Ayron Del Valle ‘Potong’ Fernando Forestieri

Perebutan kasut emas Liga Super 2023 berlangsung rancak apabila penyerang sensasi Selangor FC, Ayron Del Valle kini memastikan kedudukannya dalam landasan terbaik. Bekas penjaring terbanyak Liga Colombia itu sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan pasukan bersama Richmond Boakye. Pemain berusia 35 tahun itu mempamerkan kalibernya selaku peledak utama pasukan apabila menjaringkan 4 gol […]
“Kami Tak Raikan Keputusan Seri” – Esteban Solari

Hasrat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengekalkan seratus peratus rekod kemenangan dalam saingan Liga Super musim ini tidak menjadi kenyataan apabila diikat Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 3-3 pada aksi di Stadium Darul Aman semalam. Keputusan itu nyata memberi kesan kepada barisan pemain dan staf kejurulatihan JDT yang dilihat tidak gembira dengan keputusan […]
TMJ: Mudah-Mudahan Ke Asia

DYAM TMJ menzahirkan penghargaan terhadap tentangan sengit yang dipamerkan oleh Kedah Darul Aman ketika mengikat JDT 3-3. Aksi rancak yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu menyaksikan pasukan bimbingan Nafuzi Zain menjaringkan gol saat akhir untuk mencuri satu mata. Sungguhpun mendahului dua gol, Harimau Selatan bangkit meledak 3 gol namun jaringan saat akhir Amirbek Juraboev […]
“Pengajaran Yang Bagus Buat JDT” – Tano Solari

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari menganggap keputusan seri yang dicatat anak buahnya ketika berdepan Kedah Darul Aman sebagai satu pengajaran. Kedah berjaya mengikat JDT di Stadium Darul Aman dalam aksi LS21 yang berkesudahan dengan keputusan seri, 3-3. Tano Solari mengakui perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang sukar buat kem Harimau Selatan kerana pasukan lawan […]
Kata-Kata Nafuzi Zain Jadi Kenyataan

Impian Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain untuk melihat pasukannya memungut mata berdepan juara bertahan Liga Super, JDT menjadi kenyataan. Sungguhpun Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 6-0 di laman sendiri sebelum ini, ia tetap tidak mematahkan semangat pengendali muda itu untuk terus menekan JDT. Beliau kekal optimis untuk membawa Sang Kenari memungut sekurang-kurangnya satu […]
Liga Super: Kedah Lakar Kejutan Ikat JDT Di Darul Aman

Kedah Darul Aman (KDA FC) melakar kejutan dalam saingan Liga Super apabila mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-3 pada aksi di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan cuba mengawal permainan dengan hantaran-hantaran pendek bagi mendapatkan momentum perlawanan. Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-9 melalui Moses Atede yang […]
Siaran Langsung Liga Super: Kedah vs JDT, Kesebelasan Utama & Info Siaran

Aksi ke-21 Liga Super menyaksikan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dalam detik terbaik untuk menjulang kejuaraan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut. Pertemuan di Stadium Darul Aman ini bakal menyaksikan percaturan ampuh Tano Solari yang berada dalam misi untuk meraih kemenangan bersih musim ini. Sambil itu, pasukan bimbingan Nafuzi Zain tidak mahu […]
TMJ Namakan Individu Yang Paling Layak Jadi Pemilik Selangor FC

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ telah menamakan individu yang dirasakan paling layak untuk menjadi pemilik Selangor FC. Baginda menzahirkan pandangannya terhadap individu yang juga merupakan saudaranya iaitu Tengku Shakirinal Sulaiman Shah atau dikenali sebagai Tengku Nana. TMJ meninggalkan satu pesanan pada sebuah hantaran berkenaan temubual yang dilakukan oleh portal Harimau […]
Liga Super: Selangor ‘Toreh’ Kelantan 11-2

Hasrat Selangor FC untuk menangguhkan keraian kejuaraan liga Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) untuk sehari lagi berjaya selepas membelasah Kelantan FC 11-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Kedua-dua pasukan tampil dengan misi berbeza. Bagi tuan rumah, mereka mahu bangkit semula selepas tewas dengan jumlah jaringan yang besar masing-masing di tangan […]
“Satu Mata Pun Dah OK” – Nafuzi Zain

Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain berpandangan satu mata dilihat hasil terbaik bila mereka turun menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di Stadium Darul Aman esok. Ini kerana berdasarkan kekuatan pasukan itu, Harimau Selatan kini beraksi pada tahap tersendiri. Dengan 108 gol dijaringkan dalam Liga Malaysia (Liga M) […]
JDT & Chanatip Songkrasin Sukar Dipisahkan

Pertemuan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga bintang kelahiran Thailand, Chanatip Songkrasin seakan sudah ditakdirkan. Menerusi pengundian yang dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada 24 Ogos, Harimau Selatan dijadualkan berdepan lawan yang cukup hebat di Liga Juara-Juara AFC (ACL) tahun ini. Diundi dalam Kumpulan I, pasukan bimbingan Tano Solari sekali lagi […]
Ini Pandangan TMJ Mengenai Ujian JDT Di ACL

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ mempunyai pandangan tersendiri mengenai perjalanan pasukannya dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini. Undian yang dijalankan pada 24 Ogos menyaksikan Harimau Selatan berjaya mengulangi aksi yang ditempuhi tahun lalu apabila diundi dalam satu kumpulan bersama jaguh Korea, Ulsan Hyundai dan gergasi Jepun, Kawasaki Frontale. Malah, JDT […]
AFC Champions League 23/24: Aksi Ulangan JDT Bersama Ulsan & Kawasaki Frontale Jadi Kenyataan

Penantian bagi undian kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) berakhir selepas wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diundi bersama pasukan gergasi ‘ulangan’ tahun lalu. Undian yang berlangsung di AFC House di Kuala Lumpur pada 24 Ogos 2023 jam 4 petang ini menyaksikan anak didik Tano Solari berdepan tugas berat di Asia. Juara bertahan Liga […]
Debaran Aksi JDT Di Asia Makin Membara

Perjalanan wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi tumpuan tatkala aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) bakal bermula tidak lama lagi. Pasukan kendalian Tano Solari sudah pasti mahu memperbaiki pencapaian hebat tahun lalu apabila mara ke pusingan kalah mati ACL 2022. Malah, prestasi memukau dalam aksi domestik musim ini sudah pasti memberi suntikan tambahan buat […]
“Mereka Berdepan Manusia Yang Sedang Bermaharajalela Di Atas Padang”

Persembahan yang ditonjolkan oleh barisan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat sukar digugat oleh mana-mana pasukan ketika ini. Anak didik Tano Solari terus mempamerkan kaliber di atas padang termasuklah ketika membenam Kelantan dengan keputusan 10-0. Kekalahan besar itu menjadi pengajaran berguna buat skuad muda The Red Warriors yang rata-rata dibarisi oleh pemain bawah 23 tahun. […]
Bekas Bintang JDT Perkuat Filipina Pada Usia 37 Tahun

Bekas bintang JDT menjadi antara pemain yang dipanggil untuk memperkuat pasukan kebangsaan Filipina bagi kem latihan pusat bulan September. Beliau pernah beraksi bersama pasukan Harimau Selatan musim lalu tetapi lebih banyak diturunkan bersama JDT II. Pemain kelahiran Santa Maria, Sepanyol itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Asia Tenggara selepas beraksi bersama […]