Dua Pemain ‘Hampir Pencen’ Jadi Mimpi Ngeri Buat JDT

Kekalahan bermaruah telah terjadi pada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC semalam apabila mereka tewas tipis 0-1 kepada gergasi Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Gol tunggal pasukan pelawat telah dijaringkan oleh penyerang import mereka, Marcinho pada minit ke-45 separuh masa pertama. Namun menarik untuk disaksikan adalah dua […]

“JDT Semakin Baik Berbanding Musim Lalu” – Toru Oniki

Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui barisan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) musim 2023 jauh lebih bagus berbanding musim lepas. Aksi pembukaan Kumpulan I menyaksikan Frontale bergelut mencari sentuhan penyudah. Jika tidak kerana gol Marcinho pada minit ke-44, keputusan perlawanan hari ini mungkin saja berkesudahan seri tanpa jaringan. Ini jauh lebih baik daripada kekalahan […]

Tano Solari: Kalau Kalah, Hanya Ini Caranya

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sungguhpun tewas tipis kepada Kawasaki Frontale. Harimau Selatan turun dengan barisan pemain terbaik untuk mengekang cabaran barisan bintang kelab Jepun itu untuk mendominasi perlawanan. Gol tunggal Marcinho pada minit ke-45 menyaksikan JDT mencatat kekalahan pertama musim 2023. Namun begitu, pengendali […]

ACL: JDT Catat Kekalahan Pertama Musim 2023, Tewas Kepada Kawasaki Frontale

Aksi pembukaan Kumpulan l antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kawasaki Frontale berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada JDT. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan Tano Solari melakukan beberapa perubahan dengan mempertaruhkan kudrat Shane Lowry, Afiq Fazail dan Juan Muniz dalam kesebelasan utama. Kawasaki Frontale mempunyai peluang pertama permainan […]

Tano Solari Lancar Gerakan Kedua Di ACL

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari melakukan percaturan simpanan bagi menghadapi aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL). Perlawanan tumpulan Kumpulan l melibatkan Harimau Selatan dan Kawasaki Frontale yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Pengendali kelahiran Argentina itu dilihat sudah mula merangka pelan kedua untuk membentuk skuad ampuh di kejohanan tersebut. Berdasarkan dua aksi […]

Siaran Langsung ACL: JDT vs Kawasaki Frontale, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi pembukaan Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale mencuri tumpuan. Perlawanan Kumpulan l itu bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim dengan kehadiran 35,000 penyokong dijangka bakal membanjiri aksi tersebut. Skuad bimbingan Tano Solari kini dalam momentum terbaik selepas berjaya merekodkan 5 perlawanan tanpa kalah sementara anak buah […]

Kapten Kawasaki Frontale Mahu Sekat ‘Roh’ Jepun JDT

Kapten pasukan Kawasaki Frontale, Kento Tachibanada yakin pasukannya mampu meraih kemenangan dalam aksi pertama saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).  Dalam sesi sidang media pra-perlawanan, pemain tengah Kawasaki Frontale ini menagih kemampuan rakan sepasukan untuk mencipta kejutan di Stadium Sultan Ibrahim. Beliau menjangkakan aksi sengit bakal dipersembahkan kedua-dua pasukan. “Pastinya saya mempunyai […]

Statistik Kawasaki Frontale ‘Tempang’, Kelebihan Besar Buat JDT

Pertembungan antara wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale menjadi aksi tumpuan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ini menyaksikan statisik Kawasaki Frontale amat merisaukan berdepan Harimau Selatan di hadapan kira-kira 35,000 orang penonton. Menerusi satu analisis terperinci oleh laman JDT Fans, terdapat beberapa faktor yang […]

Stadium Sultan Ibrahim Bakal Dibanjiri Lebih 35,000 Penyokong

Aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale dijangka akan dibanjiri lebih 35,000 orang penyokong. Perlawanan tumpuan itu bakal menyaksikan wakil tunggal Malaysia di pentas berprestij itu mempamerkan persembahan terbaik selepas mengharungi detik cemerlang tahun lalu. Perkembangan terbaru menyaksikan aksi di Stadium Sultan Ibrahim iaitu gelanggang rasmi JDT […]

Jordi Amat Yakin Kesebelasan Utama JDT Masih Belum Terjawab

Kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat percaya sesiapa saja yang diturunkan menentang Kawasaki Frontale esok mampu menggalas cabaran pasukan itu. Beliau berpandangan sedemikian kerana dua tonggak utama JDT, Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo sudah kembali menjalani latihan sejak beberapa hari lepas. Kehadiran dua pemain ini amat membantu terutama Forestieri yang ketika […]

“Ini Masa Buktikan Kemampuan Sebenar JDT” – Tano Solari

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari yakin dengan kemampuan pasukannya untuk mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Pengendali kelahiran Argentina itu yakin detik yang ditunggu-tunggu untuk bersaing di pentas tertinggi bola sepak Asia mampu menjelmakan sesuatu buat pasukan kendaliannya. Beliau menyedari kemampuan sebenar lawan dari Jepun yang memiliki reputasi yang cukup baik. Katanya, […]

Statistik Corak Jaringan JDT Di ACL Menggerunkan

Debaran aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) semakin terasa apabila wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melayan kunjungan Kawasaki Frontale. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan Harimau Selatan berdepan misi besar di Asia. JDT diundi dalam Kumpulan I bersama Ulsan Hyundai, BG Pathum dan Kawasaki Frontale untuk membawa aksi ulangan […]

Kawasaki Frontale Ubah Strategi Saat Akhir Lawan JDT

Pasukan J1 League, Kawasaki Frontale dilihat terdesak untuk mengubah percaturan tatkala bakal memulakan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) tidak lama lagi berdepan JDT. Jaguh Asia itu diundi dalam Kumpulan l bersama Ulsan Hyundai, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kelab Thailand, BG Pathum United. Sungguhpun pasukan bimbingan Toru Oniki mendapat motivasi tambahan selepas membenam cabaran FC […]

Lautan Biru Iringi Perjuangan Kawasaki Frontale Berdepan JDT

Pasukan J1 League, Kawasaki Frontale menerima sokongan padu daripada para penyokong apabila bakal berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL). Gergasi Asia itu bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi ulangan seperti musim lalu berdepan Harimau Selatan. Pasukan bimbingan Tano Solari memiliki reputasi yang cukup baik apabila tidak tewas […]

JDT Lulus Ujian Akhir Sebelum Berdepan Kawasaki Frontale

Wakil tunggal Malaysia di Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) lulus ujian akhir sebelum melangkah ke kejohanan berprestij Asia. Skuad Harimau Selatan kini dalam momentum terbaik apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam semua pertandingan musim ini. Aksi cemerlang ini juga diserikan dengan kepulangan beberapa tonggak utama pasukan menjelang sepak mula ACL. JDT yamg […]

Kawasaki Frontale Akui Sukar Beraksi Di Stadium Sultan Ibrahim

Pasukan gergasi J1 League, Kawasaki Frontale mengakui berdepan masalah untuk beraksi di Stadium Sultan Ibrahim. Aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini menyaksikan skuad Harimau Selatan sekali lagi diundi berdepan dua pasukan yang sama iaitu Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai. Menerusi satu kenyataan oleh Pegawai Media Kawasaki Frontale di AFC House kepada Harimau Malaya iaitu […]