Jurang JDT & Kawasaki Frontale Makin Jauh Di Asia

Jurang kedudukan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale di Asia semakin jauh. Skuad Harimau Selatan terus mengekalkan rekod cemerlang dalam saingan musim ini apabila mencatatkan keputusan seri menentang PDRM. JDT terus menapak hebat di tangga kelab Asia apabila menembusi kelompok 10 pasukan elit di rantau ini. Kemas kini oleh laman Opta Analyst, JDT […]

Rekod Kemenangan JDT Lebur

Rekod kemenangan yang dicatatkan oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) lebur. Skuad kendalian Hector Bidoglio terpaksa berpuas hati apabila mengutip satu mata menentang PDRM di Stadium Selayang. Jaringan Shahrel Fikri memastikan The Kops mencuri satu mata di laman sendiri untuk menapak lebih baik dalam kedudukan Liga Super. JDT mengekalkan rekod bersih dengan […]

Fergus Tierney Meledak Di Thailand

Penyerang Chonburi FC, Fergus Tierney membuka akaun jaringannya di Thailand. Pemain berusia 21 tahun itu turun dalam perlawanan persahabatan menentang VRN Muangnont untuk mengetuai jentera serangan pasukan. Beliau tidak mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Ketua Jurulatih, Pipop On-mo apabila mencatat nama selaku penjaring Chonburi. Aksi babak pertama berlangsung baik apabila Chonburi mendahului dengan jaringan 2-0 […]

Nicolao Cardoso Berkelana Di Indonesia

Pemain sayap Itali, Nicolao Cardoso sah tidak bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) apabila menyertai kelab Indonesia, PSS Sleman. Perpindahan bekas pemain sayap Napoli itu diumumkan Laskar Sembada menerusi satu pengumuman di platform rasmi mereka pada 30 Julai lalu. Cardoso atau nama sebenarnya Nicolao Manuel Dumitru Cardoso menjadi pemain import terakhir yang mengisi kuota […]

Siaran Langsung Liga Super: PDRM vs JDT (Live Streaming)

Aksi Liga Super ke-7 bakal melibatkan pertemuan antara PDRM FC dan juga JDT. Penyerang berbisa JDT, Bergson Da Silva bersemangat untuk memastikan kemenangan ke-7 ke atas PDRM dapat direalisasikan di laman lawan. “Kita tidak ada sebarang alasan untuk tidak meraih tiga mata. Kami tidak boleh beraksi sambil lewa. Apa yang penting semua pemain perlu ada […]

Perbandingan Nilai Pasaran Jordi Amat & Park Jun-heong

Perbandingan nilai pasaran dua pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dan juga Park Jun-heong. Skuad Harimau Selatan baru sahaja mengumumkan ketibaan pemain pertahanan baru, Park Jun-heong dari Ratchaburi FC. Pemain kelahiran Korea Selatan itu bakal menjadi tonik baharu untuk memantapkan lagi pertahanan JDT memasuki pertengahan musim 2024/25. Gandingan hebat dijangka bakal dibentuk bersama kapten […]

Jalil Elias Masih Ada Di JDT

Kelibat perancang tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias masih ada bersama pasukan. Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam persiapan rapi sebelum berdepan aksi ke-7 Liga Super menentang PDRM di Stadium Selayang. Persiapan pasukan kini dalam momentum terbaik susulan kemenangan besar 4-0 ke atas Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim. Tinjauan terhadap sesi latihan terkini […]

Arif Aiman Tenang, Reaksi Ketika Ditarik Marin Pilj Raih Perhatian

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi kekal tenang selepas ditarik pemain import Terengganu, Marin Pilj ketika diatas padang. JDT telah dijadualkan bertemu Terengganu dalam aksi keenam saingan Liga Super 2024/2025 baru-baru ini. Skuad Harimau Selatan tidak berdepan tugas sukar selepas mudah menundukkan Terengganu dengan keputusan 4-0 dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim. […]

Perbezaan Ranking JDT & Ulsan HD Di Asia

Perbezaan ranking Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Ulsan HD di Asia mencuri tumpuan. Skuad kendalian Hector Bidoglio mencatatkan rekod memberangsangkan apabila kekal tidak tewas dalam mana-mana aksi musim ini. JDT kini terus menapak gagah dalam kelompok 10 pasukan terbaik di Asia apabila kini menghuni tangga ke-9. Skuad Harimau Selatan mengumpul 77.8 mata dan menjadi pasukan […]

Zainal Abidin Kesan Perubahan Syafiq Ahmad Di JDT & Kedah

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad dikesan memperagakan aksi berbeza berbanding ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini dijelaskan oleh lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan selepas melihat pemain berusia 28 tahun ini menyinar bersama Sang Kenari. Ledakan kencang bekas pemain kebangsaan ketika menentang Kelantan DN telah membuka mata peminat terhadap keupayaan […]

JDT Cipta Kebanggaan, Kini Kelab Ke-9 Terbaik Di Asia

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta kebanggaan apabila menjadi kelab ke-9 terbaik di Asia ketika ini. Skuad kendalian Hector Bidoglio meneruskan momentum cemerlang apabila mencatatkan rekod bersih 100 peratus kemenangan musim ini. Skuad Harimau Selatan terus mengukuhkan langkah selaku antara kuasa besar rantau ini apabila menembusi kelompok 10 kelab terbaik di Asia. Kemas kini terbaru […]

Christian Abad Pernah Dilabel Penjaga Gol Masa Hadapan Di Sepanyol

Pemain baharu JDT, Christian Abad Amat dilabel sebagai penjaga gol masa hadapan di Sepanyol. Christian Abad melengkapkan perpindahannya ke JDT menerusi satu hantaran video pengenalan yang dimuat naik oleh skuad Harimau Selatan di media sosial. Nama pemain muda berusia 18 tahun itu terus meletup dan menarik minat ramai peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih […]

Penyokong Tertanya-Tanya Maksud Sebenar Poster PDRM vs JDT

Penyokong mula tertanya mengenai maksud sebenar tentang poster perlawanan Liga Super antara PDRM dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Aksi ke-7 Liga Super musim 2024/25 bakal melibatkan pertembungan antara PDRM dan juga skuad Harimau Selatan di Stadium Selayang. Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada poster yang dikeluarkan oleh laman PDRM FC yang meraih respon pelbagai daripada […]

Penantian Penjaga Gol Baharu JDT Terjawab

Penantian penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun terjawab. Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain yang dimaksudkan itu ialah Christian Abad Amat. Penjaga gawang muda itu menjadi tonggak ketiga yang menyertai skuad Harimau Selatan daripada kelab Sepanyol, Elche CF. Sebelum ini, JDT telah pun mengumumkan ketibaan dua tonggak baharu iaitu Park […]

Perbandingan ‘Saham’ Jalil Elias & Enzo Lombardo Curi Tumpuan

Perbandingan saham dua tonggak berharga Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jalil Elias dan Enzo Lombardo mencuri tumpuan. Laman Johor Southern Tigers baru sahaja mengumumkan ketibaan pemain sayap lincah Perancis, Enzo Lombardo dari kelab La Liga 2, SD Huesca. Tumpuan peminat terarah apabila beliau memperagakan jersi nombor 7 dalam sesi video pengenalannya sekaligus mencetuskan tanda tanya. […]

Selamat Tinggal Jalil Elias?

Selamat tinggal Jalil Elias merupakan laungan yang menjadi tanda tanya peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika ini. Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan pada awal musim 2024/25 daripada kelab Argentina, San Lorenzo. Beliau bagaimanapun bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama JDT dan hanya turun membuat satu penampilan sahaja musim ini. Ketua […]