PDRM Sambar Ifedayo Olusegun

Penjaring Terbanyak Liga Super musim 2021, Ifedayo Olusegun terus mewarnai arena bola sepak Malaysia dengan menyertai PDRM FC. Perpindahan penyerang Nigeria berusia 33 tahun itu diumumkan pengurusan The Cops di platform media sosial mereka hari ini. Perpindahan ini sekaligus mengesahkan khabar perpindahan yang dibawa wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi […]
Aksi Awal Terengganu & Kedah Curi Tumpuan

Aksi pra-musim 2024/25 membabitkan Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang berlangsung pada 19 April ini bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak. Ini kerana dua pasukan ini bakal bersaing dalam kejohanan pra-musim di Terengganu iaitu Agarbomb Performance Cup 2024. Kejohanan yang bakal berlangsung dari 17 hingga 21 April ini turut menyaksikan penyertaan […]
Bekas Pemain Liga Portugal, Cleylton Kini Milik Kedah

Bek tengah Brazil, Cleylton sah menjadi pemain import terbaru yang menyertai pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perpindahan bek tengah berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial mereka hari ini. Kehadiran bekas bek tengah Belenenses itu dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan bek tengah Serbia, Bojan Ciger. […]
Kedah Terima Tajaan Cecah 6 Angka

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus mendapat suntikan semangat menjelang saingan musim baru Liga Super yang bermula pada bulan hadapan. Hari ini, pengurusan Sang Kenari menerima penajaan daripada AR AB Group Sdn. Bhd. untuk musim 2024/25 yang bernilai RM100,000. Pengumuman penaja terbaru pasukan itu dibuat menerusi platform media sosial Kedah. Selain menjadi penaja utama […]
Kedah Berbelanja Lagi, Sambar Peledak Serbia

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus memantapkan persiapan pasukan dengan membawa masuk penyerang Serbia, Milos Gordic. Perpindahan penyerang berusia 31 tahun itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Miloš Gordić, pemain berasal dari Čačak, Serbia yang sebelum ini beraksi di Liga China […]
Bajet Kedah Berkurang 35% Di Liga Super

Pemilik majoriti kelab Kedah Darul Aman FC (KDA), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengatakan bajet untuk pasukan Kedah berkurang 35% di Kejohanan Liga Super 2024/2025. Perkara itu disahkan oleh pemilik majoriti kelab KDA di dalam sidang media status terkini dan perancangan Kedah Darul Aman di Alor Setar sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahrul […]
Baddrol Bakhtiar Kembali ‘Perkuat’ Kedah

Lagenda bola sepak Malaysia, Baddrol Bakhtiar kini disahkan kembali memperkuat pasukan utara, Kedah Darul Aman FC (KDA). Perkara itu telah diumumkan secara rasmi pengurusan Sang Kenari menerusi laman sosial rasmi mereka sebentar tadi sebagai pengurus pasukan KDA. Selepas menceburi bidang politik, Baddrol Bakhtiar dilihat memberikan fokus sepenuhnya kepada bidang baharunya itu. Walau bagaimanapun, cinta beliau […]
Kedah Sambar Khidmat Habib Haroon

Pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendapat khidmat seorang lagi pemain import iaitu bekas kapten Terengganu FC, Habib Haroon. Perpindahan pemain tengah Bahrain itu diumumkan pengurusan Sang Kenari di platform media sosial rasmi mereka hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Habib Haroon, pemain berasal dari Bahrain yang cukup dikenali […]
Isu Tunggakan Gaji Kedah Bakal Berakhir

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menghela nafas lega kerana masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu bakal berakhir. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pemilik majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar dalam satu sidang media khas yang diadakan hari ini. Kedah kini dalam proses melunaskan 50% tunggakan gaji barisan pemain dan […]
Terkini: Sony Norde Bawa Haluan Ke Kedah

Selepas meninggalkan Terengganu FC pada akhir musim 2023, Sony Norde kini berkelana pula ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Perpindahan pemain sayap Haiti itu diumumkan pengurusan Sang Kenari menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini. “KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Sony Nordé, pemain berasal dari Haiti yang cukup dikenali […]
Kedah Langsai Tunggakan Gaji Lebih Setengah Juta

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menghela nafas lega kerana pasukan itu sudah mula menyelesaikan masalah tunggakan gaji mereka. First Instance Body (FIB) melaporkan pasukan utara tanah air itu sudah melunaskan tunggakan gaji berjumlah RM600,000. Bagaimanapun, jumlah tersebut tidak mematuhi bayaran 50% jumlah tunggakan gaji yang ditetapkan badan tersebut. FIB turut memaklumkan sudah […]
Kedah Sambar Khidmat Faiz Nasir

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terus memperkuat pasukan menjelang musim baru Liga Super pada Mei ini. Pasukan utara tanah air itu mengumumkan perpindahan pinjaman Faiz Nasir dari Terengganu FC di platform media sosial mereka hari ini. Faiz menjadi pemain terbaru menyertai Sang Kenari selepas Syafiq Ahmad, Irfan Zakaria, Rizal Ghazali, Zamri Pin Ramli dan […]
Kedah Seru Sokongan Padu Peminat, Kukuhkan Kewangan Kelab Menjelang Musim Baru

Menjelang musim baru Liga Super yang bermula pada Mei ini, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menyeru sokongan peminat untuk memperkukuh kedudukan kewangan pasukan itu. Seruan itu dibuat oleh pemilik majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan itu hari ini. Menerusi kempen ‘KEEP THE HOPE […]
Stuart Ramalingam: Kita Perlukan Maklumat Baru Dari Kedah

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan bahawa MFL memerlukan maklumat baru daripada Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Ini selepas Kedah telah diberi tempoh sehingga 5 Mac ini oleh First Instance Body (FIB) untuk menyelesaikan masalah gaji tertunggak pasukan. Selain diberi tempoh bagi menyelesaikan tunggakan gaji, Kedah juga […]
AFC Asian Cup: Mahmoud Al-Mardi Guna Pengalaman Liga Malaysia Tewaskan Harimau Malaya

Pemain sayap Jordan, Mahmoud Al-Mardi mengatakan dua jaringan gol yang dilakukan untuk menewaskan Malaysia kelmarin itu hasil daripada pengalaman beliau ketika beraksi di Liga Malaysia bersama pasukan Kedah Darul Aman (KDA) pada tahun 2022. Dalam temubual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 30 tahun itu mengakui pasukan Malaysia antara pasukan yang baik […]
Liga Super: Kedah Mudah Jinakkan Sri Pahang Di Darul Aman

Selepas kekalahan mengejut kepada Perak FC minggu lalu dalam saingan Piala Malaysia, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) kini kembali ke landasan kemenangan apabila berjaya menundukkan Sri Pahang 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Kedah yang menurunkan kesebelasan terbaik mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan gol pendahuluan apabila seawal […]