“Kalau Ada 10 Lagi Arif Aiman Pasti Membantu”- Dato’ Richard Scully

Pemerhati bola sepak tempatan, Dato’ Richard Scully memberitahu bahawa dominasi pemain import di Malaysia boleh dipecahkan sekiranya memiliki 10 Arif Aiman. Beliau dalam satu kenyataan bersama Nindia Bola memberitahu bahawa keadaan pemain import yang mendominasi terutamanya pada bahagian serangan akan memberikan kesan kepada pasukan kebangsaan. “Kalau nak ikut trend kena lihat juga kesan sampingannya macam […]

JDT Terpahat Dalam Malaysia Book Of Records

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencipta sejarah apabila nama pasukan itu tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Ini selepas penggunaan 1,010 dron untuk pertunjukan cahaya malam Decade of Dominance direkodkan sebagai yang terbanyak pernah digunakan untuk pertunjukan cahaya. Perkara ini dinyatakan pengurusan Harimau Selatan menerusi satu hantaran di halaman Johor Southern Tigers. […]

JDT Sambung Kontrak Arif Aiman Lebih Lama

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bahawa pemain sayap lincah pasukan, Arif Aiman Hanapi akan kekal di JDT untuk tempoh yang lebih lama. Pemain berusia 21 tahun itu menikmati musim yang cukup mengujakan bersama skuad Harimau Selatan apabila membantu pasukan untuk meraih 4 trofi domestik buat tahun kedua berturut-turut. Kecemerlangan bintang muda ini yang […]

Syihan Hazmi Penjaga Gol Terbaik Liga Super

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Syihan Hazmi Mohamed terus membuktikan dirinya sebagai penjaga gol terbaik Malaysia ketika ini. Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bilangan rekod tanpa bolos yang direkodkan penjaga gol sepanjang musim 2023. Syihan menerajui carta dengan rekod tanpa bolos sebanyak 19 kali, jauh meninggalkan penjaga gol Kedah […]

Nilai Pasaran Arif Aiman Naik Mendadak

Nilai pasaran pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus meningkat menerusi kemas kini terbaru yang dikeluarkan. Pemain berusia 21 tahun itu menikmati musim yang cukup indah selepas membantu Harimau Selatan untuk mengekalkan 4 trofi yang dijulang pada musim lalu. Bintang lincah itu juga diberi penghargaan apabila dinobatkan sebagai pemain muda masa […]

“Tidak Akan Ada Lagi Kelab Macam JDT Kerana Hanya Ada Satu TMJ”

Kejayaan dominasi Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dalam tempoh sedekad tidak akan berlaku tanpa pengaruh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Perkara ini ditegaskan oleh baginda apabila mengulas kejayaan yang ditempa Harimau Selatan termasuk Liga Super musim 2023. Tunku Ismail mengingatkan kejayaan yang diraih JDT tidak akan berlaku […]

Penolong Tano Solari Tinggalkan JDT

Penolong Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Pablo Ricchetti baru-baru ini telah mengumumkan pengundurannya dari gergasi selatan itu melalui media sosialnya. Ricchetti telah mencoret satu ucapan terima kasih kepada warga JDT terutamanya kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim atau TMJ yang memberikannya peluang berbakti buat JDT untuk musim 2023 ini. “Sudah tiba masanya […]

Jalil Elias Dipanggil Syria, Bakal Beraksi Lawan Malaysia?

Perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias difahamkan bakal didaftarkan selaku pemain import dalam kuota Asia oleh JDT bagi musim baharu dengan ura-ura bahawa beliau bakal beraksi buat pasukan kebangsaan Syria. Pemain berusia 27 tahun itu dibawa masuk oleh Harimau Selatan daripada Liga Premiera Argentina setelah melengkapkan perpindahan dari San Lorenzo ke JDT. […]

Penang Bakal Dapatkan Khidmat Danial Amier

Bintang muda suatu ketika dahulu, Daniel Amier kini difahamkan bakal meninggalkan pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan.  Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa bekas pemain Felda United itu bakal berhijrah ke Utara bersama pasukan Penang FC. Kini, pemain berusia 26 tahun itu dalam fasa terakhir […]

Tano Solari Tak Mahu Lepaskan Akhyar Rashid

Akhyar Rashid banyak memberi kesan positif kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) baik dalam kesebelasan utama mahupun sebagai pemain gantian. Atas sebab itu, jurulatih JDT, Tano Solari tidak mahu melepaskan bekas pemain sayap Kedah Darul Aman (KDA FC) itu dan mahu beliau kekal bersama JDT musim hadapan. Ini kerana Solari melihatnya sebagai tonggak penting […]

Heberty Pilih Kekal Di JDT?

Pemain tengah berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes dijangka kekal bersama jaguh Selatan itu pada musim 2024. Bintang kelahiran Brazil itu menyertai skuad Harimau Selatan pada jendela perpindahan kedua untuk menampung ketiadaan Leandro Velazquez yang mengalami kecederaan jangka panjang. Impak besar yang dibawa olehnya jelas membantu JDT untuk mengekalkan mahkota kejuaraan 4 trofi musim […]

Arif Aiman Dinobat Pemain Muda Terbaik ‘Matchday 6’ ACL

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi telah dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 untuk perlawanan keenam. Pada aksi keenam, JDT telah dijadual berdepan wakil dari Thailand, BG Pathum United di Stadium Sultan Ibrahim. JDT berjaya menamatkan kempen ACL 2023 dengan kemenangan bergaya 4-1 menerusi ledakan Bergson […]

JDT Cipta Rekod Baru Liga Super

Juara Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memastikan musim ini bakal diingati untuk satu tempoh yang lama. Selain mengulangi pencapaian menggondol empat trofi buat kali kedua berturut-turut, mereka juga mencipta rekod baru gol liga iaitu 100 gol. Rekod ini dicipta menerusi 25 kemenangan yang diraih Harimau Selatan sepanjang musim 2023. Ini […]

Liga Super: JDT Cipta Rekod 100 Gol, ‘Bantai’ Penang

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencipta rekod baru jaringan liga dengan 100 gol selepas membelasah Penang FC 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) hari ini. Selepas menjaringkan 92 gol, Harimau Selatan hanya memerlukan lapan gol untuk mencipta rekod 100 gol semusim dalam Liga Super. Begitupun, Penang berazam mahu menggugat keinginan jentera […]

Sabah Berpeluang Iringi JDT Ke ACLE

Kejayaan Sabah layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC sebenarnya turut membuka peluang kepada mereka beraksi di pentas elit Asia musim hadapan. Ini kerana pasukan yang berjaya menggondol gelaran juara Piala AFC musim 2023-2024 bakal layak ke aksi play-off Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024-2025. Bagaimanapun, pasukan itu dikecualikan daripada saingan play-off sekiranya […]

Akmal Rizal: Kita Nak Letak Feri Depan Pintu Gol

Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengakui pasukannya perlu mempamerkan disiplin tinggi bila menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) esok. Dengan 92 gol musim ini, jentera serangan Harimau Selatan amat digeruni lawan baik di peringkat domestik mahupun dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL). Selain itu, ia turut dibarisi penyerang-penyerang berkaliber termasuk Bergson da […]