Jurulatih JDT Sebut 3 Pencabar Hebat Musim Depan, Ada Nama Selangor

Jurulatih skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Antonio Miguel Garcia percaya ada tiga pasukan yang bakal mencabar pasukan itu pada tahun 2025. JDT meraih gelaran juara berganda untuk musim 2024. Selepas bergelar juara Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Harimau Selatan muncul juara Malaysia Futsal Cup. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan […]

Juan Antonio Puji 4 Pemain Selangor ‘No.24 & 7 Sangat Berkualiti’

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia melihat 4 tonggak utama Selangor sebagai pemain berkualiti tinggi ketika bertemu dalam perlawanan akhir pada Ahad. Juan Antonio membimbing skuad Harimau Selatan menjuarai Malaysia Futsal Cup dengan menewaskan Selangor hasil 3 jaringan daripada Bruno Taffy, Firdaus Ambiah dan Azwann Ismail. Ditemui ketika sesi sidang media pasca […]

“Pasukan Terbaik Menang Malaysia Futsal Cup” – Miguel Garcia

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia merasakan pasukannya layak untuk menjulang Malaysia Futsal Cup setelah menewaskan Selangor pada Ahad. Dalam aksi tersebut, Bruno Taffy berjaya meletakkan JDT di hadapan seawal minit keempat permainan sebelum Syahir Iqbal menyamakan kedudukan untuk keputusan terikat 1-1 di babak pertama. Dua jaringan daripada Firdaus Ambiah dan Azwann […]

Miguel Garcia Anggap Prestasi Selangor Lebih Baik Berbanding JDT

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Antonio Miguel Garcia beranggapan prestasi Selangor lebih baik menjelang aksi final Malaysia Futsal Cup pada Ahad. Skuad Harimau Selatan mara ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut setelah tidak berdepan masalah menewaskan KL City dalam perlawanan separuh akhir dengan agregat 9-2 minggu lalu. Sementara, Selangor pula berjaya mengatasi cabaran hebat dari […]

Miguel Garcia: JDT Pasukan Terbaik Malaysia

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Antonio Miguel Garcia melihat pasukan itu sebagai pasukan terbaik negara ketika ini. Pandangan tersebut dibuat selepas melihat Harimau Selatan bergelar juara Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024. JDT menutup kempen Divisyen 1 dengan menewaskan Gombak TOT United 3-0. Ridzwan Bakri dan Muhammad Saad […]

“JDT Merendah Diri Namun Mahu Juara” – Miguel Garcia

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) Juan Antonio Miguel Garcia tidak mahu anak-anak buahnya mendabik dada meskipun memiliki jurang mata yang jauh berbanding seteru utama mereka. Miguel Garcia yang ditemui selepas aksi MPFL berdepan KL City pada Ahad berkata perjalanan liga masih lagi panjang dan beliau mahukan anak-anak buahnya untuk kekal fokus dan hormati […]

JDT Bakal Terapkan Percaturan Sama Berdepan Selangor

Jurulatih JDT Futsal, Juan Antonio Miguel Garcia tidak berhasrat menukar sebarang taktikal apabila berdepan Selangor selepas ini. Juan Antonio berkata, meskipun pertembungan epik ini bakal berlangsung pada bulan Ramadhan, baginya tiada perubahan dari segi persiapan ”JDT tidak mempunyai sebarang perancangan tambahan. JDT adalah satu idea (gaya permainan), tiada perubahan dan hanya persiapan seperti biasa,” katanya […]

Miguel Garcia: Ini Satu Amaran Buat JDT

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Juan Antonio Miguel Garcia berwaspada dengan cabaran yang bakal dihadirkan Shah Alam City. Ini kerana pasukan itu menduduki tangga kedua liga dengan empat mata selepas perlawanan. Selain itu, Shah Alam City sudah membuktikan mereka pasukan yang liat dengan mengikat Pahang Rangers 6-6. Justeru, Miguel Garcia mahu […]