Amirul Azhan: Tinggalkan Perak Kerana Tidak Mahu Menunggu Sesuatu Yang Tidak Pasti

Pemain pertahanan yang baru menandatangani kontrak bersama Kedah Darul Aman FC, Amirul Azhan berharap perpindahan beliau ke pasukan Hijau Kuning itu bakal memberi sinar dalam kariernya yang hampir malap. Selain mahu membuka lembaran baharu bersama pasukan Kedah, Amirul juga berazam untuk mempamerkan aksi terbaik untuk membolehkan nama beliau dipanggil ke skuad kebangsaan selepas kali terakhir […]
Kpah Sherman Sah Sarung Jersi Terengganu FC Musim Hadapan

Bekas penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman disahkan beraksi bersama pasukan Terengganu FC (TFC) musim hadapan. Pemain antarabangsa Liberia berusia 29 tahun itu merupakan penyerang prolifik dan berjaya membantu pasukan Kedah menjadi naib juara Liga Super musim lepas. Selain itu beliau juga membantu pasukan Kedah mara hingga ke suku akhir Piala Malaysia. Ternyata […]
Kesetiaan Aidil Sharin Dipuji Penyokong, Kekal Bimbing Kedah Musim Hadapan

Walaupun berhadapan dengan pelabagai isu yang melibatkan tunggakan gaji, namun jurulatih dari Singapura, Aidil Sharin Sahak kekal setia bersama skuad Hijau Kuning pada musim hadapan. Jurulatih muda berusia 44 tahun ini bukanlah nama asing dikalangan penyokong Kedah apatah lagi beliau pernah membawa Kedah menjulang Piala FA pada tahun 2019 menewaskan Perak dengan keputusan 1-0. Dalam […]
Klausa Perpindahan 5 Juta Fayadh Zulkifli Sedia Ditebus Pasukan Lembah Klang

Pemain sayap lincah pasukan Kedah Darul Aman FC, Mohammad Fayyadh Mohd Zulkilfi dikhabarkan tidak lagi kekal bersama pasukan Hijau Kuning setelah khidmatnya telah dipancing oleh salah sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang. Menurut satu laporan yang dibawa oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 23 tahun ini difahamkan telah menerima tawaran daripada salah sebuah […]
Peminat Cilik Ini Tangisi Kepergian Lagenda Kedah Baddrol Bakhtiar

Menjadi kesayangan seluruh rakyat negeri Kedah adalah merupakan satu kebanggaan dan kejayaan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Itulah yang terjadi kepada pemain lagenda Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar. Khidmat 16 tahun beliau bersama skuad Hijau Kuning ini semakin hampir ke penghujungnya apabila beliau hampir pasti menamatkan desas-desus perpindahan ke pasukan Sabah FC. Kini […]
Ucapan Perpisahan Renan Alves Buat Dua Lagenda Kedah Gugurkan Air Mata Jantan

Pemain pertahanan tengah pasukan Kedah Darul Aman FC, Renan Alves telah memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya yang menunjukkan ucapan perpisahan terakhirnya buat dua rakan sepasukan yang sudah pun sebati dengan pasukan sejak sekian lama. Dua pemain tunjang pasukan kendalian Aidil Sharin itu sudah pun membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan iaitu pemain pertahanan kanan, […]
“Selamat Tinggal Lagenda, Kami Akan Merinduimu” – Azraai Khor

Desas-desus pemergian Baddrol Bakhtiar dari pasukan Kedah Darul Aman ke Sabah FC semakin mengukuh selepas Bekas Ketua Jurulatih Kedah, Azraai Khor mengucapkan salam perpisahan kepada Baddrol Bakhtiar. Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mampu memberikan sebarang kata-kata dengan berita pemergian pemain lagenda Kedah, Baddrol Bakhtiar. “Selamat tinggal lagendaku, Saya tak mampu bercakap apa-apa” “Semoga Allah menjagamu […]
Piala Malaysia: Hasrat ‘Balun’ JDT Tak Jadi, Kedah Tewas Di SSI

Perlawanan suku akhir kedua yang menemukan tuan rumah Johor Darul Ta’zim yang melayan kunjungan Kedah Darul Aman FC berkahir dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah, JDT dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. JDT mendapat peluang terbaik melalui sepakan percuma Leandro Velazquez seawal minit ke-2 namun sepakannya berjaya ditumbuk […]
Sanusi: Kedah Negeri Miskin Bertanding Dengan Pasukan Kaya, Tetapi Pasukan Kaya Tidak Menang

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengatakan bahawa beliau berasa besar hati selepas melihat keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan Kedah Darul Aman FC menentang JDT pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia malam tadi. Para pemain Kedah dilihat mempamerkan corak permainan yang cemerlang ketika menentang pasukan Johor Darul Ta’zim […]
Penyokong Berbalas Chant, Penyokong JDT Ajak Penyokong Kedah Datang Johor

Kehangatan saingan suku akhir Piala Malaysia 2021 antara Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman FC semalam telah diserikan lagi dengan kehadiran kembali para penonton. Walaupun perlawanan tersebut berakhir tanpa jaringan, kita dapat lihat ramai para penyokong yang turun membanjiri Stadium Darul Aman. Tidak ketinggalan, Ultras JDT, Boys Of Straights turut sama hadir memberikan sokongan […]
Aksi Ganas Perlawanan Piala Malaysia Kedah JDT di Darul Aman

Aksi kaki Kpah Sherman menghampiri kepala Leandro dan pergaduhan kecil sepanjang perlawanan hiasi pertembungan ‘kutub utara’ dan ‘kutub selatan’. Pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia ini bermula sebelum perlawanan bermula lagi dengan pertembungan peminat di media sosial dan pemilik kelab dan presiden. Ketegangan perlawanan dinokhtahkan dengan aksi keras dan menarik kedua-dua pasukan sepanjang 90 minit […]
Piala Malaysia: ‘Hujan’ Kad Kuning Warnai Kebuntuan Kedah Darul Aman Dan JDT Di Darul Aman

Perlawanan suku akhir pertama yang melibatkan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC menentang Johor Darul Ta’zim berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman sebentar tadi Perlawanan bermula dengan sedikit tegang selepas beberapa insiden kekasaran yang dilakukan kedua-dua pasukan namun pengadil dilihat bijak mengawal suhu perlawanan. Pasukan JDT mempunyai […]
Sanusi: Hang Tak Pakai Seluar Lagi Aku Dah Main Bola Dah, Diet Apa?

Presiden Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman FC, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin MD Nor sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan balas kepada pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah memaparkan satu hantaran di laman Instagram rasminya berhubung isu yang sedang berbangkit. Baginda telah menghubungi secara terus Dato’ Seri Sanusi secara terus sambil memuji tindakan […]
Tunku Ismail: Salam Dato, Gaji Dah Bayar? Bagus

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris hari ini kelihatan membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor yang baru-baru ini telah menjawab kenyataan oleh baginda sendiri. Sebelum ini, Tunku ada menyatakan bahawa isu seperti tunggakan gaji ini haruslah […]
Presiden KFA Balas Kenyataan Tunku Ismail Berhubung Isu Gaji Pemain Kedah

Baru-baru ini kecoh di media tempatan apabila dikhabarkan pemain Kedah Darul Aman FC tidak menerima gaji untuk 2 bulan yang dilihat merencatkan tempo kecemerlangan pasukan Kedah di saingan Piala Malaysia. Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Idris sebelum ini ada meninggalkan komen di laman instagram yang menegur pengurusan pasukan Kedah yang dilihat lambat melunaskan gaji pemain. […]
Tunku Ismail: Bila Nak Lawan JDT Sahaja Baru Nak Bayar Gaji? Kepala Pistol

Undian suku akhir Piala Malaysia menyaksikan pertembungan antara juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan yang berada di tangga kedua, Kedah Darul Aman FC dalam usaha kedua-dua pasukan untuk merangkul trofi berprestij ini. Sungguhpun kedua-dua pasukan beraksi dengan cukup cemerlang pada musim ini termasuklah dalam saingan Piala Malaysia kali ini sehingga menyaksikan […]