Tiket Aksi Palestin-Jordan di Cheras Dijual Bermula RM8

Tiket bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Palestin dan Jordan di Stadium Cheras telah dibuka buat orang ramai. Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras telah dipilih sebagai venue tuan rumah bagi Palestine. Palestine juga telah hadir ke Malaysia untuk melakukan latihan minggu lalu bagi persiapan […]
Jordan Diikat Pasukan Ke-136 Dunia

Pasukan kebangsaan Jordan menerima kejutan apabila diikat pasukan ke-136 dunia pada aksi pembukaan Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Jamal Sellami menurunkan kesebelasan terbaik dengan trio serangan Yazan al-Naimat, Mousa Al-Taamari dan juga Ali Olwan. Permulaan baik buat naib juara Piala Asia 2023 itu apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 hasil ledakan Mousa Al-Taamari. […]
Ali Olwan Pamer Taring Buat Jordan

Bintang baru Selangor FC, Ali Olwan mempamerkan bisanya untuk membantu Jordan menewaskan Korea Utara dalam aksi persahabatan tertutup baru-baru ini. Aksi persahabatan antara kedua-dua negara itu bertujuan membantu persiapan kedua-dua pasukan menghadapi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Korea Utara dan Jordan berada dalam kumpulan berbeza untuk pusingan kelayakan kali ini. Chollima berada dalam Kumpulan […]
Palestin Tiba Di Malaysia

Pasukan kebangsaan Palestin telah tiba di Malaysia seperti yang dijadualkan. Pasukan kendalian Makram Dabboub bakal membawa cabaran Palestin untuk mengharungi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. Mereka diundi dalam Kumpulan B bersama beberapa pasukan seperti Korea Selatan, Iraq, Jordan, Oman, Palestin dan Kuwait. Aksi pembukaan menemukan Korea Selatan dan Palestin pada Khamis, 5 September […]
Jordan Tagih Khidmat 3 Bintang Selangor

Jordan bakal menggunakan khidmat tiga bintang Selangor FC menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 yang bermula pada September ini. Tiga bintang tersebut ialah Noor Al-Rawabdeh, Reziq Bani Hani dan Ali Olwan. Nama ketiga-tiga pemain Merah Kuning itu tersenarai dalam senarai awal 34 pemain yang dipanggil jurulatih, Jamal Sellami. Noor dan Reziq menjadi penggerak di […]
Pemain No.11 Jordan Sasaran Terbaru Selangor?

Pemain nombor 11 Jordan mula dikaitkan oleh penyokong sebagai sasaran terbaru Selangor FC. Gergasi Merah sebelum ini sudah pun melengkapkan perpindahan penyerang kebangsaan Jordan iaitu Ali Olwan baru-baru ini. Spekulasi baharu mula timbul apabila nama seorang lagi penyerang kebangsaan Jordan mula dikaitkan ke Selangor. Menerusi satu hantaran oleh Selangor FC, penyokong mula menghidu bayangan awal […]
Yazan Al-Naimat Bakal Ikut Ali Olwan Ke Liga Super?

Peledak berbisa Jordan, Yazan Al-Naimat berpotensi besar untuk mengikut rakan senegara, Ali Olwan ke Liga Super. Pemain berusia 25 tahun itu kini bergelar ejen bebas selepas dilepaskan oleh kelab Qatar, Al Ahli SC pada 11 Ogos 2024. Spekulasi mengenai masa depannya mula menjadi bualan hangat selepas rakan senegara, Ali Olwan mula melangkah ke Liga Malaysia. […]
Stadium Cheras Dipilih Gelanggang Aksi Palestine-Jordan

Stadium Cheras dipilih untuk menjadi gelanggang bagi aksi di antara Palestine menentang Jordan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan, Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan selepas pihak Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengadakan perbincangan dengan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin baru-baru ini. PFA sebelum ini mencari venue […]
3 Pemain Kebangsaan Jordan Jadi Taruhan Selangor

Tiga pemain berstatus bintang kebangsaan Jordan bakal menjadi taruhan Selangor untuk menghadapi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Selangor sebelum ini memiliki jeneral tengah kebangsaan Jordan, Noor Al Rawabdeh yang berjaya membantu The Red Giants meraih gelaran naib juara musim lalu. Noor mencatatkan 28 penampilan dan berjaya mencetak lima gol selain melakukan tiga bantuan jaringan sepanjang musim […]
Yazan Al-Arab Disambar Gergasi Korea Selatan

Bekas pemain Selangor FC yang juga pemain skuad kebangsaan Jordan, Yazan Al-Arab dijangka bakal menyertai sebuah kelab gergasi Korea Selatan. Menerusi satu hantaran daripada Korea Football News di laman X, kelibat Yazan semakin hampir dapat disaksikan dalam saingan liga utama Korea Selatan dengan menyertai FC Seoul. “FC Seoul bersedia untuk mengumumkan kehadiran pemain pertahanan pasukan […]
Kisah Noor Al-Rawabdeh Di Selangor Jadi Buah Mulut Asia

Nama pemain tengah Selangor FC dan Jordan, Noor Al-Rawabdeh kembali menjadi sebutan peminat bola sepak Asia baru-baru ini. Ini selepas akaun media sosial rasmi Liga Juara-Juara AFC (ACL) menggelar Noor sebagai bintang utama untuk Al-Nashama dan Merah Kuning. “Bintang utama untuk kelab dan negara. Noor Al-Rawabdeh bakal mengetuai Selangor FC ke arah kejayaan di peringkat […]
Giliran Hussein Ammouta Tinggalkan Jordan Serta-Merta

Arena bola sepak Asia dikejutkan dengan berita pengendali pasukan Jordan, Hussein Ammouta telah meletak jawatan. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Jordan menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi mereka baru-baru ini. Jurulatih Maghribi berusia 54 tahun itu dilaporkan berbuat demikian kerana sebab peribadi yang tidak didedahkan. Situasi ini mendorong kedua-dua pihak bersetuju menamatkan […]
Yazan Al-Arab Diintai Kelab Besar Korea Selatan?

Nama bekas bek tengah Selangor FC, Yazan Al-Arab kini menjadi sebutan dalam arena bola sepak Korea Selatan. Ini selepas Korea Football News mendedahkan FC Seoul dilaporkan mahu mendapatkan bek tengah Jordan berusia 28 tahun itu. Seoul yang dibimbing jurulatih, Kim Gi-dong dikatakan berminat mendapatkan Yazan bagi menambah baik barisan pertahanan mereka yang kerap dibolosi pihak […]
Jordan Buat Tajikistan Berputih Mata

Jordan cemerlang menewaskan Tajikistan 3-0 di Stadium Antarabangsa Amman dalam perlawanan kumpulan G saingan kelayakan Piala Dunia 2026. Adnan Hamad mempertaruhkan trio serangan berbisa Jordan yang dibarisi pemain seperti Moussa Al-Tamari, Yazan Al-Naimat dan Ali Olwan untuk menggempur pertahanan Tajikistan. Tiga pemain tengah berpengalaman iaitu Amirbek Juraboev, Parvizdzhon Umarbayev serta Ehson Panjshanbe pula diberikan kepercayaan […]
Jordan FA Beri Tekanan Kuat, Minta FIFA Gantung Israel

Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA) mula menggerakkan tekanan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menggantung Israel. Sejak konflik Israel-Palestin di Semenanjung Gaza kembali tercetus pada Oktober 2023, konflik itu mengakibatkan lebih 30,000 orang terbunuh termasuk 250 orang pemain bola sepak Palestin. Situasi ini mendorong Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub menggesa keahlian […]
Reziq Bani Hani Dedah Detik Penting Perpindahan Ke Selangor Jadi Kenyataan

Pemain baharu Selangor, Reziq Bani Hani telah mendedahkan detik penting perpindahan beliau ke Selangor pada saat akhir jendela perpindahan. Penyerang Jordan berusia 22 tahun itu mengambil keputusan untuk menyertai Selangor dan berpindah keluar buat pertama kali dari pasukannya, Al-Faisaly. Reziq Bani Hani kini sekali lagi bertemu Noor Al-Rawabdeh di Selangor setelah kedua-dua pemain itu pernah […]