Ikhsan Fandi & BG Pathum Mengganas, Beri Petanda Besar Kepada JDT

Kelibat penyerang berbisa BG Pathum United, Ikhsan Fandi kembali penuh bergaya apabila beliau meledak dalam penampilan pertamanya musim 2023 sebelum berdepan JDT. BG Pathum melayan kunjungan Ratchaburi FC dengan dua jaringan daripada penyerang berbisa pasukan iaitu Igor Sargeev dan Ikhsan Fandi memastikan 3 mata buat pasukan. Pasukan bimbingan Thongchai Sukkoki kini berada dalam momentum terbaik […]

Hong Wan: Berpindah Ke JDT Adalah Keputusan Terbaik Dalam Hidup Saya

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hong Wan menyifatkan keputusan berpindah ke pasukan itu sebagai keputusan terbaik yang dibuat dalam hidupnya. Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila beliau ditemubual BBC Sport pada 8 Disember lalu. Semasa menyertai Harimau Selatan pada 2021, pemilik nama sebenar Nathaniel Shio Hong Wan itu mengakui tidak mengetahui tentang kualiti JDT […]

Kejayaan JDT Tarik Perhatian Media British

Kejayaan gemilang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah menarik perhatian salah sebuah media di British susulan persembahan mengagumkan sepanjang dua musim terakhir. Pasukan bimbingan Tano Solari melengkapkan koleksi trofi keempat musim ini selepas menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 pada pentas akhir Piala Malaysia 2023. Kemenangan itu membolehkan Harimau Selatan berada pada pencapaian terbaik […]

Corbin-Ong & Ubaidullah Sah Cedera, Shane Lowry Menangis Tinggalkan Padang

Khabar duka menyelubungi kem pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC selepas beberapa bintang utama seperti La’Vere Corbin-Ong dan Ubaidullah Shamsul mengalami kecederaan. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik namun terpaksa membayar harga yang mahal selepas kecederaan beberapa pemain utama menjadi masalah. Keadaan pertama terjadi […]

“Alhamdulillah Dia Jaringkan Gol” – Bergson

Pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva menzahirkan rasa syukur dengan kejuaraan Piala Malaysia yang dikecapi skuad kendalian Esteban Solari untuk musim 2023. Ketika ditemu bual selepas aksi final Piala Malaysia berdepan Terengganu malam semalam, Bergson sejujurnya sangat gembira dengan persembahan yang ditampilkan rakan sepasukan. Beliau anggap JDT layak meraih gelaran Double Treble […]

Jalil Elias Tinggalkan Memori Menakjubkan Sebelum Ke JDT

Bakal pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias telah beraksi baru-baru ini untuk kelabnya, San Lorenzo bagi saingan Copa de la Liga Profesional. Difahamkan perlawanan itu merupakan perlawanan terakhirnya bersama San Lorenzo sebelum menyertai JDT musim hadapan. Namun, Jalil Elias telah memberikan memori menakjubkan buat penyokong San Lorenzo sebelum meninggalkan kelab selepas beliau berjaya […]

TMJ Bagi Kata-kata Semangat Penuh Inspirasi Kepada Pemain JDT

Tidak ramai tahu kejayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) merangkul Piala Malaysia 2023 semalam didorong oleh ucapan bersemangat oleh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim semalam. Sebelum skuad Harimau Selatan bersiap sedia beraksi di atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), baginda mencemar duli melawat bilik […]

Kejayaan Berganda JDT ‘Buka Mata’ AFC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menzahirkan penghargaan terhadap kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengekalkan mahkota kejuaraan 4 trofi musim ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan anak buah Tano Solari merekodkan kemenangan 3-1 ke atas Terengganu FC untuk menjulang Piala Malaysia 2023. Hal ini menyaksikan Harimau Selatan meraih […]

Azraai Khor Tak Terkejut Dengan JDT

Rekod double treble yang dipegang pasukan Kedah selama 15 tahun telah berjaya disamakan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas pasukan gergasi dari selatan tanah air itu berjaya menjulang tiga kejohanan utama domestik dalam dua musim berturut-turut. Tiga kejohanan utama itu adalah bagi kejuaraan Liga Super, kejuaraan Piala FA dan juga Piala Malaysia. JDT mengesahkan double […]

“Sebagai Pemain Muda Memang Tak Boleh Memilih” – Ubaidullah

Pemain pertahanan muda Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah Shamsul mengakui beliau tidak boleh bersikap memilih dan sentiasa berikan yang terbaik supaya momentum yang diingini berjaya dicapai. Ketika ditanya mengenai perubahan posisi sebelum ini akan mengganggu keselesaannya untuk turun beraksi di pentas akhir, beliau berkata, sebagai pemain muda, beliau perlu menerima cabaran itu tanpa perlu memilih mengenai […]

Bergson Tak Mahu Bebankan Arif Aiman

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva tidak mahu meletakkan beban yang besar kepada rakan sepasukannya, Arif Aiman Hanapi untuk mengambil sepakan penalti pada masa tambahan ketika aksi final Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC. Pemain berusia 32 tahun itu gusar Arif akan dikecam sekiranya beliau gagal dalam tendangan penalti itu sehingga membuka peluang […]

Tano Solari Puji Keberanian JDT Hadapi Kekuatan Terengganu

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari memuji keberanian yang ditunjukkan anak-anak buahnya bila menentang Terengganu FC dalam aksi final Piala Malaysia 2023. Seperti dijangka, skuad Peteh memberi tentangan sengit kepada Harimau Selatan bagi mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 22 tahun. Biarpun beraksi di atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang […]

Feroz Baharudin Terima Pelajaran Hebat Daripada Barisan Bintang JDT

Berjaya mencetak jaringan di pentas final sememangnya menjadi idaman semua pemain bola sepak. Dan itu yang terjadi kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin. Feroz yang dimasukkan pada minit ke-60 untuk menggantikan Shane Lowry telah meledak gol kedua JDT pada minit ke-73 selepas menyambar sepakan sudut untuk memberikan kelebihan buat JDT yang pada ketika […]

Tomislav Steinbruckner: VAR Perlu Ada Untuk Aksi Sebesar Ini

Kekalahan yang menimpa Terengganu FC di pentas akhir Piala Malaysia 2023 sebentar tadi membolehkan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kejuaraan tersebut untuk tahun kedua berturut-turut. Bagi Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, beliau menganggap Video Bantuan Pengadil (VAR) sangat diperlukan dalam perlawanan akhir seperti ini. Ini kerana tiga sepakan penalti telah diberikan. Malah Tomislav juga berpendapat ada […]

Safee Sali: Jordi Amat Patut Dilayangkan Kad Merah

Lagenda bola sepak kebangsaan, Safee Sali merasakan pertahanan tengah JDT, Jordi Amat sepatutnya dilayangkan kad merah. Pemain kebangsaan Indonesia itu dikesan menghalang percubaan penyerang Terengganu, Ivan Mamut yang berpeluang menyamakan kedudukan. Namun begitu, pengadil perlawanan membuat keputusan untuk mendapatkan bantuan daripada penjaga garisan yang memberi isyarat sepakan penalti. Jordi Amat bagaimanapun dapat meneruskan permainan seperti […]

Piala Malaysia: JDT Kekalkan Mahkota Kejuaraan Tewaskan Terengganu

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Terengganu FC berkesudahan dengan kemenangan menjadi milik JDT. Aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan Harimau Selatan mengekalkan barisan terkuat sementara Sang Peteh mempertaruhkan pertahanan tempatan bagi aksi getir ini. Padang yang tidak […]