Ketenangan Akram Mahinan Kawal Emosi Bantu KL City Julang Kejuaraan

Pemain tengah pasukan Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan menjadi watak penting untuk memastikan bahawa penantian pasukan untuk menjulang Piala Malaysia berakhir selepas menampilkan aksi yang cukup mengagumkan ketika bertemu JDT di pentas akhir semalam. Pemain berusia 28 tahun itu bergandingan bersama dua orang lagi pemain di bahagian tengah iaitu Ryan Lambert dan juga kapten […]

KL City Tewaskan Johor Darul Ta’zim, Catat Sejarah Menjuarai Piala Malaysia 2021

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim dikejutkan oleh Kuala Lumpur City dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 setelah tewas 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Separuh masa pertama didominasi oleh Johor Darul Ta’zim menerusi beberapa siri serangan berbahaya namun kecemerlangan penjaga gawang KL City, Kevin Ray Mendoza menjaga gawang pasukan ibu kota berjaya menafikan beberapa percubaan […]

Final Piala Malaysia: KL City FC ‘Titik’ Johor Darul Ta’zim Dengan Kemenangan Bergaya

Pertembungan akhir pentas Piala Malaysia 2021 menyaksikan KL City FC menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim ditewaskan KL City FC dengan keputusan 2-0. Awal minit permainan, JDT bermula garang apabila rembatan deras Bergson Da Silva menghangatkan suasana di Bukit Jalil. Malangnya rembatan itu terkena tiang […]

Arif Aiman Mahu Tutup Cerita Piala Malaysia Dengan Kejayaan

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berharap agar perjalanan pasukan berakhir dengan kemanisan apabila pasukannya sudah pun mengesahkan tempat di pentas akhir menentang pasukan KL City FC. Bukan itu sahaja, pemain kelahiran Maran, Pahang ini menyifatkan ianya seakan impian menjadi kenyataan apabila menjadi tunjang utama pasukan sehingga berjaya mara sejauh ini. […]

Tunku Ismail: Semua Orang Tidak Sempurna Dan Buat Silap

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibrahim hari ini telah menjelaskan mengenai situasi yang terjadi dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia yang melibatkan pertemuan antara pasukan beliau menentang Terengganu FC yang berlansung di Stadium Sultan Ibrahim malam semalam. Pada perlawanan tersebut, pasukan kendalian Benjamin Mora memulakan perlawanan dengan penu bergaya apabila […]

3 Gol Dalam Masa 15 Minit, JDT ‘Hukum’ Terengganu, Mara Ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Johor Darul Ta’zim menetapi ramalan setelah berjaya menewaskan pasukan terengganu 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim sekaligus mara ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021. 3 gol dalam masa 15 minit separuh masa pertama menjadi titik tolak kemenangan bergaya Johor darul Ta’zim walalupun terpaksa bermain dengan 10 orang selepas Safiq rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-15. […]

Siaran Langsung (Live): Johor Darul Ta’zim vs Terengganu

Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia ke-2 menemukan Johor Darul Ta’zim dan Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim. Dalam perlawanan separuh akhir pertama kedua-dua pasukan seri 1-1 di Gong Badak dan Johor Darul Ta’zim mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan. Kesebelasan utama JDT: Kesebelasan utama Terengganu: Info siaran langsung:Lokasi: Stadium Sultan IbrahimWaktu: 9.00 malamTarikh: 26 November 2021 […]

Tunku Ismail : Jangan Fokus Kepada Isu Tetapi Fokus Kepada Kemajuan

Selepas kritikkan yang di lontarkan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim di Twitter tempoh hari, Tunku Ismail juga tampil mengulas isu yang hangat dalam pertembungan pusingan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2021 di laman Instagram Story beliau. Beliau menjelaskan bahawa pengadil dilihat tidak cukup bagus untuk mengadili setiap perlawanan bukan sahaja perlawanan yang lepas tetapi hampir […]

Tunku Ismail: Suka Atau Tidak, Saya Yang Merevolusikan Industri Bola Sepak Malaysia

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris telah menyatakan bahawa beliau percaya usaha yang telah dilakukannya sejak mengambil alih pasukan Harimau Selatan itu telah membawa perubahan yang sangat besar dalam landskap bola sepak di Malaysia. Baginda telah meninggalkan komen pada sebuah hantaran di laman Instagram pengacara sukan negara, Keesh Sundaresan yang memuat naik […]

Tindakan Pegawai Perubatan JDT Terima Pujian

Pertembungan separuh akhir pertama saingan Piala Malaysia 2021 yang melibatkan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim berakhir dengan keputusan seri, 1-1. Namun yang menjadi perhatian dalam permainan malam tadi adalah sikap dan kerjasama pasukan pegawai perubatan JDT. Pada minit ke-76 permainan, kapten Terengganu FC, Carli De Murga telah mengalami kecederaan yang serius di bahagian dada. […]

Piala Malaysia: JDT, Terengganu Terikat Di Gong Badak

Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diikat oleh tuan rumah Terengganu FC dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi. Gol Terengganu dijaringkan Jordan Mintah manakala gol JDT dijaringkan oleh Bergson. Perlawanan dimulakan oleh Terengganu dengan gerakan-gerakan positif dan seawal minit ke-2, mereka […]

Tiket Di Stadium Sultan Ibrahim ‘Sold Out’ Dalam Masa Kurang 7 Jam

Tiket perlawanan separuh akhir ke-2 di antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Terengganu habis dijual selepas 7 jam jualan dibuka. “Semua tiket untuk perlawanan separuh akhir kedua TM Piala Malaysia antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 26 November 2021 telah habis dijual dalam tempoh kurang dari 7 jam.” “Terima kasih […]

Sri Pahang Sukses Dalam Penswastaan Pasukan, Ikut Jejak JDT Dan Kelantan FC

Proses penswastaan pasukan di dalam Liga Malaysia ternyata bukanlah satu perkara yang asing selepas beberapa pasukan berjaya membuktikan bahawa mereka mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa dana kerajaan. Namun saban tahun pasti ada kontroversi yang melanda beberapa pasukan di Liga Malaysia yang membabitkan isu lambat dalam membayar gaji dan beberapa lagi isu yang berulang […]

Kecemerlangan Faisal Halim Dan Arif Aiman Bakal Jadi Penentu Pasukan Ke Pentas Akhir

Pertembungan peringkat separuh akhir Piala Malaysia kali ini antara juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga pasukan Terengganu FC bakal menjadi perlawanan tumpuan ketika kedua-dua pasukan berusaha keras untuk meraih slot ke perlawanan akhir. Pasukan kendalian Benjamin Mora gah menumbangkan pasukan dari utara tanah air, Kedah Darul Aman FC sungguhpun perlawanan tersebut sudah […]

Piala Malaysia: Hasrat ‘Balun’ JDT Tak Jadi, Kedah Tewas Di SSI

Perlawanan suku akhir kedua yang menemukan tuan rumah Johor Darul Ta’zim yang melayan kunjungan Kedah Darul Aman FC berkahir dengan kemenangan berpihak kepada tuan rumah, JDT dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi. JDT mendapat peluang terbaik melalui sepakan percuma Leandro Velazquez seawal minit ke-2 namun sepakannya berjaya ditumbuk […]

Asraruddin Putra Omar Kembali Ke Dunia Bola Sepak Sertai Kelana United FC

Selepas sekian lama menyepi dari dunia bola sepak, bekas pertahanan kiri pasukan kebangsaan, Asraruddin Putra Omar kini kembali dengan menyertai pasukan amatur Kelana United FC. Kelana United FC adalah salah sebuah pasukan yang bersaing dalam Subang Football League (SFL) yang dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). SFL merupakan sebahagian daripada Liga M4 Malaysia. Untuk […]