Kehadiran Final Di Jepun Pecah Rekod, 20 Ribu Di Belakang SNBJ

Final Emperor’s Cup 2023 membabitkan dua kelab Jepun, Kawasaki Frontale dan Kashiwa Reysol telah mencipta rekod tersendiri semalam. Mengikut akaun X Emperor’s Cup JFA, kehadiran 62,837 orang di Stadium Nasional Jepun semalam telah memecahkan rekod kehadiran penonton aksi final kejohanan itu. Sebelum ini, rekod tertinggi yang dipegang setakat ini ialah 57,785 orang. Rekod kehadiran ini dicatat […]
Kawasaki Frontale Layak Ke ACL Penuh Dramatik, Menang Saat Akhir Emperor’s Cup

Wakil Jepun dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL), Kawasaki Frontale terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menggondol gelaran juara Emperor’s Cup hari ini. Kedua-dua pasukan tahu kejayaan menjulang Emperor’s Cup menjanjikan tiket kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim hadapan. Bagi Frontale yang sudah layak ke pusingan 16 pasukan terbaik ACL musim ini, mereka pastinya mahu […]
3 Kelab Jepun Raih Slot ACLE Musim Hadapan

Jepun akan menghantar sebanyak tiga wakil untuk bertanding di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada musim hadapan. Tiga kelab yang bakal membawa cabaran negara Matahari Terbit tersebut merupakan Vissel Kobe, Yokohama F. Marinos dan juara Piala Emperor 2023 di antara Kawasaki Frontale atau Kashiwa Reysol. Vissel Kobe yang dinobatkan sebagai Juara Liga 1 Jepun 2023 […]
”Ini Bukan JDT Yang Sebenar” – Tano Solari

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengakui anak-anak buahnya tidak bermain seperti yang diharapkan ketika tunduk di tangan wakil Jepun, Kawasaki Frontale. Menurut laporan oleh Astro Arena, beliau merasakan pada perlawanan ini, gaya permainan anak-anak buahnya agak berbeza dari kebiasaannya dan bermain tidak seperti yang diharapkan olehnya. “Bagi kami (perlawanan) malam ini agak berbeza, […]
3 Pasukan Sah Mara Ke Pusingan Kalah Mati ACL

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-24 menyaksikan tiga pasukan dari Zon Timur mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik. Footy Rankings mendedahkan tiga pasukan tersebut ialah Kawasaki Frontale, Bangkok United dan Pohang Steelers. Frontale sudah dijangka layak ke pusingan seterusnya selepas mengekalkan rekod 100% kemenangan dalam Kumpulan I. Ini termasuk kejayaan mengalahkan Johor Darul […]
Pemain Kawasaki Frontale Pamer Sikap Terpuji, Tunduk Hormat Kepada Penyokong JDT

Selepas meraih kemenangan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam semalam, para pemain Kawasaki Frontale menunjukkan sikap terpuji di hadapan para penyokong pasukan pelawat. Anak buah kendalian Toru Oniki beramai-ramai menuju ke bahagian tempat duduk penyokong JDT dan memberi tunduk hormat. Menurut perkongsian daripada penyokong Johor Darul Ta’zim, Juan Bapakaw […]
Biarpun Menang Besar, Yu Kobayashi Anggap JDT Lawan Yang Sukar

Pemain sayap Kawasaki Frontale, Yu Kobayashi menganggap aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam semalam sebagai satu perlawanan yang sukar. Mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-69 permainan, pemain berusia 36 tahun ini gembira dapat membantu pasukan mengutip tiga mata penting. Beliau juga teruja dapat menjaringkan gol cantik apabila […]
Jordi Amat Akui JDT Sudah Mencuba Sehabis Baik

Kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat mengakui pasukan itu telah melakukan yang terbaik semasa turun menentang Kawasaki Frontale. Aksi kelima Kumpulan I itu menyaksikan Harimau Selatan tunduk 5-0 kepada tuan rumah semalam. Keputusan itu menyaksikan JDT tersingkir dari peringkat kumpulan ACL. Ini sekaligus menjadikan perlawanan menentang BG Pathum United pada 12 Disember […]
ACL: JDT Tewas Kepada Kawasaki Frontale 5-0

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima tamparan hebat selepas tunduk kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 5-0. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan ketua jurulatih JDT, Tano Solari menurunkan jentera serangan utama iaitu Bergson, Heberty, Forestieri dan juga Arif Aiman. Skuad Harimau Selatan turun dengan motivasi terbaik untuk mencari […]
Siaran Langsung ACL: Kawasaki Frontale vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi kelima saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan pertembungan antara pasukan Kawasaki Frontale dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan peminat bola sepak Asia. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Todoroki, Kawasaki itu menyaksikan pasukan kendalian Tano Solari turun dalam misi menebus kekecewaan setelah tewas tipis tempoh hari. Anak buah Toru Oniki pula sedar cabaran hebat […]
Tano Solari Yakin JDT Bakal Pamer Aksi Berkelas Dunia

Ketua jurulatih JDT, Tano Solari kekal optimis pasukannya mampu mempamerkan aksi terbaik berdepan jaguh dari Jepun, Kawasaki Frontale. Solari mengakui perlawanan ini penting buat JDT bagi menjamin tempat ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini. Sedar tentang kelebihan yang dimiliki Kawasaki Frontale, Tano Solari bagaimanapun enggan mengaku kalah dan yakin JDT […]
Takuma Ominami Sasar Kawasaki Frontale Dominasi Aksi Berdepan JDT

Pemain pertahanan Kawasaki Frontale, Takuma Ominami mahu pasukannya mendominasi permainan apabila turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Todoroki. Dalam sidang media pra perlawanan tersebut, pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa mereka mahu mencatatkan kemenangan di laman sendiri memandangkan ini aksi terakhir mereka di gelanggang mereka bagi […]
Toru Oniki: Tunjuk Aksi Terbaik & Sempurnakan Misi Berdepan JDT

Ketua jurulatih pasukan Kawasaki Frontale, Toru Oniki mahu anak buahnya menyempurnakan misi berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Jaguh Jepun itu hanya mencatatkan kemenangan tipis ketika berdepan Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari sambil memberitahu bahawa lawannya itu sudah bertambah baik. Asakan yang diberikan oleh anak buah Tano Solari disifatkan berbahaya sehingga […]
Ini Rekod Tiga Pertemuan Akhir JDT Berdepan Kawasaki Frontale

Bahang semakin terasa menjelang pertemuan antara JDT dan Kawasaki Frontale pada hari Selasa ini. Kedua-dua pasukan kini dalam misi mendapatkan 3 mata berharga dalam menjamin tangga 2 teratas kumpulan I Liga Juara-Juara Asia. Aksi di Stadium Kawasaki Todoroki kelak bakal menjadi pertemuan keempat kedua-dua pasukan setelah dua musim berturut-turut JDT dan Kawasaki ditempatkan dalam kumpulan […]
Kawasaki Frontale Bawa Momentum Terkuat Berdepan JDT

Pasukan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale membawa momentum terbaik sebelum berdepan wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL). Skuad bimbingan Tano Solari bakal terbang ke Jepun dalam misi menyalakan harapan untuk mara ke pusingan kalah mati ACL. Kawasaki Frontale bagaimanapun memberikan amaran awal kepada Harimau Selatan selepas merekodkan kemenangan besar ke […]
ACL: Perjalanan BG Pathum Lumpuh, Dibedil Kawasaki Frontale

Perjalanan pasukan gergasi Thailand, BG Pathuk United seakan berakhir apabila tewas kepada pasukan Jepun, Kawasaki Frontale dengan keputusan 4-2. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan BG Pathum mempertaruhkan bintang utama, Chanatip Songkrasin di bahagian tengah. Kawasaki bagaimanapun berada di depan seawal minit ke-16 menerusi sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Yasuto Wakizaka sebelum Chanatip Songkrasin […]