda kecederaan, saya […]

GTR Burger Tarik Diri Sebagai Rakan Kerjasama Strategik Kedah

Rakan strategik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), GTR Burger menarik diri sebagai rakan kerjasama strategik pasukan itu. Pengumuman ini dibuat pemilik syarikat, Nordin Mat menerusi satu hantaran di platform rasmi mereka pada 24 Julai lalu. Sebelum ini, GTR Burger memeterai kerjasama dengan Sang Kenari sebagai rakan rasmi kategori makanan dan minuman pada Mei lalu. […]

Zaquan Adha: Kedah Bermain Demi Lencana Di Dada

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak memuji semangat juang yang ditampilkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA 2024. Kedah turun menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di Stadium Darul Aman pada 19 Julai lalu untuk aksi separuh akhir pertama kejohanan. JDT pada awalnya mendahului menerusi Oscar […]

Piala FA: Terengganu Atasi Angka Kehadiran Di Stadium Darul Aman

Aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan Terengganu FC merekodkan kehadiran tertinggi untuk musim 2024/25 diikuti oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menyaksikan skuad Peteh meraih kemenangan berharga 3-2 ke atas Selangor FC. Kemenangan tipis anak buah Tomislav Steinbruckner ini dibantu dengan […]

Nafuzi Zain Anggap Kedah Tak Patut Kalah

Pengendali Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain menganggap kekalahan pasukan di tangan Johor Darul Ta’zim tidak sepatutnya berlaku dalam aksi separuh pertama Piala FA pada Jumaat. Bagi Nafuzi, beliau sememangnya merasa kecewa dengan kekalahan pada aksi tersebut dan beranggapan keputusan seri adalah lebih wajar berdasarkan prestasi pasukannya. ”Dari segi kecewa, memang saya kecewa. Saya rasa kita […]

“Selepas 5 Tahun Di Malaysia, Saya Hadapi Banyak Keadaan Seperti Ini”

Selepas 5 tahun berada di Malaysia, pemain lincah Kedah Darul Aman, Sony Norde mengakui telah banyak menghadapi keadaan seperti ini. Perkara itu dijelaskan oleh beliau selepas tamat perlawanan antara Kedah dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) di Darul Aman. Pemain berusia 35 tahun itu menjadi kapten pasukan dan berkata secara terbuka bahawa beliau tidak berpuas […]

Hector Bidoglio: Semua Pasukan Di Malaysia Mahu Menang Lawan JDT

Persembahan juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi cabaran sukar sebelum menumpaskan Kedah Darul Aman malam ini. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Darul Aman. Pertemuan aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan kemenangan 2-1. Katanya, anak buahnya […]

Siaran Langsung Piala FA: Kedah Darul Aman vs JDT (Live Streaming)

Pertembungan aksi separuh akhir Piala FA 2024 bakal melibatkan pertemuan antara Kedah Darul Aman dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memaklumkan bahawa beliau kini dapat menghembus nafas lega selepas keseluruhan pemain yang bebas daripada kecederaan untuk menghadapi tentangan sengit kelab gergasi Liga Super itu. Pengendali JDT, Hector Bidoglio […]

Piala FA: Syafiq Ahmad Hanya Jadi Penonton Lawan JDT

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad hanya beraksi sebagai penonton ketika melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Sang Kenari sebagai tonggak pinjaman daripada skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25. Beliau bagaimanapun difahamkan akan hanya duduk di bangku simpanan berdepan majikannya bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024. […]

Syafiq Ahmad ‘Lepas Geram’

Peledak berbisa Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad kembali menemui sentuhan jaringan pada musim ini. Pemain berusia 28 tahun itu mengetuai jentera serangan Sang Kenari ketika turun menentang Kelantan DN di Darul Aman. Kemenangan mudah buat pasukan bimbingan Nafuzi Zain sekaligus melonjakkan kedudukan pasukan ke tangga kelima Liga Super. Keberkesana Syafiq dalam mengemudi jentera serangan Kedah […]

Rezal Zambery: Rehat Panjang Jejas Momentum Kelantan DN

Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim, Rezal Zambery Yahya mengakui momentum anak buahnya sedikit terjejas sewaktu aksi menentang Kedah Darul Aman. Kelantan DN tewas 3-0 ke atas Kedah di gelanggang lawan hasil jaringan Rizal Ghazali, Syafiq Ahmad dan Sony Norde sekaligus merekodkan kekalahan keempat pasukan dalam saingan Liga Super. Rizal Zambery berpandangan prestasi pemain Kelantan […]

Siaran Langsung Liga Super: Kedah Darul Aman vs Kelantan DN (Live Streaming)

Aksi Liga Super Minggu 5 bakal menemukan antara pasukan Kedah Darul Aman dan juga Kelantan DN. Pembantu Jurulatih Kelantan DN, Rezal Zambery Yahya memuji semangat juang tinggi para pemain Kelantan yang akhirnya meraih 3 mata pertama musim ini. “Bagi saya, alhamdulillah. Kredit harus diberi kepada semua pemain meskipun semua orang tahu kita mengalami kekalahan berturut-turut […]

Halim Saari Tak Sabar Kembali Bantu Kedah

Tonggak tengah Kedah Darul Aman, Halim Saari berasa teruja untuk kembali memperkuat cabaran Sang Kenari menjelang perlawanan seterusnya dalam saingan Liga Super 2024/2025. Halim yang memulakan aksi dalam tiga perlawanan awal liga menentang PDRM, Selangor dan Perak bagaimanapun terpaksa diketepikan dalam tiga aksi terakhir menentang Penang baru-baru ini akibat kecederaan. Ketua jurulatih Kedah DA, Nafuzi […]

MFL Kemas Kini Jadual Separuh Akhir Piala FA

Malaysian Football League (MFL) telah mengemas kini jadual aksi separuh akhir Piala FA 2024. Menerusi satu hantaran di laman sosial MFL, terdapat perubahan yang dilakukan bagi aksi separuh akhir yang bakal berlangsung kurang dua minggu dari sekarang. Hal ini selepas mengambil kira Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 yang akan berlangsung pada 20 Julai 2024.  “Malaysian Football […]