Karim Benzema Kembali Ke Real Madrid

Bekas pemain terbaik dunia, Karim Benzema dilaporkan kini berada di Sepanyol bersama kelab lamanya, Real Madrid. Berita ini dikongsikan oleh wartawan bola sepak terkemuka dunia, Fabrizio Romano yang memaklumkan mengenai keberadaan Benzema yang berada di ibu kota negara Sepanyol itu. Menurut Fabrizio, pemain berusia 37 tahun itu kembali ke Madrid untuk mendapatkan akses rawatan kepada […]
“Saya Sudah Tidak Sama, Perlukan Pertolongan” – Karim Benzema

Legenda Perancis, Karim Benzema mengakui dirinya tidak lagi berbisa seperti dahulu dan beliau memerlukan pertolongan untuk kembali mencapai prestasi terbaik. Komen tersebut dibuat susulan prestasinya yang kurang memberangsangkan di hadapan gol sejak Disember 2023. Selepas menyertai Al-Ittihad secara percuma dari Real Madrid pada musim panas 2023, Benzema sudah meledakkan 12 gol daripada 25 perlawanan dalam […]
Gol Sendiri Karim Benzema Buat Al-Ittihad Cemas

Penyerang legenda Perancis, Karim Benzema mencemaskan pasukannya, Al-Ittihad sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) awal pagi tadi. Ini selepas Benzema tertanduk bola hantaran penyerang Navbahor, Jamshad Iskandarov ke gawangnya sendiri pada minit ke-25. Gol tersebut menceriakan kem Navbahor yang berharap dapat mencuri slot suku akhir daripada The Tigers dalam aksi kedua […]
Faiq Bolkiah Dilayangkan Kad Merah Selepas Cubaan Tiru Gol Benzema

Pemain terkaya dunia yang juga pemain Ratchaburi FC, Faiq Bolkiah dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua dalam aksi Liga Thai 1 menentang Khon Kaen United semalam. Faiq dilayangkan kad kuning kedua selepas pengadil mengesan ada cubaan dari pemain Brunei itu untuk mengganggu sepakan gol dari penjaga gol Khon Kaen pada penghujung perlawanan. Layangan […]
Al-Ittihad Singkirkan Karim Benzema

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad menyingkirkan penyerang sensasi, Karim Benzema dalam skuad utama bagi aksi pusingan 16 akhir saingan AFC Champion League (ACL). Memetik laporan BeinSport, penyingkiran ini adalah keputusan daripada ketua jurulatih, Marcelo Gallardo. Karim Benzema tidak tersenarai dalam kuota lima pemain bukan Asia untuk dibawa ke dalam skuad bagi aksi di laman pasukan […]
Karim Benzema Jadi Buruan Manchester United

Karim Benzema kini menjadi buruan Manchester United yang sedang mencari penyerang untuk tempoh jangka masa pendek. Bekas penyerang kebangsaan Perancis itu mula dikaitkan ke Old Trafford setelah United dilaporkan ingin mendapatkan khidmat penyerang pinjaman bagi menambah sengat serangan pasukan. Ketika ini United bergantung kepada Rasmus Hojlund, Anthony Martial dan Marcus Rashford sebagai penyerang utama namun […]
Disangka Hilang, Karim Benzema ‘Terkandas’ Di Mauritius

Hubungan legenda Perancis, Karim Benzema dengan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad semakin keruh. Akhbar Marca melaporkan bekas penyerang Real Madrid itu gagal melapor diri untuk perjumpaan semula pasukan pada Jumaat lepas. Sebelum ini, Benzema diberi perlepasan oleh kelab selepas The Tigers tewas 5-2 kepada Al-Nassr dalam saingan Saudi Pro League. Atas sebab itu, bekas penyerang Perancis […]
Kalah Kepada ‘Cristiano Ronaldo’, Karim Benzema Padam Instagram

Dua gol Cristiano Ronaldo bukan saja membantu Al-Nassr menewaskan musuh tradisi mereka, Al-Ittihad 5-2 pada 27 Disember lalu. Malah, ini mendorong bekas rakan sepasukan beliau di Real Madrid, Karim Benzema untuk memadamkan akaun Instagram peribadinya. Akhbar Daily Mail melaporkan tindakan itu dilakukan bekas penyerang Perancis itu beberapa jam selepas kekalahan besar yang dialami Al-Ittihad. Sehingga […]
ACL: Karim Benzema & Kante ‘Lesap’, Al-Ittihad Dimalukan Kelab Iraq

Pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad menerima tamparan hebat dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) apabila tewas mengejut kepada kelab Iraq, Al-Quwa dengan keputusan 2-0. Perlawanan yang berlangsung di gelanggang lawan itu menyaksikan pasukan bimbingan Nuno Esperito Santo menurunkan kesebelasan terbaik dengan pemenang Balloon d’Or, Karim Benzema mengetuai jentera serangan pasukan. Aksi bermula baik apabila kedua-dua […]
Saudi Pro League: Kudrat Karim Benzema Bantu Al-Ittihad Selesa Tewaskan Al-Raeed

Penyerang legenda Perancis, Karim Benzema memastikan debut liga bersama kelab barunya, Al-Ittihad bermula dengan langkah kanan. Ini selepas mereka mengatasi Al-Raeed 3-0 dalam perlawanan pembukaan Saudi Pro League. Jika dibandingkan dengan tuan rumah, The Tigers dianggap pasukan pilihan kerana dibarisi pemain-pemain bintang. Selain Benzema, N’Golo Kante dan Fabinho turut membuat debut dalam liga bersama kelab […]
Debut Karim Benzema Pacu Kemenangan Al-Ittihad

Debut bekas penyerang Real Madrid, Karim Benzema bersama Al-Ittihad berakhir dengan cemerlang. Ini selepas kelab Arab Saudi itu menewaskan ES Tunis 2-1 dalam aksi Kumpulan A, Arab Club Champions Cup awal pagi ini. Bagaimanapun, Al-Ittihad dikejutkan dengan pendahuluan awal Mkachkha pada minit ke-26 menerusi pemain sayap Oussama Bouguerra. The Tigers kemudiannya mengikat kedudukan 1-1 menerusi […]
3 Bintang Dunia Bakal Hangatkan Saingan Liga Saudi

Selepas Karim Benzema sah menyertai kelab Saudi Pro League, Al-Ittihad, profil liga berkenaan dijangka akan naik mendadak. Dan selepas bekas penyerang Real Madrid itu, dua lagi nama bakal menyusul iaitu duo Chelsea, N’Golo Kante dan Pierre-Emerick Aubameyang. Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Dalam kes Kante, beliau bakal menjadi rakan sepasukan baru […]
Karim Benzema Sertai Al-Ittihad di Liga Saudi

Selepas 14 tahun menabur bakti bersama Real Madrid, penyerang Perancis, Karim Benzema bakal meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Al-Ittihad. Khabar ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Dengan keputusan ini, bekas penyerang Lyon itu mengikut jejak langkah Marco Asencio, Eden Hazard dan Mariano Diaz yang meninggalkan Bernabeu secara percuma. Tidak seperti tiga pemain berkenaan […]
Karim Benzema Semakin Hampir Ikut Jejak Cristiano Ronaldo

Penyerang berbisa Real Madrid, Karim Benzema dilihat semakin hampir meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu apabila dikhabarkan bakal berhijrah ke kelab yang baru sahaja ditabalkan sebagai juara Liga Arab Saudi, Al-Ittihad. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan sukan terkenal dunia, Fabrizio Romano melalui satu ciapan di Twitter beliau. Fabrizio berkata, Benzema bakal berjumpa dengan pengarah Real […]
Hatrik Terpantas Karim Benzema Pecah Rekod La Liga Sejak 22 Tahun

Sejak mengumumkan persaraannya dari skuad kebangsaan Perancis pada hujung tahun lepas, Karim Benzema terus membuktikan bisanya sebagai penyerang Real Madrid. Dan terbaru, hatrik yang dicatat beliau dalam perlawanan menentang Valladolid hari ini merupakan yang terpantas dalam sejarah La Liga! Kali terakhir rekod ini dicipta ialah pada 1991 menerusi bek tengah legenda Los Blancos, Fernando Hierro. […]
Benzema Umum Persaraan

Penyerang Real Madrid, Karim Benzema mengumumkan persaraan dari arena bola sepak antarabangsa berkuatkuasa hari ini. Ini selepas penyerang tersebut terlepas peluang membantu skuad Perancis mara ke final Piala Dunia 2022 akibat kecederaan. Keputusan tersebut diumumkan di akaun Twitter rasmi penyerang tersebut bersempena hari lahirnya yang ke-35. Dalam ciapannya itu, bekas penyerang Lyon itu berkata, “Saya […]