“Bertemu Kali Kedua Dengan China Tak Mudah” – Juan Torres

Jurulatih skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Juan Torres Garrido percaya skuad negara bakal berdepan kesukaran menentang China esok. Harimau Muda meraih kemenangan pertama ke atas ubi muda China sejak 1991 pada perlawanan yang berlangsung pada 23 Disember lalu. Bek tengah Selangor FC, Harith Haiqal Adam Afkar muncul wira dengan menanduk gol kemenangan pada minit […]

“Taktikal Dah Jadi, Pemain Perlu Lebih Tenang” – Mukhairi Ajmal

Kapten skuad Malaysia B-23, Mukhairi Ajmal percaya rakan sepasukannya semakin memahami taktikal yang ingin diterapkan oleh Juan Torres Garrido. Malaysia berjaya menewaskan China hasil jaringan tunggal pertahanan kental, Harith Haiqal pada minit terakhir perlawanan. “Alhamdulillah setakat ini saya lihat semua pemain bersemangat walaupun cuaca sejuk. Kita dapat sesuaikan diri dengan cuaca disini.” “Syukur kami jaringkan […]

Juan Torres: Masih Banyak Yang Perlu Diperbaiki

Juan Torres Garrido bermula langkah kanan apabila Malaysia B-23 menewaskan China 1-0 namun jurulatih baharu itu tidak mahu cepat berpuas hati. “Saya gembira. Secara keseluruhannya, para jurulatih tidak sepenuhnya gembira, kami sentiasa mencari aspek mana yang patut ditambahbaik.” “Tapi dengan mengambil kira tempoh yang singkat ini, para pemain memberikan persembahan yang bagus. Kami cuba perbaiki, […]

Juan Torres Pilih 8 Pemain Selangor Berdepan China

Pengendali skuad bawah 23 tahun negara, Juan Torres Garrido memanggil seramai 8 orang pemain dari pasukan Selangor untuk aksi persahabatan di China. Daripada senarai 24 pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Selangor mempunyai jumlah pemain yang paling ramai dipanggil iaitu seramai 8 orang diikuti pasukan Johor Darul Ta’zim (5 orang). Daripada lapan […]

Piala Asia B-23: Malaysia Hadapi Tentangan Vietnam & Uzbekistan

Skuad bawah 23 tahun Malaysia berdepan ujian mencabar apabila diundi bersama tiga negara besar iaitu Vietnam, Uzbekistan dan juga Kuwait di Piala Asia B-23. Undian yang berlangsung di Al Bustan Ballroom, Wyndham Doha West Bay di Doha, Qatar menyaksikan perjalanan hebat yang bakal ditempuhi oleh anak buah Juan Torres Garrido. Undian tersebut menyaksikan Malaysia diundi […]

“Baru Dua Hari, Nampak Potensinya Besar”

Pengurus skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar teruja melihat kedatangan seorang lagi pemain warisan Malaysia yang memiliki potensi besar yang amat baik iaitu Richard Chin. Pemain berusia 21 tahun itu menjadi antara pemain idaman untuk membarisi skuad muda negara kerana pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah. Pemain kelahiran Malaysia-England […]

Juan Torres Laung Amaran Awal Kepada Pemain Malaysia

Pengendali baharu pasukan kebangsaan b-23 negara, Juan Torres Garrido memberikan peringatan awal kepada para pemain muda negara berkenaan tempat dalam pasukan menjelang Piala Asia U23 tahun hadapan. Jurulatih kelahiran Sepanyol itu memgambil alih peranan untuk melatih pasukan muda negara selepas dilepaskan oleh pengendali terdahulu, E. Elavarasan. Beliau menegaskan bahawa tiada ‘anak emas’ dalam skuad bimbingannya […]

KL City Sudah Ada Jurulatih Baharu?

CEO KL City FC, Stanley Bernard mendedahkan pasukan itu sudah mempunyai perancangan bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan penolong jurulatih mereka, Shukor Adan. Nama Shukor menjadi bualan apabila diumumkan sebagai penolong jurulatih skuad B-23 negara beberapa hari yang lalu. Legenda Selangor FC itu dijangka membantu ketua jurulatih baru Harimau Muda dari Sepanyol, Juan Torres Garrido. […]

Juan Torres Garrido Dilantik Jurulatih Malaysia B-23 Menjelang Piala Asia

Jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido sah dilantik sebagai jurulatih skuad Malaysia B-23 yang baru. Pengumuman perlantikan beliau dibuat FAM menerusi satu sidang media khas yang diadakan pada hari ini. Pengumuman ini sekaligus menamatkan spekulasi tentang siapa mengambil alih jawatan tersebut selepas E. Elavarasan meletak jawatan pada bulan lepas. Keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan bekas jurulatih […]

Jurulatih Sepanyol Bakal Bimbing Skuad B-23 Malaysia Di Piala Asia?

Penolong jurulatih skuad B-23 Malaysia, Juan Torres Garrido kini menjadi pilihan utama sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, E. Elavarasan. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di platform X lebih sejam lalu. Ini sekaligus mengesahkan perkhabaran yang dibawa beliau sebelum ini bahawa seorang jurulatih import akan dipilih untuk membimbing Harimau Muda untuk aksi […]