UEL: Man United Seri Kali Ketiga Diikat Fenerbahce, Jose Mourinho Dibuang Padang

Manchester United (Man United) terus pamer aksi longlai di pentas UEFA Europa League (UEL) apabila mencatatkan keputusan seri kali ketiga. Kali ini di tangan kelab Turki, Fenerbache pada awal pagi Jumaat. United menurunkan barisan terkuat dengan Marcus Rashford, Joshua Zirkzee dan Alejandro Garnacho dipertaruhkan untuk mencetak gol manakala Fenerbache di bawah kendalian Jose Mourinho meletakkan […]

Bantahan Unik Jose Mourinho Curi Perhatian Warga Maya

Bantahan unik yang dicetuskan pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho mencuri perhatian warga maya sejak 29 September lalu. Akhbar Daily Mail melaporkan bekas pengurus Manchester United itu berang dengan pengadil, Cihan Aydin. Ini susulan tindakan Aydin membatalkan gol penyerang Bosnia, Edin Dzeko kerana kesalahan ofsaid dalam aksi Super Lig antara Fenerbahce dengan Antalyaspor. Ini mendorong Mourinho meletakkan […]

Man United Bakal Lawan Fenerbahce & Mourinho

Saingan Liga Europa UEFA (UEL) bakal menyaksikan Man United kembali bersemuka dengan bekas jurulatih mereka, Jose Mourinho. Ini selepas undian peringkat liga UEL dijalankan pada 31 Ogos lalu. United dan Tottenham Hotspur merupakan wakil England dalam saingan UEL musim 2024/25. Pertembungan United-Fener dijangka panas lebih-lebih lagi dengan Mourinho sebagai jurulatih. Bekas pengurus Chelsea itu berada […]

Euro 2024: Ramalan Juara Jose Mourinho Sudah Dijangka

Pengurus legenda Portugal, Jose Mourinho seperti dijangka memilih negara kelahirannya sebagai pasukan pilihan juara EURO 2024. Portugal menjadi pilihan pengurus baru Fenerbahce itu kerana pada pengamatannya, terdapat tiga pasukan terkuat di Eropah ketika ini. Selain Portugal, Mourinho turut memilih England dan Perancis sebagai pasukan yang mampu menyaingi A Selecao. Meskipun The Three Lions dilabel pasukan […]

Kisah Kejam Mourinho Singkir Bastian Schweinsteiger Di Man United

Bastian Schweinsteiger baru-baru ini telah berkongsikan kisah hubungan anehnya dengan Jose Mourinho sehingga memaksa dirinya meninggalkan Manchester United. Pemain tengah kelahiran Jerman itu menyertai United pada Julai 2015 dan sempat bermain hampir dua musim untuk The Red Devils. Namun kehadiran Jose Mourinho yang menggantikan Louis Van Gaal telah mengubah nasib Bastian Schweinsteiger apabila dirinya disingkirkan […]

Jose Mourinho Bakal Latih 7 Bekas Bintang EPL Di Turki

Selepas sah bergelar pengurus kelab Super Lig, Fenerbahce, Jose Mourinho berpeluang mengenali barisan pemain pasukan itu. Ini termasuk tujuh bekas bintang yang pernah mewarnai saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) satu ketika dahulu mengikut satu laporan Daily Mail. Mourinho yang berstatus ejen bebas selepas dipecat AS Roma pada Januari lalu dilantik sebagai pengurus baru Fener menggantikan […]

“Jadon Sancho Gagal Di Man United” – Jose Mourinho

Jurulatih baharu Fenerbahce, Jose Mourinho berpendapat karier Jadon Sancho telah gagal di Manchester United. Jawapan jujur tersebut dilontarkan oleh Mourinho ketika wartawan bertanyakan pendapat beliau tentang prestasi semasa Jadon Sancho yang turut beraksi menentang Real Madrid dalam aksi akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Sancho menyertai Dortmund kerana tidak sehaluan lagi dengan Erik Ten Hag di […]

Jose Mourinho Mahu Selamatkan Man United

Pengurus terkenal, Jose Mourinho berhasrat untuk membantu kelab lamanya, Man United kembali digeruni di pentas Eropah dan dunia. Menerusi ciapan yang dibuat oleh portal Centre Devils, Jose Mourinho seakan berminat untuk kembali membimbing kelab Manchester itu bagi menyelseaikan “Jose Mourinho mengintai kepulangan sensasi ke Manchester United. Dia fikir dia mempunyai ‘urusan yang belum selesai’ di […]

Chelsea Bakal Rugi RM190 Juta Akibat Pemecatan Jose Mourinho

Chelsea dilaporkan bakal rugi sebanyak RM190 juta bersamaan dengan £37 juta akibat tindakan AS Roma memecat Jose Mourinho. Perkara tersebut disebabkan perjanjian perpindahan secara pinjaman Romelu Lukaku dari Chelsea ke AS Roma pada Ogos tahun lalu yang mempunyai klausa pembelian tetap sebanyak RM190 juta. Pemergian Jose Mourinho dari kota Roma menyaksikan masa hadapan Romelu Lukaku […]

Terkini: Jose Mourinho Tinggalkan AS Roma

Saingan Serie A Itali dikejutkan dengan berita pengurus Portugal, Jose Mourinho telah meninggalkan kelab AS Roma. Pengumuman ini dibuat oleh pemilik kelab, Dan dan Ryan Friedkin menerusi satu kenyataan media di laman sesawang rasmi mereka hari ini. Selain Mourinho, beberapa staf kejurulatihan Giallorossi juga disahkan meninggalkan kelab itu bersama beliau. Semakan pada senarai staf kejurulatihan […]

Jose Mourinho Sindir Papu Gomez

Perang mulut antara Papu Gomez dengan pengurus AS Roma, Jose Mourinho kembali panas susulan komen pengurus Portugal itu selepas perlawanan Roma dan AC Monza. Perlawanan semalam menjadi tumpuan selepas Gomez dikenakan penggantungan dua tahun oleh agensi anti-doping Sepanyol selepas gagal melepasi ujian doping semasa bersama Sevilla. Perlawanan ini makin dihangatkan lagi dengan komen pemain sayap […]

Jose Mourinho Bakal Jadi Jurulatih Kelab Asia?

Jurulatih AS Roma, Jose Mourinho tidak menolak peluang menjadi jurulatih di Arab Saudi pada masa hadapan. Sebelum ini, bekas pengurus Manchester United itu ditawarkan gaji £26 juta (RM152 juta) setahun untuk melatih Al-Hilal pada musim panas lepas tetapi tawaran tersebut ditolak beliau. Begitupun, menerusi satu temubual bersama MBC, Mourinho dilihat terbuka dengan prospek menjadi jurulatih […]

Lihat Cara Jose Mourinho Tunai Impian Besar Kanak-Kanak Roma

Kesungguhan pengurus AS Roma, Jose Mourinho menunaikan impian peminat-peminat cilik kelab itu melihat mereka berlatih menarik perhatian ramai. Perbuatan bekas pengurus Manchester United itu didorong oleh satu kisah yang dikongsikan pemain muda Giallorossi, Francesco D’Alessio kepada beliau. “Pada musim panas, sebelum kanak-kanak kembali ke sekolah, kita sedang berlatih dan ramai kanak-kanak di luar Trigoria (pusat […]

Jose Mourinho Tolak Tawaran RM152 Juta Al-Hilal Mentah-Mentah

Hasrat kelab gergasi Saudi Pro League, Al-Hilal mendapatkan khidmat pengurus AS Roma, Jose Mourinho tidak kesampaian hari ini. Ini selepas bekas pengurus Manchester United itu menolak tawaran kontrak bernilai €30 juta (RM152 juta) semusim daripada The Blue Waves. Sekiranya Mourinho menerima tawaran tersebut, ini bakal menjadikan bekas pengurus Chelsea itu sebagai jurulatih yang menerima gaji […]

Jose Mourinho Mengamuk, Anggap Anthony Taylor Punca Kekalahan Roma

Awal pagi ini, A.S. Roma kecewa apabila tewas kepada Sevilla di final Liga Europa menerusi penentuan sepakan penalti. Tetapi bagi pengurus Giallorossi, Jose Mourinho, beliau menyifatkan pengadil perlawanan, Anthony Taylor sebagai punca sebenar kekalahan mereka di pentas final kejohanan itu. Akhbar Daily Mail melaporkan Mourinho yang sinonim dengan gelaran The Special One tidak berpuas hati […]

Ronaldo Bantu Al-Nassr Sasar Zidane, Mourinho Sebagai Bos Baru

Selepas melepaskan Rudi Garcia sebagai pengurus mereka, Al-Nassr kini sibuk memburu pengurus baru bagi menggalas cabaran kejuaraan Saudi Pro League. Dan difahamkan dengan bantuan Cristiano Ronaldo, Al-Alami sedang mensasarkan Jose Mourinho atau Zinedine Zidane sebagai pengurus baru mereka. Kedua-duanya bukanlah asing kepada bekas penyerang Manchester United itu kerana pernah melatihnya di Real Madrid. Ia juga […]