Saksikan Aksi Liga Juara-juara AFC & Piala AFC Di Astro

Dengan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC musim 2023-2024 sudah bermula, peminat bola sepak kini boleh melihat aksi dua kejohanan benua itu di Astro. Astro bakal menyiarkan 60 perlawanan siaran langsung dan tertunda membabitkan perlawanan pilihan ACL dan Piala AFC. Kesemua perlawanan ini akan disiarkan di Arena Bola (saluran 803 dan 804) dan […]

4 Pemain Malaysia Cipta Fenomena Tertinggi Di Asia

Hasrat untuk melihat lebih ramai pemain Malaysia mempamerkan kualiti di pentas bola sepak Asia semakin menjadi realiti. Para pemain yang mewakili kelab masing-masing membuktikan kesediaan mereka untuk terus memacu cabaran kelab bagi meneruskan langkah dengan baik. Berikut merupakan barisan pemain Malaysia yang menyinar bersama kelab masing-masing. 1. Darren Lok (Sabah FC) Penyerang kebangsaan ini mencipta […]

Kelab Gergasi Jepun Dikatakan Berminat Dapatkan Arif Aiman

Salah sebuah kelab gergasi di Liga Jepun dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap sensasi Malaysia, Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu mempamerkan persembahan yang cukup cemerlang ketika membantu JDT berdepan Kawasaki Frontale. Sungguhpun Harimau Selatan tewas tipis pada perlawanan tersebut, kelibat pemain sayap lincah itu mula menjadi tumpuan peminat. Beliau beberapa kali […]

Safawi Rasid Kembali Jaringkan Gol

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid kembali menggegar jaring. Safawi telah diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Johor Darul Ta’zim II dalam aksi bertemu Perak di Piala MFL pada semalam. Turun bergandingan bersama Fernando Forestieri dan Ramadhan Saifullah, Safawi berjaya meledak seawal minit ketiga permainan. Ketika pemain berusia 26 tahun itu melancarkan serangan ke kubu […]

Arif Aiman Dalam Radar Kawasaki Frontale

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berada dalam pemantauan kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale. Bintang berusia 22 tahun itu melakukan satu persembahan yang cukup baik untuk melakar satu persaingan yang cukup hebat ke atas jaguh Asia tersebut. Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu bagaimanapun berakhir dengan sedikit kelesuan apabila […]

Penjaring Gol Lawan JDT Dinilai Paling Teruk Beraksi

Penjaring gol Kawasaki Frontale berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT), Marcinho membuat kejutan apabila mencatatkan penilaian paling rendah pada aksi semalam. Pemain berusia 28 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan digandingkan bersama Bafetimbi Gomis dan Akihiro Ienaga. Beliau memberi masalah yang cukup besar kepada pertahanan Harimau Selatan terutamanya Matthew Davies yang beraksi selaku pertahahan […]

CEO Perak Lega JDT Hanya Mampu Skor Satu Gol

Liga Juara Piala MFL diteruskan dengan aksi yang menjadi tumpuan apabila pasukan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) melayan kunjungan Perak FC II. Aksi yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang itu berakhir dengan kemenangan tipis buat tuan rumah 1-0. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Safawi Rasid seawal minit ke-2 hasil sepakan percuma. Biarpun […]

Keadaan Terkini Leandro Velazquez Curi Perhatian Penyokong

Keadaan terkini pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez mencuri perhatian rata-rata penyokong pasukan Harimau Selatan. Pada aksi pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara JDT dan Kawasaki Frontale semalam, Leandro telah hadir bagi memberi sokongan kepada rakan sepasukan. Pemain berusia 34 tahun ini dikesan hadir ke stadium dengan bertongkat. Import dari Argentina ini cedera […]

Shane Lowry Ketuai Penilaian Tertinggi JDT

Walaupun mengalami kekalahan pada perlawanan pertama kumpulan I Liga Juara-Juara AFC, namun ianya bukanlah pengakhiran buat wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perjalanan masih jauh sebelum pusingan seterusnya diputuskan kelak. Kekalahan kepada Kawasaki Frontale itu jelas menerbitkan pelbagai elemen positif terutamanya dari segi pertahanan. Biarpun ditekan dengan variasi serangan dari Kawasaki Frontale, namun benteng JDT […]

Jurulatih Kawasaki Frontale Sedar Terpaksa Duduk Bertahan Kerana JDT

Ketua jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki akui satu perlawanan yang sukar bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi pertama di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini. Meskipun berjaya mengutip tiga mata berharga di laman lawan, jurulatih berusia 49 tahun ini tetap melihat satu peningkatan mendadak yang dipamerkan skuad kendalian Esteban Solari.  “Sukar untuk kami […]

Dua Pemain ‘Hampir Pencen’ Jadi Mimpi Ngeri Buat JDT

Kekalahan bermaruah telah terjadi pada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC semalam apabila mereka tewas tipis 0-1 kepada gergasi Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim semalam. Gol tunggal pasukan pelawat telah dijaringkan oleh penyerang import mereka, Marcinho pada minit ke-45 separuh masa pertama. Namun menarik untuk disaksikan adalah dua […]

“JDT Semakin Baik Berbanding Musim Lalu” – Toru Oniki

Jurulatih Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui barisan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) musim 2023 jauh lebih bagus berbanding musim lepas. Aksi pembukaan Kumpulan I menyaksikan Frontale bergelut mencari sentuhan penyudah. Jika tidak kerana gol Marcinho pada minit ke-44, keputusan perlawanan hari ini mungkin saja berkesudahan seri tanpa jaringan. Ini jauh lebih baik daripada kekalahan […]

Tano Solari: Kalau Kalah, Hanya Ini Caranya

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sungguhpun tewas tipis kepada Kawasaki Frontale. Harimau Selatan turun dengan barisan pemain terbaik untuk mengekang cabaran barisan bintang kelab Jepun itu untuk mendominasi perlawanan. Gol tunggal Marcinho pada minit ke-45 menyaksikan JDT mencatat kekalahan pertama musim 2023. Namun begitu, pengendali […]

ACL: JDT Catat Kekalahan Pertama Musim 2023, Tewas Kepada Kawasaki Frontale

Aksi pembukaan Kumpulan l antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kawasaki Frontale berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada JDT. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan Tano Solari melakukan beberapa perubahan dengan mempertaruhkan kudrat Shane Lowry, Afiq Fazail dan Juan Muniz dalam kesebelasan utama. Kawasaki Frontale mempunyai peluang pertama permainan […]

Tano Solari Lancar Gerakan Kedua Di ACL

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari melakukan percaturan simpanan bagi menghadapi aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL). Perlawanan tumpulan Kumpulan l melibatkan Harimau Selatan dan Kawasaki Frontale yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. Pengendali kelahiran Argentina itu dilihat sudah mula merangka pelan kedua untuk membentuk skuad ampuh di kejohanan tersebut. Berdasarkan dua aksi […]

Pemain Lanjut Usia Jadi Halangan Terakhir JDT

Menjelang aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale malam ini, beberapa pemain kelab gergasi Jepun itu dijangka menjadi tumpuan. Antara pemain yang menjadi tumpuan adalah penjaga gol utama mereka, Jung Sung-ryong. Pemain berusia 38 tahun itu bakal menjadi perhatian ramai apabila bakal berdepan dengan serangan-serangan dari JDT. […]