Akhyar & Safawi Rasid Rehat Lawan JDT?

Duo serangan Terengganu FC, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid difahamkan hanya berehat ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain pinjaman skuad Harimau Selatan ini memperagakan aksi terbaik untuk membantu skuad peteh musim ini. Gandingan serasi ini juga telah memastikan Terengganu tidak tewas dalam mana-mana perlawanan setakat ini. Dua pemain ini bagaimanapun difahamkan tidak dapat diturunkan […]

Terengganu Cabar Rekod Hebat JDT

Finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC kini berupaya mencabar rekod hebat Johor Darul Ta’zim (JDT). Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner merekodkan kemenangan ke-6 musim ini selepas menundukkan Selangor FC dengan keputusan 3-2. Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad Peteh memiliki peluang terbaik untuk melangkah ke final Piala FA 2024. Pencapaian membanggakan ini membolehkan Terengganu menjadi […]

Arif Aiman Anggap Lilitan Kapten Peluang, Bukan Beban Di JDT

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) Arif Aiman Hanapi tidak menganggap peranan sebagai seorang kapten di JDT sebagai satu beban. Dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA antara JDT dan Kedah Darul Aman baru-baru ini, Arif telah menggalas tanggungjawab selaku ketua pasukan kem Harimau Selatan. Biarpun beberapa kapten JDT sebelum ini seperti Jordi Amat dan […]

Zaquan Adha: Kedah Bermain Demi Lencana Di Dada

Bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak memuji semangat juang yang ditampilkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA 2024. Kedah turun menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di Stadium Darul Aman pada 19 Julai lalu untuk aksi separuh akhir pertama kejohanan. JDT pada awalnya mendahului menerusi Oscar […]

Perbezaan Nilai Skuad JDT & Selangor Cecah RM34 Juta

Perbezaan nilai skuad terkini pasukan Johor Darul Tazim (JDT) dan Selangor FC kini mencecah RM34 Juta. Perkembangan terbaru kedua-dua pasukan handalan Malaysia ini mencuri tumpuan tatkala mereka bakal membawa cabaran negara ke kancah Asia. Skaud Harimau Selatan akan beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala The Red Giants menjadi wakil tunggal Malaysia di Liga […]

MPFL: JDT Jadikan Sabah Mangsa Kebangkitan

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Sabah dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pada Ahad. Setelah mengalami kekalahan pertama di tangan Selangor, JDT pastinya mahu menjadikan aksi kali ini untuk menebus duka minggu lalu sementara Sabah berada di tahap yang baik setelah membelasah KL City 6-1. JDT turun […]

Romel Morales Puas Bantu JDT Tewaskan Kedah

Penyerang kebangsaan, Romel Morales mengakui puas kerana membantu Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) meraih kemenangan berharga 2-1 ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA FC) baru-baru ini. Aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 menemukan JDT dan Kedah di Stadium Darul Aman pada 19 Julai lalu. JDT mendahului menerusi pemain sayap Filipina-Sepanyol, Oscar Arribas. […]

Pemain Korea Selatan Hampiri Perpindahan Ke JDT

Seorang pemain Korea Selatan difahamkan bakal melengkapkan perpindahan ke Johor Darul Ta’zim (JDT). Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor difahamkan bakal melakukan rombakan besar-besaran menjelang jendela perpindahan kedua. Pasukan selatan tanah air itu dikaitkan dengan perpindahan beberapa nama besar termasuklah tonggak import dan juga tempatan. Perkara ini dimaklumkan […]

Hazwan Bakri Rindu Kembali Ke Padang

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Ahmad Hazwan Bakri mengakui rindu beraksi di atas padang selepas terpaksa berehat lama akibat kecederaan. Hazwan, 33, terpaksa berehat lama selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL) dalam aksi terakhir Liga Super 2023 membabitkan JDT dan Penang FC. Bekas penyerang Selangor FC diberi peluang beraksi sebagai pemain […]

Safee Sali: Saya Terkejut Dengan Keputusan Nazmi

Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali mengakui terkejut dengan keputusan pengadil, Nazmi Nasaruddin dalam aksi membabitkan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 menemukan Kedah dan JDT di Stadium Darul Aman pada 19 Julai lalu. Harimau Selatan meraih kemenangan tipis 2-1 menerusi […]

Piala FA: Terengganu Atasi Angka Kehadiran Di Stadium Darul Aman

Aksi separuh akhir pertama Piala FA 2024 menyaksikan Terengganu FC merekodkan kehadiran tertinggi untuk musim 2024/25 diikuti oleh Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menyaksikan skuad Peteh meraih kemenangan berharga 3-2 ke atas Selangor FC. Kemenangan tipis anak buah Tomislav Steinbruckner ini dibantu dengan […]

Nafuzi Zain Anggap Kedah Tak Patut Kalah

Pengendali Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain menganggap kekalahan pasukan di tangan Johor Darul Ta’zim tidak sepatutnya berlaku dalam aksi separuh pertama Piala FA pada Jumaat. Bagi Nafuzi, beliau sememangnya merasa kecewa dengan kekalahan pada aksi tersebut dan beranggapan keputusan seri adalah lebih wajar berdasarkan prestasi pasukannya. ”Dari segi kecewa, memang saya kecewa. Saya rasa kita […]

Hector Bidoglio: Semua Pasukan Di Malaysia Mahu Menang Lawan JDT

Persembahan juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi cabaran sukar sebelum menumpaskan Kedah Darul Aman malam ini. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Darul Aman. Pertemuan aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan kemenangan 2-1. Katanya, anak buahnya […]

Siaran Langsung Piala FA: Kedah Darul Aman vs JDT (Live Streaming)

Pertembungan aksi separuh akhir Piala FA 2024 bakal melibatkan pertemuan antara Kedah Darul Aman dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain memaklumkan bahawa beliau kini dapat menghembus nafas lega selepas keseluruhan pemain yang bebas daripada kecederaan untuk menghadapi tentangan sengit kelab gergasi Liga Super itu. Pengendali JDT, Hector Bidoglio […]

Piala FA: Syafiq Ahmad Hanya Jadi Penonton Lawan JDT

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC, Syafiq Ahmad hanya beraksi sebagai penonton ketika melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Sang Kenari sebagai tonggak pinjaman daripada skuad Harimau Selatan bagi musim 2024/25. Beliau bagaimanapun difahamkan akan hanya duduk di bangku simpanan berdepan majikannya bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024. […]

Perbandingan Terkini Nilai Pasaran Arif Aiman & Safawi Rasid

Perbandingan nilai pasaran dua tonggak penting negara, Arif Aiman dan Safawi Rasid mencuri perhatian peminat. Kedua-dua pemain ini sedang menjadi watak penting pasukan masing-masing terutamanya dalam kancah Liga Super musim 2024/25. Arif Aiman yang baru sahaja pulih daripada kecederaan kini menjadi watak penting buat Harimau Selatan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua kejohanan. JDT […]