Chanathip Songkrasin Kembali Ditagih Kawasaki Frontale

Selepas disisihkan dalam beberapa perlawanan, khidmat Chanathip Songkrasin kembali ditagih kelab J-League, Kawasaki Frontale. Ini selepas Frontale menyenaraikannya dalam kesebelasan utama untuk perlawanan J-League Cup menentang Shimizu S-Pulse hari ini. Sebelum ini, ketiadaan Chanathip dalam beberapa perlawanan awal J-League menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak Thailand. Bagaimanapun, Frontale menegaskan Chanathip masih sebahagian daripada […]

Kawasaki Frontale Masih Perlukan Chanatip Songkrasin

Kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale difahamkan masih memerlukan khidmat bintang Thailand, Chanatip Songkrasin. Memetik laporan daripada Mainstand, Kawasaki Frontale tiada perancangan untuk melepaskan atau menghantar Chanatip ke kelab lain sebagai pemain pinjaman.  Sebelum ini, nasib Chanatip mula menjadi tanda tanya apabila pemain berusia 29 tahun itu telah disisihkan dalam skuad utama dalam dua perlawanan awal […]

Chanatip Songkrasin Tak Gembira Di Jepun?

Pemain tengah menyerang pasukan Liga 1 Jepun, Chanatip Songkrasin masih menanti peluangnya untuk beraksi buat Kawasaki Frontale. Bintang bertubuh kecil itu mula menjadi tanda tanya selepas kelibatnya masih tidak kelihatan dalam aksi pembukaan ketika pasukannya tewas kepada Yokohama FM dengan keputusan 2-1. Malah, beliau juga tidak berada dalam senarai skuad kelab tersebut sungguhpun tiada sebarang […]

Chanatip Songkrasin Disisihkan Kawasaki Frontale

Perancang tengah kelab Liga 1 Jepun, Chanatip Songkrasin tidak berada dalam senarai skuad Kawasaki Frontale setelah mereka sudah pun memulakan kempen liga semalam. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara tunjang utama buat gergasi ACL itu sejak musim lalu dan beraksi dalam sebahagian besar aksi mereka. Kapten pasukan kebangsaan Thailand ini bagaimanapun tidak berada dalam […]

Chanathip Songkrasin Rasa Diri Sudah Tua Dan Bakal Bersara

Pemain sensasi Thailand, Chanathip Songkrasin memberi bayangan akan bersara selepas merasakan dirinya sudah tua untuk beraksi. Pemain berusia 29 tahun itu berkata sedemikian selepas ditemubual media Thailand. Namun begitu, Chanathip menjangkakan persaraan itu akan berlaku enam tahun dari sekarang bermakna pada ketika itu beliau akan menjangkau usia 35 tahun. Pemain yang kini beraksi di Jepun […]

J. League: Urawa Red Diamonds Mengganas, Mudah Baham Kawasaki Frontale

Pertembungan dua gergasi Liga Jepun, Urawa Red Diamonds dan juga Kawasaki Frontale berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-1. Kedua-dua pasukan turun dengan motivasi terbaik apabila saling bertukar serangan pada awal permainan. Pasukan kendalian Ricardo Rodriguez jelas amat selesa beraksi di laman sendiri apabila melancarkan serangan awal dengan sangat efisien. Tidak menunggu […]

J. League: Chanatip Songkrasin & Kawasaki Frontale Hilang Mata Penting Berdepan Jubilo Iwata

Pasukan gergasi Liga Jepun, Kawasaki Frontale meneruskan usaha untuk menghambat pendahulu liga namun terpaksa akur apabila terikat 1-1 berdepan Jubilo Iwata. Kapten pasukan Thailand, Chanatip Songkrasin terus menjadi watak penting ketika memainkan peranan dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau sekali lagi mendapat kepercayaan daripada pengendali, Toru Oniki untuk terus memberikan elemen kreativiti buat pasukan itu di […]

J League: Chanatip Songkrasin Bantu Kawasaki Frontale Belasah Consadole Sapporo

Perlawanan ke-17 saingan J League memperlihatkan kehandalan Chanatip Songkrasin dan Kawasaki Frontale apabila membelasah Consadole Sapporo dengan keputusan 5-2. Pasukan kendalian Toru Oniki turun dalam misi untuk memungut 3 mata penuh berdepan pasukan di tangga ke-11 liga itu. Mereka ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila lawan tidak mampu untuk menandingi kehandalan mereka dari segenap penjuru. […]

Kemarau Kemenangan Berakhir, Kawasaki Frontale Belasah Universiti Sapporo

Kemarau kemenangan yang melanda kem pasukan Kawasaki Frontale akhirnya tamat selepas mencatatkan kemenangan besar ke atas pasukan Universiti Sapporo. Pasukan bimbingan Toru Oniki kehilangan 8 mata daripada 3 perlawanan terakhir selepas mencatatkan 2 kekalahan dan juga 1 seri. Hal ini juga menyebabkan mereka terlepas kedudukan pendahulu liga ketika ini sekaligus memberi peluang kepada pasukan lain […]

Kawasaki Frontale Makin Hilang Punca, Tewas Kepada Kyoto Sanga FC

Pasukan gergasi Liga Jepun, Kawasaki Frontale terus dilanda badai apabila gagal memenangi perlawanan dua kali berturut-turut. Mereka yang sebelum ini gah mengungguli tangga teratas saingan liga turun dalam misi untuk merampas semula takhta daripada Kashima Antlers. Jurulatih pasukan Kawasaki Frontale, Toru Oniki membariskan kesebelasan terbaiknya dalam usaha untuk memungut tiga mata penuh. Sungguhpun menguasai sebahagian […]

Kawasaki Frontale Kena Belasah Kaw-Kaw Dengan Shonan Bellmare

Pendahulu Liga Utama Jepun, Kawasaki Frontale menerima tamparan yang cukup hebat apabila dibesalah dengan cukup dahsyat oleh Shonan Bellmare dengan keputusan 4-0. Pasukan kendalian Toru Oniki ini turun dengan kesebelasan terbaiknya dengan jentera serangan diketuai oleh pemain import, Leandro Damiao dalam usaha untuk terus mendominasi takhta liga. Hasrat itu tidak kesampaian apabila mereka gagal menampilkan […]

Media Jepun Puas Hati Kawasaki Frontale Akhirnya Benam JDT

Perlawanan keempat peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang melibatkan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kawasaki Frontale berkesudahan dengan JDT tewas 5-0. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan pasukan tuan rumah melakukan rombakan besar-besaran dengan merehatkan pemain utama. Benjamin Mora membuat keputusan untuk merehatkan pemain bintang seperti Bergson Da […]

ACL: JDT Tewas Kepada Kawasaki Frontale

Johor Darul Ta’zim meniti kekalahan pertama dalam saingan Liga Juara-juara AFC kumpulan I selepas tewas 0-5 kepada Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim. Tanpa kelibat pemain utama seperti Bergson dan Natxo Insa, JDT jelas tempang dan bergelut menghalang kemaraan juara J-League 4 edisi tersebut. Kawasaki Frontale mengejutkan tuan rumah dengan jaringan sepakan percuma Wakizaka pada […]

Kawasaki Frontale Akan Pastikan JDT Terduduk Ahad Ini

Menjelang perlawanan kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale malam esok, pengendali kelab gergasi Jepun itu sudah menyuarakan keyakinan tinggi untuk memungut 3 mata penuh. Pengendali Kawasaki Frontale, Toru Oniki menganggap perlawanan esok dianggap perlawanan wajib menang sebelum mensasarkan untuk menewaskan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai sekaligus […]

Pengendali Kawasaki Frontale Akui Goyang Berdepan Atmosfera Luar Biasa Penyokong JDT

Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui atmosfera luar biasa dengan sorak penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) sedikit sebanyak mengganggu corak permainan para pemainnya sehingga terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 0-0 kelmarin. Oniki turut meluahkan rasa kecewa apabila deretan peluang yang dimiliki tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan dan mengakui barisan serangan mereka dikawal ketat para […]

5 Fakta Menarik JDT Selepas Berjaya Ikat Kawasaki Frontale

Keputusan seri bertemu Kawasaki Frontale yang berjaya diperoleh JDT adalah satu keputusan yang membanggakan kerana beberapa faktor. Jika sebelum ini JDT berjaya menewaskan pendahulu saingan tertinggi Korea Selatan, K-League, keputusan seri bertemu Kawasaki Frontale merupakan keputusan positif tambahan yang bakal menjadi tonik terbaik Harimau Selatan untuk kempen Liga Juara-juara AFC 2022. Berikut merupakan 5 fakta […]