Bintang-Bintang JDT Meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penyokong

Beberapa penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bertuah kerana berpeluang berbuka puasa bersama bintang-bintang kesayangan mereka semalam. Penyokong-penyokong ini diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran IKEA Tebrau dengan kerjasama Harimau Selatan semalam. 10 penyokong ini merupakan pemenang cabutan bertuah yang dibuat IKEA bagi pelanggan yang membeli produk kelengkapan rumah di IKEA Tebrau dengan […]

Declan & Ryan Lambert Selangkah Pulang Ke KL City

Penyokong KL City FC berpeluang melihat Ryan dan Declan Lambert kembali menyarung jersi pasukan itu untuk musim 2024-2025. Wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran melaporkan dua pemain tersebut bakal kembali menyertai The City Boys secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). “Ryan Lambert semakin hampir kembali menyertai Kuala Lumpur (City) secara pinjaman. Beliau […]

Hazwan Bakri Dikesan Jalani Pemulihan Di JDT

Selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan terakhir Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Disember lalu, ramai peminat ingin tahu perkembangan terbaru Ahmad Hazwan Bakri. Baru-baru ini, bekas penyerang kebangsaan itu dikesan menjalani pemulihan bersama Harimau Selatan. Hal ini dikongsikan sendiri Hazwan menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau semalam. Selain menjalani pemeriksaan, beliau turut menggunakan […]

Aidil Zafuan Mula Tugas Baru Di JDT

Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak kini mula menjalani tugas baharu bersama pasukan bagi musim 2024/25. Beliau dalam satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, Aidil sah sudah menggantung but setelah mengharungi satu dekad yang cukup gemilang bersama Harimau Selatan. Beliau telah melakukan 174 penampilan bersama JDT selain menjaringkan 8 gol […]

Tiket Percuma Aksi JDT & Lion City Sailors Di Stadium Sultan Ibrahim

Peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim menentang Lion City Sailors secara percuma. Perkara ini dikongsikan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Johor Darul Ta’zim sebentar tadi. Aksi persahabatan menentang Lion City Sailors akan diadakan dua kali iaitu pada 4 April di Stadium […]

Hariss Harun Teruja Kembali Ke Stadium Sultan Ibrahim

Bekas kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hariss Harun mengakui teruja kembali beraksi di stadium keramat pasukan itu, Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Pemain tengah Lion City Sailors itu bukan asing dengan Harimau Selatan kerana pernah mewakili pasukan itu dari 2014 hingga 2021. Justeru, tidak hairanlah apabila The Sailors mengumumkan dua aksi pemanas badan menentang […]

“Tahniah Arif Aiman, Tak Payah Melompat Kejar Kamera Sana Sini” – Tunku Ismail

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bangga dengan pencapaian yang dilakar pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi. Pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencipta sejarah sebagai pemain pertama memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) tiga kali berturut-turut. Selain menggondol anugerah MVP, Arif turut […]

Lion City Sailors Atur Dua Aksi Menentang JDT

Pasukan handalan Singapura, Lion City Sailors mengatur dua aksi persahabatan menentang juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Lion City Sailors hari ini. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada bulan April 2024 ini merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan seberang tambak itu sebelum […]

ABK23: Arif Aiman Muncul Pemain Paling Bernilai, Julang Hatrik Berganda

Pemain paling bernilai bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2023 jatuh kepada pemain daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaiti Arif Aiman Hanapi. Pemain kelahiran Pahang ini mendominasi kategori anugerah pemenang bagi gelaran penyerang terbaik Liga Super, pemain muda terbaik, penjaring gol terbanyak tempatan Liga Super dan gol terbaik Liga Malaysia 2023.  Ini merupakan kali […]

Wakil Chonburi Akui Kekuatan JDT Tidak Berubah Tanpa Ramai Tonggak Utama

Setiausaha Chonburi FC, Thitigorn Artwarin mengakui kekuatan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kekal utuh meskipun tanpa kelibat ramai tonggak utama. Hal ini dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook. Thitigorn menjadi sebahagian daripada rombongan The Sharks yang menyertai kem latihan di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Kem ini turut menyaksikan perlawanan pemanas badan antara […]

Leandro Velazquez Tinggalkan JDT Dengan Rekod Hebat

Perancang tengah lagenda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velazquez meninggalkan pasukan dengan rekod yang cukup hebat. Pemain kelahiran Argentina ini merupakan antara watak penting bersama pasukan sejak kali pertama tiba di Johor pada tahun 2015. Khidmat beliau bagaimanapun tidak kekal bersama pasukan Harimau Selatan bagi saingan musim 2024/25. Pemain berusia 34 tahun itu sah […]

JDT Tewas Mengejut Kepada Police Tero

Pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terpaksa menelan kepahitan apabila tewas mengejut 3-2 kepada Police Tero dalam aksi pra-musim terbaru mereka. Keputusan ini turut dikongsikan oleh laman media sosial rasmi Police Tero hari ini. Kemenangan ini menebus kekecewaan yang dialami The Silver Shield Dragon selepas tewas 5-0 kepada lawan sama sebelum […]

Media Brazil Dedah Kontrak Murilo Henrique Di JDT

Salah sebuah media di Brazil mendedahkan kontrak yang diterima oleh pertahanan kiri baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Murilo Henrique. Pemain kelahiran Espirito Santo, Brazil ini menyertai skuad Harimau Selatan setelah hampir 6 tahun beraksi di Finland untuk membawa haluan baharu ke Malaysia. Beliau bakal memberi saingan sengit kepada dua pemain utama JDT, La’vere Corbin […]

Dua Bekas Mesin Gol Bakal Kembali Ke Malaysia Dengan Tugas Berbeza

Nama dua penyerang Chonburi FC dijangka dikenali peminat bola sepak Malaysia apabila mereka diturunkan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) nanti. Dua penyerang yang dimaksudkan ialah duo Brazil, Herlison Caion dan Willian Lira. Meskipun Caion dan Lira kini beraksi di Thailand, bisa mereka sebagai peledak dalam Liga Malaysia (Liga M) masih diingati sehingga hari […]

JDT Jadi Sumber Inspirasi Kelab ASEAN

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menapak sebagai kelab contoh terbaik Malaysia yang berada di Asia Tenggara. Skuad Harimau Selatan kini sedang menjalani latihan pra-musim di Johor Bharu namun sudah mula mencuri perhatian ramai. Baru-baru ini, kelab Thai League 1, Police Tero telah pun tiba di Johor Bharu untuk menjalani latihan […]

Skuad Muda JDT Malukan Tasek Sailors East 19-0

Skuad muda JDT terus mempamerkan bisa dalam aksi Singapore Youth League apabila membelasah Tasek Sailors East dengan keputusan 19-0. Perlawanan yang melibatkan pasukan b-15 JDT itu menunjukkan kualiti pemain muda pasukan yang kini berada dalam kelas tersendiri. Skuad muda Harimau Selatan berjaya melonjakkan nama dan prestasi pasukan untuk mencatatkan 19 jaringan tanpa balas. Liga yang […]