Melaka Sasar Kejar Tangga Teratas Liga A1

Kelab Liga A1 Semi-Pro, Melaka FC masih yakin dapat mengejar kedudukan pendahulu liga yang dihuni Imigresen FC ketika ini. Keyakinan ini dilaungkan pengendali pasukan itu, K. Devan selepas perlawanan terbaru liga dengan PT Athletic FC pada 2 Ogos lalu. Melaka berharap dapat menghambat Imigresen dengan meraih satu lagi kemenangan ke atas anak buah Nazrulerwan Makmor. […]

Melaka Mula Langkah Garang Musim Baharu

Melaka FC membuka kempen Liga A1 Semi Pro dengan langkah kanan apabila membelasah PIB Shah Alam 4-1 di Stadium USIM, Nilai, Negeri Sembilan hari ini. Meskipun hadir sebagai pelawat, anak buah K. Devan diperkuat penjaring terbanyak liga musim lepas, Abdul Azim Rahim dan dua pemain import, Fuseini Issah dan Michael Onyekachi Ozor. Sementara PIB yang […]

K. Devan Kini Ketua Jurulatih Melaka FC

k devan

Jurulatih berpengalaman, K. Devan kini sah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka FC bagi saingan bola sepak musim 2024/25. K. Devan bakal membimbing pasukan Melaka dalam saingan Liga M3 bersama-sama penolong jurulatih Sapian Wahid, S.Subramaniam dan Mussafar Shah. Perkara tersebut diumumkan secara rasmi dalam laman media sosial Facebook Melaka FC dan juga sewaktu Majlis Menandatangani […]

Melaka FC Perkenal Logo Baru

Pasukan Liga M3, Melaka FC memperkenalkan logo baru pasukan menjelang musim baru liga tidak lama lagi. Ini selepas halaman Facebook rasmi Melaka memuatnaik logo baru sebagai gambar profil halaman pasukan berkenaan. Logo baru ini menggunakan imej perisai bulat dengan bola berwarna hitam dan putih diletakkan di tengah-tengah perisai. Ikon bola itu turut diapit dengan perkataan […]

K. Devan Sah Tinggalkan Negeri Sembilan

Negeri Sembilan mengumumkan perpisahan bersama ketua jurulatih, K. Devan menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025. Menerusi satu hantaran di laman X, Negeri Sembilan FC mengucapkan terima kasih kepada K. Devan atas segala khidmat bakti beliau bersama Sang Rusa. “Terima kasih kami ucapkan kepada Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC bagi musim 2023, K.Devan. Beliau tidak akan bersama […]

K. Devan Dijangka Kekal Bersama Negeri Sembilan

Pengendali Negeri Sembilan FC, K. Devan bakal kekal bersama pasukan itu untuk musim hadapan. Perkara ini didedahkan oleh wartawan MakanBola, Syafiq Freman menerusi satu ciapan di X hari ini. Sebelum ini, Devan dilaporkan bakal meninggalkan pasukan itu pada akhir musim kerana menerima tawaran daripada pasukan lain. Susulan itu, beberapa nama dicanang sebagai pengganti beliau seperti […]

K. Devan Bakal Tinggalkan Negeri Sembilan?

k devan

Negeri Sembilan FC bakal mengucapkan selamat tinggal kepada K. Devan kerana ini musim terakhir beliau bersama pasukan itu. Ini selepas wartawan MakanBola, Syafiq Freman mendedahkan kontrak bekas pengendali Selangor FC itu dengan skuad Rusa sudah tamat. Selain itu, pengurusan pasukan juga difahamkan tidak mengadakan perbincangan berkenaan soal melanjutkan kontrak beliau. Sekiranya khabar ini benar, Negeri […]

Negeri Sembilan Bakal Dapat Jurulatih Baru?

Negeri Sembilan berdepan kemungkinan mendapat seorang jurulatih baru untuk mengemudi pasukan pada musim 2024. Ini selepas wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran mendedahkan di X jurulatih skuad Rusa, K. Devan digosipkan bakal beralih angin selepas tamat musim 2023. Devan dikatakan bakal pergi ke utara tanah air bagi mengambil alih peranan sebagai jurulatih Penang FC. Ketika […]

“Kita Bagi Peluang Syihan Buat Latihan” – K. Devan

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan bangga dengan prestasi yang ditampilkan anak buahnya dalam aksi suku akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).  Biarpun tewas 3-0, Devan menganggap pasukannya sudah berjaya memberi saingan kepada JDT sepanjang 90 minit permainan di atas padang. Beliau akui JDT merupakan lawan yang sukar, akan tetapi semangat juang […]

K. Devan: Penyokong Perlu Sedar Kualiti Negeri Sembilan

Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan berharap penyokong sedar dengan tahap kualiti yang dimiliki pasukan itu ketika ini. Dalam aksi kedua pusingan 16 terbaik Piala Malaysia membabitkan skuad Rusa dan Kelantan United FC, wujud suara-suara yang tidak puas hati terutama bila tuan rumah ketinggalan 1-0 menerusi gol OJ Porteria. Bagaimanapun, Negeri Sembilan kembali bangkit dengan […]

K. Devan Sasar Negeri Sembilan Tamatkan Saingan Di Tangga Pertengahan Liga Super

Jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan mengakui masih mensasarkan kedudukan pertengahan Liga Super biarpun pasukan itu dibelasah 4-0 oleh Selangor dalam perlawanan Liga Super semalam. Kali terakhir skuad Rusa merasai kemenangan ialah pada 18 Mei lalu semasa menentang PDRM FC. Sejak itu, Negeri Sembilan FC merekodkan lima seri dan tiga kekalahan dalam Liga Super termasuk […]

K. Devan: Pemain Pergi Ada, Pengganti Tiada

Pada aksi Liga Super yang menemukan Negeri Sembilan FC dan Kuala Lumpur City FC semalam menyaksikan Negeri Sembilan berjaya mencuri satu mata berharga hasil jaringan pernyamaan di akhir perlawanan. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1. Bagi pengendali Negeri Sembilan, K. Devan, beliau merasakan satu mata tersebut amat berharga buat pasukannya kerana beliau sedar kualiti […]

Herold Goulon Tak Beraksi Setiap Perlawanan? K. Devan Ada Jawapannya

Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan memberi jawapan muktamad mengenai percaturan beliau untuk tidak memainkan beberapa orang pemain import pasukan selama 90 minit dalam setiap perlawanan. Pertembungan antara pasukan KL City dan Negeri Sembilan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1. Menerusi temubual bersama K. Devan selepas tamat perlawanan, beliau memiliki sebab yang kukuh […]

Negeri Sembilan Umum Tak Tambah Pemain Baru Pada Jendela Perpindahan Kedua

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal dibuka pada 5 Julai ini, pasukan-pasukan Liga Super mula membuat persiapan mendapatkan pemain yang diidamkan. Tetapi Negeri Sembilan FC membuat langkah berbeza dengan mengumumkan tidak akan menambah pemain baru semasa tempoh tersebut. Langkah tersebut dibuat bukan saja mengambil kira kekangan kewangan yang membelenggu pasukan. Malah, pengurusan Hoben Jang Hoben mahu […]

Kekurangan Pemain Import Jejaskan Kekuatan Negeri Sembilan

Kekuatan kewangan Negeri Sembilan yang terbatas menyaksikan mereka hanya dapat mengikat khidmat empat pemain import jika dibandingkan pasukan-pasukan Liga Super lain. Dan kini, kekurangan tersebut menjejaskan keupayaan skuad Rusa bersaing termasuk dalam perlawanan suku akhir Piala FA 2023 pada Sabtu lepas. Hal ini disedari oleh bekas pemain Selangor, Asmawi Bakiri. Dengan Herold Goulon terpaksa berehat […]

K. Devan Tak Pandang Mudah Cabaran Pasukan Liga M3

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan tidak pandang mudah cabaran pasukan Liga M dalam pusingan kedua Piala FA menentang PIB Shah Alam FC malam ini. Devan menyatakan bahawa sebagai pasukan Liga Super, mereka perlu mempamerkan kualiti dan prestasi yang baik apabila berdepan dengan mana-mana pasukan. Beliau juga mahu setiap pemain menghormati pihak lawan dan beraksi […]