KBS Belum Ada Rancangan Anjur Sukan Asia 2038

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) belum mempunyai sebarang rancangan untuk membida hak tuan rumah Sukan Asia 2038. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Pengamal Media 2024 di Kelab Golf Negara Subang, Petaling Jaya baru-baru ini. Hannah memaklumkan pembangunan bakat atlet terutama atlet muda menjadi fokus utama […]

Senarai 14 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia & Oman

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menyediakan tayang skrin besar di 14 lokasi terpilih untuk keselesaan penyokong bola sepak tanah air dengan menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Oman dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026. Ini merupakan cara yang dilakukan pihak kerajaan untuk orang ramai sambil memberikan sokongan […]

Rasmi: Malaysia Tolak Tawaran Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026

Malaysia sah menolak peluang bergelar tuan rumah Sukan Komanwel 2026 menggantikan Victoria, Australia. Pendirian ini dinyatakan menerusi satu kenyataan media oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang dibuat hari ini. Antara sebab tawaran yang dikemukakan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) ditolak kerajaan ialah geran penajaan berjumlah £100 juta (RM603 juta) tidak akan cukup meliputi kos penganjuran […]

Ini Senarai 16 Lokasi Tayangan Skrin Besar Aksi Malaysia & Oman

Sebagai tanda sokongan kepada pasukan Malaysia yang akan berdepan Oman, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan tayangan skrin gergasi di lokasi terpilih khas untuk para peminat bola sepak tempatan. Aksi skuad Harimau Malaya kali ini amat penting memandangkan pasukan negara kini dalam kedudukan terbaik untuk layak ke peringkat seterusnya Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala […]

Isu Gangguan Seksual Atlet, “Siasatan Dijalankan, Jurulatih Telah Direhatkan” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil bagi menjawab berkenaan isu gangguan seksual yang melibatkan atlet negara. Beliau yang ditemui ketika Majlis Perasmian Seminar Kod Sukan Selamat berkata siasatan mengenai kes ini masih lagi disiasat oleh pihak polis dan pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sedang berusaha untuk melindungi atlet-atlet ini. ”Berkenaan kes laporan media mengenai […]

KBS Lancar Kod Sukan Selamat, Optimis Wujudkan Ekosistem Sukan Kondusif

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merasmikan Seminar Kod Sukan Selamat di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini. Perasmian seminar tersebut dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Majlis turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, Pengerusi Lembaga ISN, Datuk Marina Chin dan Dr. Faridah Awang, Pengarah Institut Sosial Malaysia. […]

KBS Umum ‘Habuan’ RM80,000 Buat Skuad Hoki Negara

Skuad hoki 5s lelaki Malaysia menerima ganjaran lumayan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas bergelar naib juara Hoki 5s Piala Dunia 2024 baru-baru ini. Pasukan yang dibimbing Wallace Tan itu bakal menerima insentif kewangan berjumlah RM80,000. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas menyambut kepulangan kontinjen hoki 5s lelaki negara […]

Selangor Terima Tawaran RM300 Ribu KBS Baiki Saliran Stadium

Selangor merupakan salah satu pasukan yang menerima tawaran RM300 ribu dari Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) untuk membaik pulih saliran stadium. Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon. “Buat masa ini, mengambil serius berkenaan cadangan dengan tawaran KBS dan TMJ (Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim) ke […]

“Langkah KBS Dan TMJ Tiada Unsur Peribadi” – CEO Perak

CEO Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin menganggap geran dan sumbangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) tiada unsur peribadi. Baru-baru ini, KBS telah bersetuju untuk menawarkan geran bernilai RM500 ribu kepada setiap negeri untuk menyelenggara sistem saliran (RM300 […]

KBS Labur Lebih RM7 Juta Pertingkat Mutu Bola Sepak Malaysia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) labur lebih RM7 juta untuk mempertingkatkan mutu bola sepak Malaysia. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada semalam telah mengumumkan bahawa KBS akan memberi geran kepada setiap negeri untuk kos naik taraf stadium yang akan digunakan bagi saingan Liga Malaysia 2024/25. Pelaburan yang dibuat KBS ini bertujuan untuk menaik taraf […]

KBS Anjurkan Tayangan Skrin Besar Aksi Piala Asia Di SNBJ

Saingan Piala Asia 2023 bakal menyaksikan kemunculan skuad senior Malaysia yang layak secara merit buat kali pertama sejak tahun 1980. Justeru, sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan tayangan skrin besar perlawanan Kumpulan E skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Perkara ini diumumkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) […]

Hannah Yeoh & Adam Adli Kekal Terajui Kementerian Belia & Sukan

Hannah Yeoh dan Adam Adli Abdul Hamid kekal menerajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) seperti yany diumumkan hari ini. Ini susulan pengumuman rombakan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa jam yang lalu menyaksikan dua figura hebat ini kekal mendapat kepercayaan penuh. Hannah dan Adam Adli telah melakukan beberapa penambahbaikan besar sepanjang […]

Hannah Yeoh: Pastikan Tak Ada Sindiket & Pertandingan Itu Memang Wujud

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersedia mempertimbang permohonan penyaluran dana secara telus kepada sukan-sukan bukan teras di Malaysia. Penyaluran dana akan dibuat sekiranya kejohanan yang dianjurkan sesebuah badan sukan itu mampu memberi pulangan kepada negara. Bagaimanapun, Hannah mengingatkan sebarang pertandingan yang dianjurkan mestilah bebas daripada elemen sindiket. Selain itu, sesebuah pertandingan yang dianjurkan oleh […]

KBS Sedia 7 Lokasi Tayangan Skrin Aksi Malaysia & Taiwan

Menjelang aksi kedua kelayakan Piala Dunia 2026 Taiwan-Malaysia malam ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyediakan tujuh lokasi tayangan skrin besar untuk perlawanan itu. Ini dilihat usaha berterusan KBS membantu masyarakat terutama di luar bandar akses untuk menonton pertandingan membabitkan kontinjen negara. Ini bukan kali pertama inisiatif ini dilaksanakan untuk perlawanan membabitkan Harimau Malaya. […]

“Saya Tidak Gembira” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa kecewa selepas menerima maklumat tentang insiden pergaduhan dalam saingan Liga Superimau FAM B-16 baru-baru ini. Insiden pergaduhan itu tular di media sosial di mana ia bukan saja membabitkan pemain kedua-dua pasukan yang bertanding. Malah, berdasarkan rakaman video yang dinyatakan, ia turut disertai oleh barisan jurulatih dan penyokong […]

“10 Bulan Dah Selesai” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kini menghela nafas lega kerana kerja penggantian rumput cowgrass kepada Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah selesai. Usaha penggantian rumput ini merupakan sebahagian daripada kerja-kerja penambahbaikan ke atas SNBJ yang digerakkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Usaha penggantian rumput tersebut direalisasikan menerusi tajaan dana daripada DYAM TMJ, […]