Piala FA: JDT Mara Ke Suku Akhir, Mudah Tewaskan PDRM

Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati status sebagai pasukan pilihan dengan mara ke suku akhir Piala FA. Ini selepas mereka berjaya mengatasi PDRM 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Sebaik sepak mula, Harimau Selatan mula mengasak dan memperoleh gol pertama menerusi Bergson da Silva pada minit ketiga. Sembilan minit selepas itu, derita The Cops semakin […]
Skuad Futsal JDT Dilengkapi Penjejak GPS Oliver

Dengan saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2023 bakal bersambung tidak lama lagi, pasukan-pasukan mula mempergiat persiapan mereka. Bagi pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), mereka bertuah kerana mendapat kelengkapan latihan baru iaitu alat penjejak GPS jenama Oliver. Dengan menggunakan alat itu, ini bukan saja membantu jurulatih Harimau Selatan, Juan Antonio Miguel Garcia memantau sesi […]
“Semua Pasukan Mahu Kalahkan JDT” – Tano Solari

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari memuji sikap kerja keras dan tidak pernah berputus asa pemainnya untuk terus mengekalkan rekod cemerlang setakat ini sungguhpun berdepan cabaran sukar untuk kekal konsisten. Skuad Harimau Selatan kini masih kebal apabila mencatatkan rekod cemerlang terutamanya dalam Liga Super. JDT kini mencatatkan 8 kemenangan berturut-turut dengan jaringan 36 […]
PDRM Akui Tak Selesa Bertemu JDT

Perlawanan menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bukanlah sesuatu yang dinantikan PDRM. Hal ini turut diakui oleh jurulatih The Cops, Azzmi Aziz bahawa pihak lawan berada pada satu tahap berbeza dan mereka boleh saja menjadi mangsa belasahan seperti beberapa pasukan sebelum ini. Selain perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang JDT esok, Sang Saka […]
Dari FC Setia Alam Ke JDT, Nazrul Aqeef Sertai Akademi Harimau Selatan

Selain merekrut pemain-pemain ternama, Johor Darul Ta’zim (JDT) juga menunjukkan kesungguhan melahirkan bakat-bakat baru seperti Arif Aiman Hanapi dan Feroz Baharudin. Buktinya, JDT berjaya menarik pemain FC Setia Alam, Nazrul Aqeef Hairudin menyertai akademi Harimau Selatan. Hal ini dikongsikan oleh pengurus pasukan berkenaan, Shazwan Wong di Twitter dan kelab di Instagram. Nazrul dikatakan memenuhi profil […]
Stadium Larkin Jalani Proses Baik Pulih

Padang berkualiti tinggi dan fasiliti kelas dunia merupakan dua aspek utama dititikberatkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Kini Stadium Larkin yang merupakan stadium pertama JDT sedang giat menjalani proses membaik pulih. Stadium ini yang mula dibina pada tahun 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada tahun 1991 menjadi […]
Azraai Khor Yakin JDT Bakal Beri Mimpi Ngeri Pada Lawan Di ACL

Bekas ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Azraai Khor Abdullah yakin bahawa juara bertahab Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini cukup bersedia untuk tampil di pentas Liga Juara-Juara AFC. Prestasi memukau anak didik Tano Solari meraih perhatian beliau yang amat teruja melihat keampuhan pasukan dalam kempen Liga Super musim ini. Mengulas lanjut, pengendali berusia […]
B. Sathianathan Tak Mahu Arif Aiman Terburu-Buru Tinggalkan JDT

Bekas jurulatih Selangor FC, B. Sathianathan mengingatkan Arif Aiman agar tidak membuat keputusan terburu-buru untuk meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pengendali berusia 60 tahun itu menjelaskan dalam Astro Arena bahawa terdapat ramai pemain negara yang berkelana di luar negaar namun tidak membuahkan hasil. Justeru itu, beliau mengingatkan pemain muda negara itu agar bersabar dan menjalani […]
Lim Teong Kim Perjelas Insiden Ketika Bertemu JDT

Sejak kontroversi Datuk Lim Teong Kim bersikap acuh tak acuh terhadap media selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini, pelbagai reaksi timbul termasuk daripada penyokong, media dan pengurusan pasukan Perak. Susulan itu, pengurusan The Bos Gaurus telah memohon maaf atas apa yang berlaku. Dan bagi memastikan isu ini tidak berlarutan, Teong Kim menggunakan […]
Punca Utama Penalti JDT Dibatalkan

Kemenangan besar 6-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) semalam turut diselitkan satu jaringan yang tidak dikira. Pada ketika itu, JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-68 selepas Arif Aiman dikasari dalam kotak penalti. Penyerang dari Argentina, Fernando Forestieri dilihat seperti mahu mengambil tugasan sepakan penalti tersebut. Namun sedikit berbeza […]
Fernando Forestieri: Pasukan Lebih Penting Daripada Kasut Emas

Dengan gol yang dijaringkan dalam perlawanan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah semalam, Fernando Forestieri kini menjadi penjaring terbanyak dengan tujuh gol. Tetapi bagi penyerang Watford itu, apa yang penting ialah kejayaan pasukan. Selain Forestieri, Feroz Baharudin, Oscar Arribas, Bergson da Silva, Arif Aiman Hanapi dan Leandro Velasquez turut menyumbang kepada enam gol yang dijaringkan […]
Rejim Latihan JDT Bantu Arif Aiman ‘Tapau’ Pemain Import

Sayap muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menampilkan aksi cemerlang dalam pertembungan antara JDT dan Kedah Darul Aman, malam semalam. Beliau berjaya mencatat satu jaringan dan satu bantuan jaringan ketika membantu JDT membenam skuad Sang Kenari dengan keputusan 6-0. Arif Aiman Hanapi membuktikan kemampuan sebenar apabila tenang mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Kedah. Intensiti latihan […]
Endrick Dos Santos Sedar Tidak Beraksi Baik Menentang Kedah

Tindakan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengeluarkan pemain tengah naturalisasi Malaysia, Endrick Dos Santos dalam aksi menentang Kedah semalam sememangnya menimbulkan tanda tanya di kalangan penyokong JDT. Sudah tentu apa yang dilakukan Solari adalah untuk kebaikan pasukan kendaliannya. Pada aksi semalam, Endrick dikeluarkan sebelum separuh masa kedua bermula dan Afiq Fazail dibawa masuk […]
Esteban Solari Akui Aksi Bertemu Kedah Adalah Perlawanan Sukar

Kemenangan besar 6-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semalam jelas sekali membuktikan jurang yang jauh di antara JDT dan pasukan-pasukan lain yang bersaing di Liga Super musim ini. Ini bukanlah kali pertama JDT mengakhiri perlawanan dengan kemenangan besar kerana mengikut rekod, daripada lapan perlawanan yang telah pun dilalui […]
Detik Mencabar Syihan Hazmi & Kalamullah

Dua orang penjaga gol berbakat, Ahmad Syihan Hazmi dan juga Kalamullah Al-Hafiz berdepan detik mencabar bagi saingan musim 2023 malam ini. Kedua-dua pemain ini bakal berentap antara satu sama lain dengan misi untuk membantu pasukan yang diwakili mencatat kemenangan penting. Syihan yang kini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi peranan untuk menjadi penjaga gol […]
Nafuzi Zain Anggap JDT Pasukan Sempurna

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain memberi pujian kepada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertemuan di Stadium Sultan Ibrahim esok. Pengendali muda berusia 44 tahun itu kini menikmati detik terbaik bersama pasukannya yang kini berada dalam momentum yang cukup memberangsangkan. Mengulas lanjut, beliau mengakui bahawa akan ada sedikit perubahan formasi susulan kehilangan […]