JDT Umum Kemasukan Tonggak Brazil, Bruno Taffy

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain import baharu kelahiran Brazil, Bruno Taffy. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT Futsal menyaksikan Bruno Taffy diperkenalkan secara rasmi sebagai tonggak import Harimau Selatan yang baharu bagi baki saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Di dalam video berkenaan, pemain berusia 34 tahun itu […]

JDT Pecah Rekod Jaringan Ke-1000

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah merekodkan jaringan ke-1000 sejak tahun 2013. Perkara ini dikongsikan oleh laman Johor Southern Tigers selepas skuad Harimau Selatan berjaya menundukkan wakil Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-0 baru-baru ini. Kemenangan itu juga membolehkan JDT meletakkan sebelah kaki untuk melangkah ke separuh akhir sekaligys […]

Piala FA: Terengganu Catat Jumlah Kehadiran Tertinggi Kali Ke-2

Saingan suku akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan Terengganu FC merekodkan kehadiran tertinggi diikuti oleh Malaysian University FT (MUFT). Saingan kali ini menyaksikan skuad Penyu mencuri tumpuan dengan membelasah Sabah FC 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) pada 28 Jun lalu. Kejayaan tersebut dibantu dengan kehadiran 15,677 orang di SSMZA. Meskipun angka tersebut […]

Piala FA: Skuad Kedua JDT Mudah Benam Malaysian University

Skuad kedua Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah apabila menumpaskan kelab Liga A1, Malaysian University dengan keputusan 5-1. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memberi peluang kepada beberapa pemain baharu untuk beraksi seperti Ramadhan Saifullah, Mo Sumareh, Safiq Rahim, Natxo Insa dan juga Junior Eldstal. Babak pertama menyaksikan tuan rumah mendominasi permainan namun jaringan Corbin-ong […]

Carta 3 Pemain Termahal JDT Kini Berubah

Carta pemain termahal dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini telah berubah. Juara bertahan Liga Super 10 kali itu telah membawa masuk beberapa muka baharu bagi menantapkan persembahan pasukan terutamanya dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Selain kedudukan pasukan yang meningkat naik di Asia, Harimau Selatan tidak kurang rancak membariskan skuad terbaik […]

Siaran Langsung Piala FA: Malaysian University vs JDT (Live Streaming)

Aksi suku akhir Piala FA menyaksikan pertarungan antara pasukan Liga A1 Semi Pro, Malaysian University dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Hector Bidoglio meneruskan rentak cemerlang apabila menundukkan Kelantan Darul Naim dengan keputusan 4-0. Malaysian University pula mencipta kejutan apabila menewaskan PDRM dengan keputusan 3-0. Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio masih mahu melihat […]

Tunku Ismail Dedah Shahril Mokhtar Pernah Minta Kerja

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor mendedahkan bahawa Shahril Mokhtar pernah meminta kerja. Beliau yang juga merupakan bekas Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini. Shahril merangkap Timbalan Presiden […]

Tunku Ismail Berikan Nasihat Kepada Johan Kamal

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan pandangan terhadap impian Selangor menjadi gergasi di Asia. Perkara tersebut dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam satu sesi audio siar Rakita.my. Ini juga merupakan salah satu agenda pembaharuan yang digerakkan oleh Duli […]

Tunku Ismail: Mempersembahkan Kepada Anda Tokong Sebenar Bola Sepak Malaysia

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan pandangan terkini tentang senario bola sepak negara. Baginda dalam satu kenyataan seperti yang ditulis oleh Johor Southern Tigers menyentuh tentang isu kelab yang tidak membayar gaji dan menarik diri sesuka hati. “Selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, […]

MFL Batalkan Dua Denda Selangor

Malaysian Football League (MFL) telah membatalkan dua denda terhadap pasukan Selangor FC. Menerusi satu kenyataan oleh MFL, pengelola liga tersebut melakukan pertimbangan semula sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. “Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) hari ini telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula […]

Malaysian University Ucap Terima Kasih Kepada JDT

Wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FT (MUFT) berterima kasih kepada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kerana membenarkan mereka menggunakan Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Selepas meraih kemenangan mengejut ke atas PDRM FC pada 12 Jun lalu, Malaysian University menjadi satu-satunya wakil Liga A1 Semi Pro dalam saingan suku akhir Piala FA 2024. Walau […]

Piala FA: Jalil Elias Dalam Persiapan JDT Hadapi Malaysian University

Kelibat tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias mula melakukan persiapan menjelang aksi berdepan Malaysian University dalam saingan Piala FA. Sebelum ini, nama Jalil Elias mula hangat diperkatakan setelah terdapat khabar angin mengenai pemain berusia 27 tahun ini bakal kembali pulang ke Amerika Selatan bersama bekas kelabnya, San Lorenzo. Ditambah pula apabila sosok tubuh […]

Sultan Selangor Kecewa, Pertimbang Selangor Tarik Diri Dari Liga Super

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyuarakan kekecewaan baginda selepas melihat Selangor FC dikenakan hukuman berat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Pada 25 Jun lalu, MFL mengumumkan empat hukuman yang dikenakan ke atas Selangor. Selain didenda RM100,000, Merah Kuning juga perlu menanggung kos kerugian yang ditanggung MFL dan […]

MFL Jelaskan Sebab Aksi Selangor & JDT Dimainkan Tanpa Penonton

Malaysian Football League (MFL) menjelaskan sebab aksi Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal dimainkan tanpa penonton. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL baru-baru ini. MFL telah menyatakan 4 tindakan yang dikenakan kepada The Red Giants susulan penarikan diri bagi […]

Piala FA: Malaysian University Minta Aksi Suku Akhir Pertama Di Stadium Sultan Ibrahim

Wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University FT (MUFT) memohon agar aksi suku akhir pertama Piala FA 2024 diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Permohonan ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam kepada media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Presint 5, Putrajaya. Selepas berjaya mengalahkan PDRM […]

Arif Aiman Makin Hampiri Prestasi Terbaik

Pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio percaya bintang muda pasukan itu, Arif Aiman Hanapi semakin hampir kembali ke tahap terbaik. Sebelum ini, Arif terpaksa diketepikan daripada kesebelasan utama JDT untuk beberapa perlawanan awal liga kerana mengalami kecederaan. Kecederaan sama yang dialaminya turut menghalang Arif daripada menyertai kem Harimau Malaya untuk dua aksi […]