JDT Sambar Khidmat Bekas Penganalisa Video Kelantan FC

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus menambahbaik struktur kejurulatihan JDT II dengan merekrut bekas penganalisis video Lion City Sailors, Pol Corpas Cuatrecasas. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Corpas menerusi satu hantaran di platform media sosialnya hari ini. “Saya rasa bersyukur untuk mengumumkan yang saya akan menyertai JDT II untuk musim akan datang. “Ingatan khas […]

JDT Perkenal Tawaran Lumayan Kepada Pemegang Pas Bermusim Pasukan

Menjelang saingan Liga Super musim 2024-2025 yang bakal bermula pada Mei ini, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) membuat tawaran menarik kepada penyokong setia mereka. Bermula hari ini sehingga 31 Mac 2024, pemegang pas bermusim sedia ada JDT bakal mendapat diskaun sebanyak 10% sekiranya mereka memperbaharui pas dalam tempoh tersebut. Selain diskaun yuran pembaharuan sebanyak […]

Nilai Arif Aiman Cecah RM2.8 Juta, Pintas Bintang Final Piala Asia 2023

Nilai pemain sayap sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus melonjak tinggi apabila kini mencecah RM2.8 Juta bagi tahun 2024. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi sandaran utama skuad Harimau Selatan apabila membantu pasukan untuk mengekalkan 4 trofi yang dimenangi pada tahun lalu. Beliau juga turut diberikan tanggungjawab besar untuk membawa cabaran negara […]

Skuad Muda JDT ‘Tibai’ Woodland Lions 24-0

Skuad muda JDT mempamerkan persembahan yang mengagumkan apabila membelasah Woodland Lions dengan keputusan 24-0. Aksi Singapore Youth League itu menyaksikan skuad bawah 13 dan 15 tahun JDT terus mencipta prestasi memberangsangkan dalam kejohanan tersebut. Skuad B-13 Harimau Selatan mencipta prestasi memgagumkan apabila meraih kemenangan bergaya 19-1 berdepan NDC Girls U15. Liga yang dianjurkan hasil inisiatif […]

Takahiro Kunimoto Tiba Di China, Siap Sedia ‘Gempur’ Divisyen Dua

Bekas arkitek tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah tiba di China bagi menghadapi musim baharu di saingan China League One.  Pemain berusia 26 tahun itu telah melengkapkan perpindahanya awal bulan Februari yang lalu bersama pasukan Liaoning Tieren F.C secara percuma. Beliau kini sudah berada bersama pasukan bagi hadapi aksi pra musim, seperti yang dilaporkan media China, Hotpot […]

Romel Morales Buka Mulut Tentang Perpindahan Ke JDT

Penyerang berbisa baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales membuka mulut tentang perpindahannya yang sudah terlerai baru-baru ini. Pemain naturalisasi negara itu baru sahaja selesai tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan di Piala Asia AFC 2023. Beliau juga memainkan watak penting apabila meledak gol ketiga negara untuk mengikat pasukan ke-25 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3. […]

Nasib Berbeza JDT & Pahang Rangers

Nasib berbeza menimpa juara dan naib juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim lepas, Pahang Rangers dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam aksi pertama musim 2024. Pahang Rangers mempamerkan kebangkitan menakjubkan dengan meraih keputusan seri 6-6 dengan Shah Alam City. Manakala Harimau Selatan pula berpesta gol 6-1 ke atas Gombak TOT United bagi […]

“Syafiq Ahmad Antara Pemain Tempatan Paling Hebat Saya Pernah Lihat” – Fergus Tierney

Penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Fergus Tierney memberitahu bahawa peledak kebangsaan, Syafiq Ahmad antara pemain tempatan paling hebat yang pernah disaksikannya. Pemain skuad b-23 negara itu kali terakhir membawa negara pada aksi persahabataan di China tempoh hari. Menerusi satu temu bual bersama Bola Itu Life, pemain berusia 22 tahun itu diuji dengan kedudukan pemain […]

Adam Nor Azlin ‘Kereta Kebal’ Baharu Sertai Sri Pahang

Pertahanan kental negara, Adam Nor Azlin secara rasminya meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menyertai Sri Pahang. Pemain berusia 28 tahun itu kurang mendapat tempat dalam skuad utama JDT berikutan persaingan sengit di bahagian pertahanan. Bekas tonggak utama negara ini lebih banyak diturunkan bersama JDT II dalam saingan Piala MFL 2023 dan memainkan peranan selaku […]

Junior Eldstal Kembali Ke Pangkuan JDT

Kelibat pertahanan Harimau Malaya, Junior Eldstal dilihat berada di sesi latihan Johor Darul Ta’zim (JDT). Menerusi satu hantaran di media sosial JDT, kelihatan para pemain JDT sudah mula turun ke sesi latihan pasukan bagi persediaan menghadapi aksi pra musim. Tetapi, lebih mencuri tumpuan adalah kehadiran semula Junior Elstal yang turut menyertai latihan bersama rakan sepasukan […]

JDT Jadi Destinasi Baharu Romel Morales

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain naturalisasi baharu, Romel Morales. Pemain berusia 26 tahun itu sudah berbakti hampir 6 tahun di Malaysia sebagai pemain import. Beliau juga beraksi cukup cemerlang bersama pasukan Ibu Kota, KL City FC selama tiga musim dan membantu pasukan mara ke tiga final berbeza. Romel juga menjadi watak penting […]

Bola Sepakan Bintang JDT Terkena Kepala Penyokong

Perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) membabitkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Gombak TOT United pada minggu lepas memberi kenangan berbeza buat seorang penyokong. Ini selepas bola yang disepak bintang import Harimau Selatan, Helio Neto terkena kepala seorang penyokong wanita semasa perlawanan berlangsung. Video insiden ini dimuatnaik seorang pengguna TikTok, CEO On Tour […]

TMJ: Main ACL2 Pun Atas Mata Sumbangan JDT

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM TMJ menzahirkan padangan tersendiri terhadap kemaraan pasukan Selangor FC ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim ini. The Red Giants mara ke Asia setelah hampir sedekad tidak melakukannya namun semuanya atas perjuangan pasukan yang beraksi di pentas Asia terdahulu untuk mengumpul AFC MA Ranking buat Malaysia. […]

CEO Perak Jawab Status Haziq Nadzli Bersama Pasukan

CEO Perak, Bobie Farid Shamsuddin menjawab status mengenai penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Haziq Nadzli bersama pasukan.  Haziq Nadzli sebelum ini dilaporkan tidak akan bersama JDT bagi saingan musim baharu Liga Super 2024. Ketua Pegawai Eksekutif Perak, Farid Shamsudin mengakui memang ada perbincangan dengan Haziq Nadzli. Namun, tiada sebarang pengesahan yang dibuat.  “Masih dalam berstatus […]

Arif Aiman Pamer Kebolehan Beraksi Atas Salji

Pemain sayap sensasi negara, Arif Aiman Hanapi mempamerkan kebolehan tinggi untuk beraksi di atas salji. Bintang berusia 22 tahun itu baru sahaja selesai berbakti buat skuad negara di pentas Piala Asia 2023. Beliau memainkan peranan yang cukup penting bersama Harimau Malaya termasuklah ketika membantu pasukan mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3. Perkembangan terbaru menyaksikan pemain […]

JDT Sumbang Mata AFC MA Ranking Malaysia Tertinggi 2024

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi penyumbang terbesar mata AFC MA Ranking Malaysia bagi tahun ini. Skuad Harimau Selatan menjadi wakil tunggal di ACL sementara dua lagi wakil Malaysia, Terengganu dan Sabah FC bersaing di pentas AFC Cup. Menerusi kemas kini yang dikeluarkan oleh laman FootyRankings, kedudukan Malaysia […]