Jurulatih JDT Diiktiraf Program Kejurulatihan Real Madrid

Satu lagi pencapaian membanggakan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila pembantu jurulatih, Ramiro Gonzalez diiktiraf program kejurulatihan Real Madrid. Menerusi perkongsian oleh laman Johor Southern Tigers, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan tahniah kepada pembantu jurulatih Ramiro Gonzalez selepas dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang oleh Real Madrid Graduate School. Hal ini selepas beliau berjaya […]
JDT Sediakan 3 Pengganti Syihan Hazmi

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyediakan tiga pengganti kepada Syihan Hazmi. Pasukan kendalian Hector Bidoglio memulakan musim 2024/25 dengan begitu cemerlang apabila meraih 9 mata daripada 3 perlawanan. Prestas memberangsangkan ini juga diserikan dengan 11 jaringan dan hanya bolos satu gol ketika berdepan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim. Kejayaan itu […]
Video Lambaian Tangan Arif Aiman Legakan Penyokong

Selepas disisihkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan, kelibat Arif Aiman mula kelihatan dalam sesi rehabilitasi di padang latihan sekali gus melegakan penyokong JDT dan Harimau Malaya. Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Johor Southern Tigers, Arif dilihat sedang menjalani latihan ringan dan video tersebut diakhiri dengan lambaian tangan seolah-olah menandakan beliau akan […]
Nilai Bintang Baharu JDT, Chico Geraldes Jatuh Mendadak

Nilai bintang baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Chico Geraldes mengalami penurunan yang begitu mendadak. Bekas pemain Portugal B-20 itu menyertai skuad Harimau Selatan bagi musim 2023/24 dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Leandro Velazquez. Beliau berpindah ke JDT daripada kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Baniyas FC dan beraksi dalam perlawanan ketiga Liga Super menentang […]
6 Pemain Baru Jalani Latihan Bersama Harimau Malaya

Kem Harimau Malaya diperkuatkan dengan kehadiran enam pemain baru yang melapor diri hari ini. Lima pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) iaitu Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong, Shahrul Saad, Feroz Baharudin dan Endrick dos Santos melapor diri hari ini. Turut sama hadir melapor diri untuk tugasan skuad kebangsaan ialah pemain pertahanan Buriram United, Dion Cools. […]
Syihan Hazmi Disisihkan Saat Akhir Daripada Skuad Harimau Malaya

Kelibat penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi tidak berada dalam skuad negara menjelang dua aksi getir. Hal ini susulan barisan pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi buat Harimau Malaya masih menjalani latihan bersama pasukan. Kelibat penjaga gawang berusia 28 tahun itu menjadi tanda tanya selepas tidak kelihatan dalam sesi latihan terakhir pasukan. Posisi […]
Undi Arif Aiman Sebagai Bintang Masa Depan Di ACL

Nama bintang muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi sekali lagi menjadi sebutan peminat bola sepak Asia. Ini selepas namanya tersenarai dalam senarai bintang muda yang layak diangkat sebagai Bintang Masa Depan NEOM Liga Juara-Juara AFC (ACL). Selain Arif, Ali Jasim (Air Force Club), Faisal Al Ghamdi (Al-Ittihad), Zafarmurod Abdirakhmatov (FC Nasaf), […]
JDT Cemas Sebelum Tundukkan Skuad Muda Kelantan

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III cemas sebelum meraih kemenangan ke atas Kelantan dalam aksi terbaru Piala Presiden 2024. JDT III perlu meraih kemenangan untuk mengekalkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan A. Sementara Kelantan pula memburu kemenangan untuk keluar dari kedudukan tercorot kumpulan. Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan […]
3 Pemain Bawa Haluan Baru Selepas Tinggalkan JDT

3 pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa haluan baru selepas meninggalkan pasukan. Skuad Harimau Selatan telah melepaskan beberapa pemain susulan langkah penjimatan yang diperkenalkan oleh pasukan bagi musim 2024/25. Pasukan kendalian Hector Bidoglio bagaimanapun tetap memperagakan aksi cemerlang bagi dua perlawanan pembukaan dengan membenam Negeri Sembilan dan KL City. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa […]
Piala MFL: JDT Atasi Tentangan Hebat Sri Pahang

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) II meneruskan rentak cemerlang dalam Piala MFL apabila menewaskan Sri Pahang FC di Stadium Pasir Gudang hari ini. JDT yang dibimbing Juan Miguel Munoz Rodriguez berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Sabah FC pada minggu lalu. Sementara Sri Pahang pula berharap dapat meraih kemenangan pertama selepas tidak […]
Pemain Berbakat Korea Dijangka Sertai JDT

Seorang pemain pertahanan Korea Selatan bakal menyertai Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M). SNE Sports melaporkan bek tengah Korea Selatan, Park Jun-heong bakal memperkuatkan barisan pertahanan Harimau Selatan pada separuh kedua musim 2024/25. Bek tengah berusia 31 tahun itu ketika ini beraksi untuk kelab Thai League 1, […]
AFC MA Ranking: Thailand & Malaysia Kemudi Tangga Teratas Asia Tenggara

AFC MA Ranking: Thailand dan Malaysia mengungguli carta kedudukan teratas negara Asia Tenggara pada kemas kini terbaru oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Malaysia memiliki tiga wakil yang beraksi di pentas bola sepak Asia pada kempen 2023/24 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan Terengganu dan Sabah FC di Piala AFC. […]
Lagi Kejadian Baling Batu & Mercun Berlaku Pada Aksi KL City & JDT

Aksi liga membabitkan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam dicemari dengan insiden penyokong membaling batu dan mercun. Satu video yang dimuatnaik SNE Sport menunjukkan sekumpulan individu dipercayai penyokong KL City bertindak membaling batu, suar dan mercun ke arah penyokong Harimau Selatan. Mereka dilihat cuba menghalang penyokong JDT daripada meninggalkan Stadium […]
Pemain JDT Tunaikan Permintaan Hector Bidoglio

Pemain JDT menunaikan permintaan Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio ketika aksi Liga Super menentang KL City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras, KL itu menyaksikan beberapa pertukaran berlaku dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. JDT kelihatan menerima cabaran hebat The City Boys pada babak pertama sungguhpun berjaya meledak dua gol. Pasukan pelawat bagaimanapun bolos satu gol apabila […]
Hector Bidoglio: Saya Baru 50% Puas Hati Dengan Aksi JDT

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yakin masih banyak yang perlu ditambah baik oleh pasukannya selepas merakamkan kemenangan ketiga musim ini. Pengendali kelahiran Argentina itu berpuas hati dengan persembahan anak buahnya selepas menundukkan The City Boys dengan keputusan 5-1. Sungguhpun bolos satu gol pada babak pertama, beliau yakin dengan kualiti setiap pemain yang […]
Liga Super: JDT Berpesta Gol Atasi KL City

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi ketiga saingan Liga Super 2024/2025 menentang KL City. Aksi yang berlangsung di Stadium Cheras berkesudahan dengan kemenangan diraih pasukan pelawat. Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac memberi kepercayaan kepada Azri Ghani untuk kekal menjaga terakhir pasukan sementara pasukan pelawat menurunkan penjaga gol nombor satu negara, Ahmad Syihan […]