Benjamin Mora: Kita Ada Masalah Di Bahagian Tengah

Benjamin Mora akui pasukannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai masalah pada bahagian tengah selepas seri 2-2 sama menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim. “Perlawanan yang amat sukar terutamanya pada separuh masa pertama. “Kami ada sedikit masalah di bahagian tengah, pressing, kami memberikan mereka (Sri Pahang) banyak ruang.. “Kami bermain pada separuh masa kedua sangat […]

Liga Super: Sri Pahang Ikat JDT Di SSI

Perlawanan Liga Super yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang berakhir dengan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim Rabu malam. JDT memulakan perlawanan seperti kebiasaan dengan saling bertukar-tukar hantaran pendek dan mengawal permainan secara keseluruhan manakala pasukan Sri Pahang dilihat lebih banyak bertahan dan sekali sekala bergerak ke […]

Pertembungan 2 Bekas Pemain Sheffield Wednesday Dalam Kancah Liga Super Malaysia

Pertembungan Johor Darul Ta’zim dan Sri Pahang dalam perlawanan Liga Super musim ini bakal menemukan dua bekas pemain Sheffield Wednesday, Fernando Forestieri dan Manuel Hidalgo buat kali pertama. Sheffield Wednesday, sebuah pasukan Inggeris yang kini beraksi di Football League One, liga ke-3 dalam hierarki bola sepak Inggeris. Walaupun tidak pernah beraksi bersama dalam perlawanan kompetitif, […]

Christophe Gamel Beri Amaran Jangan Bandingkan JDT Dengan Sri Pahang

Menjelang aksi hangat Liga Super malam ini, pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel memberi amaran supaya jangan sesekali membandingkan pasukan kendaliannya dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Gamel menganggap JDT sudah berada jauh di hadapan selepas membuktikannya dengan menjuarai Liga Super lapan kali berturut-turut dan beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu, Liga Juara-Juara AFC (ACL). […]

Sri Pahang Bakal Hantar Skuad Adik-Adik Menentang JDT

Pasukan Sri Pahang FC berdepan tugas getir apabila bakal berdepan dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu. Pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel berkata barisan pemain muda bakal menjadi sandaran pasukan selepas beberapa pemain utama pasukan tidak dapat bersama pasukan ekoran masalah kecederaan dan penggantungan. Pemain sayap lincah Malik […]

TMJ Rayu Penyokong Penuhkan Stadium

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris menyeru para penyokong untuk memenuhi Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan aksi JDT menentang pasukan Sri Pahang FC malam esok. Perlawanan malam esok merupakan perlawanan terakhir JDT sebelum Liga Malaysia berehat untuk memberi laluan kepada persediaan pasukan kebangsaan, Harimau Malaya yang bakal menghadapi dua perlawanan […]

Mora Dedah Misteri Kehilangan 3 Pemain Utama JDT Yang Cemerlang Di ACL

Walaupun berjaya mencipta kemenangan ke atas Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super dan menewaskan Sarawak United FC bagi saingan Piala FA, namun ketiadaan tiga tonggak utama Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi perhatian. Tiga pemain itu adalah pemain warisan negara, Natxo Insa dan dua pemain import JDT Shane Lowry dan Leandro Velazquez. Pengendali JDT, Benjamin […]

JDT Bakal Jadi Pasukan Pertama Malaysia Rasai Kehangatan VAR

Pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi pasukan pertama di Malaysia yang mengguna pakai sistem Video Assistant Referee (VAR) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Sistem bantuan pengadil ini akan digunakan dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL). Perkara ini telah disahkan pihak AFC dimana sistem VAR ini turut akan digunakan pada kempen […]

Nazmi Faiz Ada Ciri Sempurna Kemudi Jentera Tengah

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor sekali lagi membuktikan kalibernya untuk terus mengemudi jentera tengah pasukan semalam. Beliau yang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan jelas mendominasi bahagian tengah pasukan apabila mengawal rentak permainan pasukan kendalian Benjamin Mora ketika menentang Sarawak United semalam. Nazmi mendapat kepercayaan Mora untuk bergandingan bersama Hong Wan […]

Piala FA: JDT Mudah Belasah Sarawak United Di SSI

Pusingan kedua Piala FA menemukan pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta’zim (JDT) melayan kunjungan Sarawak United. Perlawanan dimenangi oleh JDT dengan keputusan 3-0 menewaskan Sarawak United dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan gerak serangan cuba diatur pasukan JDT manakala Sarawak mencari peluang untuk melancarkan serangan balas. JDT […]

Liga Super: Jaringan Saat Akhir JDT Kuburkan Harapan Negeri Sembilan

Perlawanan Liga Super (LS8) menemukan pendahulu liga, Negeri Sembilan FC selaku tuan rumah melayan kunjungan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan bergaya memihak JDT yang menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 1-0. Perlawanan dimulakan dengan kedua-dua pasukan terus mengatur serangan. Serangan JDT lebih terarah kepada bahagian sayap kanan di mana ada Arif Aiman […]

Arif Aiman Jadi Tunjang Utama JDT Kembali Buru Kemenangan Liga Super

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dijangka terus menjadi watak penting buat pasukan JDT yang kembali ke pentas saingan Liga Super. Anak jati kelahiran Pahang ini sedang berada dalam kemuncak prestasinya apabila beraksi cemerlang dalam pentas saingan ACL baru-baru ini. Beliau menjadi pilihan utama oleh pengendali, Benjamin Mora yang memberi sepenuhnya […]

Tak Lalai, Arif Aiman Nak Kerja Keras Lagi

Pemain muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mahu terus menggandakan usahanya untuk memacu kegemilangan pasukan sungguhpun beliau kini telah memberikan segalanya. Persembahan anak jati Maran, Pahang ini terutamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) telah membuka mata ramai pihak mengenai kemampuan sebenar pemain ini. Arif yang baru berusia 20 tahun memperagakan aksi […]

TMJ Puji Impak Hong Wan Bersama JDT

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris memuji impak yang dibawa oleh pemain muda pasukan, Nathaniel Shio Hong Wan ketika mereka melalui kempen yang sangat cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). Pemain berusia 21 tahun itu diberi kepercayaan untuk menggalas tugas Natxo Insa tatkala pemain tengah berpengalaman itu […]

Pasukan Gergasi Asia Dijamin Terliur Dengan Statistik Luar Biasa Arif Aiman

Kecemerlangan yang dipamerkan oleh pemain muda berbakat, Arif Aiman Hanapi amat mengagumkan sekaligus bakal membuka mata kelab gergasi Asia untuk mendapatkan khidmatnya. Pemain sayap berusia 19 tahun itu menjadi watak penting kepada pasukan Harimau Selatan setelah beraksi dengan cukup baik di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL). Beliau berjaya mengekalkan persembahan konsisten sejak musim lalu dan […]

Media Bebas Jepun Mahu Liga Mereka Saksikan Kebangkitan Kelab ASEAN

Kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuka mata semua pihak tentang potensi yang dimiliki oleh pasukan ASEAN khususnya Malaysia. Kempen yang amat memberangsangkan dilalui oleh pasukan Harimau Selatan ini menyaksikan mereka muncul selaku juara kumpulan I. Hal ini menjadi perhatian kerana JDT berjaya untuk membenam cabaran pasukan gergasi Asia seperti Kawasaki Frontale dan juga […]