“Kim Pan-gon Ibarat Jurgen Klopp”

Pengendali Ulsan HD, Kim Pan-gon telah disamakan dengan impak yang diberikan oleh bekas Ketua Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp. Perkara ini diakui oleh lagenda bola sepak negara, Safee Sali terhadap impak yang dibawa oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu setiap kali bersama pasukan. Katanya, Pan-gon tahu untuk menerapkan mentaliti kemenangan bersama sesebuah pasukan yang dikendalikannya termasuklah […]

Korea Selatan Tolak Peluang Dapatkan Khidmat Bekas Pembantu Jurgen Klopp

Korea Selatan menolak peluang mendapatkan bekas pembantu Jurgen Klopp di Borussia Dortmund, David Wagner sebagai jurulatih pasukan itu. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan sukan Korea Selatan, Steve Han selepas mengikuti sidang media Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA), Lee Lim-saeng baru-baru ini. Jurulatih berusia 52 tahun itu bukan asing dalam kalangan peminat bola […]

Jurgen Klopp Tubuh Akaun Instagram, Raih Jutaan Pengikut Dalam Tempoh Singkat

Ketua Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp mahu meneruskan hubungan cintanya bersama The Reds apabila menubuhkan satu akaun Instagram baharu. Pengurus berasal dari Jerman itu membuktikan dirinya sebagai legenda Liverpool dengan memenangi kejuaraan Liga Perdana pertama pasukan itu selama 30 tahun pada 2020.  Kisah indah Klopp bersama Liverpool akan terhenti selepas beliau membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan […]

Liverpool Akhiri Perpisahan Jurgen Klopp Di Tangga Ke-3 EPL

Perlawanan terakhir saingan Liga Perdana musim 23/24 ini menyaksikan pertembungan diantara Liverpool menentang Wolverhampton berakhir dengan keputusan 2-0. Liverpool akhiri perpisahan Jurgen Klopp di tangga ke-3 Liga dengan mengumpul 83 mata, berada di belakang Arsenal dan Manchester City.   Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.  Pada minit ke-28 permainan, pertahanan […]

Jurgen Klopp & Mo Salah ‘Perang’ Besar

Kem Liverpool dikejutkan dengan pertelingkahan di antara pengurus pasukan, Jurgen Klopp dan ayam tambatan pasukan, Mo Salah. Kejadian ini bermula apabila pasukan lawan Liverpool iaitu West Ham United berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang England, Michail Antonio setelah The Reds mendahului 2-1. Klopp yang berada di tepi padang bersama Salah yang sedang bersiap sedia untuk […]

Arne Slot Dari Kaca Mata Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp teruja dengan tindakan pihak pengurusan kelab mendapatkan khidmat pengendali Feyenoord, Arne Slot bagi menggantikan tempatnya musim hadapan. Bagi Klopp, beliau melihat kehadiran Slot adalah baik buat Liverpool kerana beliau tertarik dengan corak permainan yang diterapkan Slot bersama Feyenoord. “Saya suka cara pasukannya (Feyenoord) bermain bola sepak. Semua perkara yang saya dengar […]

Arne Slot Ganti Jurgen Klopp Di Liverpool

Jurulatih Feyenoord, Arne Slot dijangka bakal menjadi jurulatih baharu Liverpool bagi menggantikan jurulatih berpengalaman, Jurgen Klopp yang sudah disahkan tidak akan mengendalikan Liverpool bagi saingan musim hadapan. Slot dikatakan sudah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama Liverpool. Liverpool perlu membayar pampasan yang agak tinggi kepada Feyenoord bagi merealisaikan perpinahan ini. Berita perpindahan Slot ke Liverpool […]

Mesir Lawan ‘Perintah’ Liverpool Rehatkan Mo Salah

Mesir telah melawan ‘perintah’ Liverpool untuk merehatkan Mohamed Salah apabila memanggil penyerang tersebut untuk aksi persahabatan akhir Mac ini. Mohamed Salah ketika ini sedang dalam fasa pemulihan setelah menerima kecederaan serius sewaktu membantu Mesir dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) tempoh hari. Beliau yang hampir cergas dan diturunkan sewaktu Liverpool menentang Brentford pada bulan Februari […]

EPL: Gol Minit Akhir Darwin Nunez Bantu Liverpool Atasi Nottingham Forest

Liverpool nunez

Liverpool berjaya menewaskan cabaran pasukan corot Nottingham Forest untuk meraih 3 mata berharga dalam saingan liga. Pasukan kendalian Jurgen Klopp kini selesa menghuni tangga pertama liga disebalik beberapa siri kecederaan yang menimpa pemain Liverpool. Liverpool jelas mendominasi penguasaan bola berbanding Nottingham Forest dalam perlawanan ini apabila merekodkan 71% penguasaan bola. Malah The Reds turut mencipta […]

Liverpool Pantau Rapat Mousa Al-Tamari

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool FC memantau situasi penyerang berbisa Jordan, Mousa Al-Tamari. Pemain berusia 26 tahun itu menikmati kempen yang cukup baik bersama pasukan kebangsaan selepas berjaya membawa pasukan ke pentas final di Qatar. Beliau memainkan watak hebat tatkala jaringannya memastikan slot ke final dalam genggaman menewaskan Korea Selatan. Menerusi beberapa laporan daripada […]

Polis Thailand Beri Amaran Xabi Alonso ‘Palsu’ Giat Pancing Wang

bayern 04 leverkusen-xabi alonso

Terdapat berita aneh mengenai skim penipuan dalam talian melibatkan jurulatih Bayern Leverkusen, Xabi Alonso yang meminta wang di laman media sosial ketika ini. Individu yang menyamar sebagai Xabi Alonso telah meminta wang sumbangan sebanyak 300 baht bersamaan dengan RM40 menerusi Instagram bertujuan untuk membeli tiket penerbangan ke bandar Liverpool. Perkara tersebut ekoran Jurgen Klopp yang […]

Liverpool Berisiko Hilang Tiga Bintang

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mungkin bakal kehilangan tiga bintang utama pasukan selepas ketiga-tiganya akan tamat kontrak tidak lama lagi. Tiga bintang utama yang dimaksudkan adalah penyerang berbisa Mohamed Salah, pertahanan tengah, Virgil van Dijk dan pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold. Ketiga-tiga pemain ini dijangka akan tamat kontrak dalam tempoh 18 bulan lagi dan […]

Jurgen Klopp Umum Tinggalkan Liverpool Pada Penghujung Musim

Jurgen Klopp mengumumkan berita tergempar apabila beliau akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim 2024/2025. Jurulatih kelahiran Jerman itu membimbing Liverpool hampir sepuluh tahun setelah menyertai kelab tersebut pada tahun 2015 dan memenangi pelbagai kejuaraan bersama The Reds seperti trofi Premier League 2019/2020, trofi Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019, Piala FA 2021/2022 dan Piala Liga 2021/2022. Jurgen […]

Mo Salah Angkat Kaki Dari Mesir Lebih Awal

salah egypt

Mohamed Salah terpaksa angkat kaki dari Mesir lebih awal akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu menentang Ghana. Salah bakal kembali ke Liverpool untuk menerima rawatan lebih lanjut dengan harapan pemain tersebut akan kembali menyertai Mesir sekiranya pasukan tersebut layak ke saingan separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menurut Fabrizio Romano. Pemain berusia 31 tahun itu mengalami […]

Kesediaan Jurgen Klopp Realisasikan Impian Sven-Goran Eriksson Menyentuh Hati

Susulan pendedahan bekas pengurus England, Sven-Goran Eriksson memiliki baki hayat selama setahun kerana menghidap kanser, Jurgen Klopp tampil untuk merealisasikan impiannya. Bekas jurulatih Sweden yang berusia 75 tahun itu sebelum ini mendedahkan beliau sebenarnya menyokong Liverpool dan memiliki keinginan menjadi pengurus pasukan itu di Anfield. Ini disebabkan minat yang diturunkan oleh bapanya, Sven yang juga […]

Jurgen Klopp Harap Mesir Tersingkir Awal Di Piala AFCON

Jurgen Klopp berharap Mesir akan tersingkir awal di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) demi mendapatkan kembali khidmat pemain bintang, Mohamed Salah. Liverpool akan bermain tanpa kelibat Mohamed Salah bermula aksi menentang Arsenal dalam saingan Piala FA dan mungkin berlanjutan sehingga pertengahan Februari jika Mesir layak ke peringkat kalah mati. Salah menjadi pemain penting Liverpool ketika ini […]