‘Orang Kuat’ Burnley Beri Bayangan Josh Brownhill Ke Malaysia

Salah seorang individu penting dalam organisasi kelab Burnley FC telah memberi bayangan kaptennya, Josh Brownhill bakal beraksi buat Malaysia. Pemain berusia 29 tahun itu sudah lama dikaitkan dengan kehadirannya untuk membantu Harimau Malaya namun hasrat itu masih belum tercapai. Tonggak tengah berpengalaman itu membantu Burnley untuk bersaing dalam kancah EFL Championship dan telah beraksi sebanyak […]
Pemain Warisan, Joshua Brownhill Dicalonkan Pemain Terbaik Bulanan Di England

Kapten Burnley, Joshua Brownhill sekali lagi menerima pencalonan untuk Pemain Terbaik Bulanan PFA untuk bulan Oktober 2024. Pemain tengah warisan Malaysia itu menerima pencalonan itu selepas membantu Burnley kekal tanpa kalah sepanjang bulan berkenaan. Ini termasuk dua kemenangan yang diraih ke atas Plymouth Argyle dan Sheffield Wednesday pada 1 dan 19 Oktober lalu. Menariknya, kedua-dua […]
Tonggak England Beri Bayangan Pemain Warisan Baharu Malaysia

Tonggak England memberi bayangan mengenai pemain warisan baharu yang bakal memperkuat Malaysia. Khabar yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak menjadi kenyataan selepas pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl tidak dapat mewakili Harimau Malaya. Hal ini selepas beliau tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh badan induk FIFA yang memaksa penantian pemain warisan baharu diteruskan. Khabar […]
Josh Brownhill Pacu Burnley Ke Puncak Liga

Josh Brownhill membantu pasukannya, Burnley muncul pendahulu Liga Kejohanan dengan menewaskan Sheffield Wednesday 2-0. The Clarets yang dibimbing Scott Parker memburu kemenangan untuk membantu mereka merampas takhta liga daripada pencabar terdekat, Sunderland. Beraksi di tempat lawan, Burnley menerima tekanan hebat daripada Wednesday yang mahu menjarakkan diri daripada kelompok tercorot liga. Tatkala tuan rumah berusaha mencari […]
Josh Brownhill Disenarai Pendek Pemain Terbaik Bulanan PFA

Prestasi cemerlang pemain warisan Malaysia, Josh Brownhill sepanjang September lalu diiktiraf Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA). Ini selepas nama kapten Burnley itu disenaraikan dalam senarai enam calon yang berpotensi memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFA bulan September. Selain Brownhill, turut tersenarai ialah Michael Cooper dan Gustavo Hamer (Sheffield United), Lewis Travis (Blackburn Rovers), Josh […]
Josh Brownhill Jaringkan Gol Penting, Perkukuh Kedudukan Liga Burnley

Pemain warisan Malaysia, Josh Brownhill memastikan Burnley terus menghuni kedudukan dua teratas Liga Kejohanan musim 2024/25. Ini selepas sepakan penaltinya pada minit ke-26 cukup untuk membantu The Clarets menewaskan Plymouth dalam aksi terbaru liga pada 1 Oktober lalu. Kemenangan kelima Burnley dalam Liga Kejohanan merapatkan jurang pasukan itu dengan pendahulu liga, Sunderland kepada satu mata. […]
Dua Pemain Warisan Berbalas Petanda Hampiri Harimau Malaya

Dua pemain warisan berbalas petanda yang memberikan gambaran bahawa mereka bakal menghampiri Harimau Malaya. Baru-baru ini, hasrat untuk melihat pertahanan Go Ahead Eagles iaitu Mats Deijl menyarung jersi skuad kebangsaan. Persembahan hebat beberapa pemain di Eropah yang difahamkan memiliki pertalian darah dengan Malaysia mula menjadi ikutan peminat bola sepak tanah air. Kapten Burnley FC, Josh […]
Josh Brownhill Berbisa, Burnley & Oxford United Sama Handal

Aksi pemain warisan Malaysia, Josh Brownhill menyerlah ketika membantu Burnley mengikat Oxford United tanpa jaringan. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dan membentuk gandingan bersama Josh Cullen dan juga Hannibal pada bahagian tengah pasukan. Burnley memiliki beberapa peluang keemasan pada babak pertama untuk menjaringkan gol namun dinafikan oleh ketangkasan penjaga gol […]
Warga Indonesia Serang Instagram Pemain Warisan Malaysia, Josh Brownhill

Warga Indonesia bekelakuan pelik apabila menyerang Instagram pemain warisan Malaysia, Josh Brownhill. Tonggak berusia 28 tahun itu dilaporkan sedang dalam proses dokumentasi untuk membolehkannya mewakili Harimau Malaya. Kapten Burnley FC itu merupakan watak penting buat pasukannya bersama seorang lagi pemain warisan negara, Zien Flemming. Beliau bagaimanapun menerima kunjungan daripada peminat bola sepak Indonesia yang berkemungkinan […]
Dua Bintang Burnley ‘RM88 Juta’ Hampiri Harimau Malaya

Dua tonggak penting Burnley FC semakin hampir untuk menyarung jersi Harimau Malaya. Skuad kendalian Pau Marti masih segar dengan kejayaan menjulang Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan tempoh hari. Perkhabaran baik diterima oleh kem negara apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan bahawa telah dihubungi oleh pemain Go Ahead Eagles, Mats Deijl. Proses dokumentasi pemain […]
Joshua Brownhill Wira Burnley, Hampiri Tangga Teratas Liga

Pemain tengah warisan Malaysia, Joshua Brownhill muncul wira Burnley dengan meledakkan gol kemenangan ketika menentang Portsmouth. The Clarets memburu satu lagi kemenangan untuk merapatkan jurang dengan dua pasukan teratas Liga Kejohanan, West Brom dan Sunderland. Manakala Pompey pula memburu kemenangan pertama dalam liga. Separuh masa pertama menyaksikan Portsmouth berusaha memburu gol awal. Usaha mereka turut […]
Berita Joshua Brownhill Ke Malaysia Jadi Bualan Eropah

Nama kapten Burnley, Joshua Brownhill menjadi bualan di Eropah selepas beliau terbuka dengan idea mewakili Harimau Malaya. Sebelum ini, pemain tengah berusia 28 tahun itu mendedahkan dirinya memiliki darah Malaysia menerusi neneknya. Hal ini dinyatakan dalam satu hantaran e-mel beliau kepada Future Talents baru-baru ini. “Saya boleh mengesahkan bahawa saya mempunyai susur galur Malaysia melalui […]
Kapten Burnley, Joshua Brownhill Sahkan Ada Darah Malaysia

Kapten Burnley FC, Joshua Brownhill mengesahkan bahawa dirinya benar-benar berketurunan Malaysia. Perkara ini dikongsikan secara rasmi oleh laman Frfuturetalents mengenai perkhabaran seorang lagi tonggak yang berpotensi mewakili Harimau Malaya. Baru-baru ini, pertahanan Go Ahead Eagles iaitu Mats Deijl memberitahu bahawa beliau memiliki pertalian darah dengan Malaysia dan sudah pun berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia […]
Josh Brownhill, Bakat EPL Yang Dicanang Berdarah Malaysia

Baru-baru ini, nama kapten Burnley, Josh Brownhill menjadi bualan ramai peminat bola sepak Malaysia. Ini kerana menurut akaun peninjau bakat Future Talents, Brownhill dilaporkan memiliki darah Malaysia dari belah ibunya. Selain itu, pemain tengah berusia 28 tahun itu turut mengakui mengenali pemain tengah Harimau Malaya, Stuart Wilkin. “Ya, saya juga mengenali Stuart Wilkin yang kini […]