Info Siarang Langsung JDT vs Sabah – Separuh Akhir 2 Piala Malaysia 2022

Selepas menang tipis 0-1 di Likas, JDT kini tampil lebih garang di Stadium Sultan Ibrahim untuk perlawanan timbal balik separuh akhir Piala Malaysia 2022. Berbekalkan kelebihan 1 gol dan beraksi di halaman sendiri, JDT dilihat memiliki kelebihan untuk mara ke perlawanan akhir. Kesebelasan Utama JDT vs Sabah Impian penyokong Malaysia dan Indonesia untuk melihat aksi […]
KFC Kini Dibuka Di Stadium Sultan Ibrahim

Kentucky Fried Chicken (KFC) secara rasminya dibuka kepada umum hari ini di Stadium Sultan Ibrahim sekaligus menjadi francais makanan ke-2 dibuka di stadium berkenaan selepas Woodfire. April lalu, Johor Southern Tigers mengumumkan francais makanan segera antabangsa tersebut bakal dibuka di Stadium Sultan Ibrahim. Dalam satu hantaran terbaru di JST, kelihatan orang ramai menyerbu gerai berkenaan […]
Tiket JDT vs Sabah Di Stadium Sultan Ibrahim Habis Terjual

Tiket bagi pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah difahamkan telah habis terjual. Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia ini bakal berlangsung di gelanggang keramat Harimau Selatan iaitu Stadium Sultan Ibrahim mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Hal ini susulan hasrat untuk melihat juara Liga Super dan Piala FA ini untuk terus melangkah ke pentas […]
Dortmund Gerun Dengan JDT

Penjaga gol Borussia Dortmund, Alexander Meyer menganggap perlawanan persahabatan pasukannya bertemu Johor Darul Ta’zim kelak bakal menjadi perlawanan yang sengit. Beliau menjelaskan pasukan Harimau Selatan ini akan bertungkus lumus membuat persiapan untuk bangkit mendapatkan kemenangan menentang Dortmund. Oleh kerana, pada tahun 2015 yang lalu JDT pernah ditewaskan dengan keputusan 6-1 oleh Dortmund dalam perlawanan persabahatan […]
Jordi Amat Akan Bersumpah Khamis Ini

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim, Jordi Amat difahamkan akan mengangkat sumpah sebagai rakyat Indonesia pada 17 November ini. Perkara ini telah dikongsikan oleh Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan dalam laman Instagram miliknya semalam. Menurutnya, seorang lagi pemain berketurunan Indonesia, Sandy Walsh juga akan bersama Jordi Amat pada hari esok bagi majlis angkat sumpah. Oleh itu, […]
Terjahan Berkelas Dunia Feroz Disalah Anggap Pengadil

Pemain pertahanan tengah JDT, Feroz Baharudin terpaksa akur dengan keputusan pengadil apabila beliau dilayangkan kad merah dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022 antara JDT dan Sabah FC. Feroz telah dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-73 permainan selepas dikesan mengasari pemain sayap Sabah, Saddil Ramdani. Pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali tidak teragak-agak melayangkan kad […]
Sabah Hadapi JDT Tanpa Tujuh Tonggak Utama

Walaupun berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia 2022, namun satu tamparan hebat buat Sabah FC apabila bakal turun dengan skuad tempang pada aksi menentang gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini. Difahamkan seramai tujuh pemain utama pasukan Sang Badak tidak akan diturunkan dalam perlawanan getir tersebut atas faktor kecederaan dan […]
Kos Pengurusan Pasukan Liga Super Lelaki Ini Menggerunkan

Seorang lelaki misteri telah mencuri perhatian baru-baru ini apabila beliau memperkenalkan formula tersendiri bagi pengiraan kos pengurusan pasukan Liga Super. Lelaki yang mahu dikenali sebagai Ahmad John itu melakukan kira-kira terhadap kos keseluruhan bagi operasi sesebuah kelab di Malaysia. Katanya, sesebuah pasukan memerlukan dana sekurang-kurangnya RM40 Juta setahun bagi mengemudi kelab dengan stabil. Beliau mengambil […]
JDT Untuk Semua, Tiket JDT vs Borussia Dortmund Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal

Sesuatu yang amat mengejutkan terjadi sejurus jualan tiket perlawanan persahabatan antarabangsa di antara Johor Darul Ta’zim dan Borussia Dortmund dibuka jam 2:00 petang tadi apabila harga tiket yang ditawarkan adalah serendah RM13.60 (termasuk cas tambahan). Dengan kualiti perlawanan yang bakal dipamerkan kedua-dua pasukan, harga tiket yang ditawarkan ibarat hadiah dari pemilik JDT, Duli Yang Amat […]
Persis Solo Ikat JDT, Aksi ‘Lain Macam’ Adam Farhan Raih Perhatian

Perlawanan pemanas badan antarabangsa melibatkan JDT dan pasukan dari Indonesia, Persis Solo di Stadium Sultan Ibrahim berkesudahan dengan kedua-dua pasukan seri 1-1. Moussa Sidibé hampir meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-21 namun tendangannya berjaya ditepis penjaga gawang Persis Solo, Muhammad Riyandi. Sidibé bagaimanapun berjaya menebus kekecewaannya menerusi satu jaringan menerusi sepakan percuma lencong yang […]
Siaran Langsung JDT vs Persis Solo

Siaran langsung perlawanan persahabatan menemumkan Johor Darul Ta’zim menentang kelab Indonesia, Persis Solo di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Kesebelasan Utama JDT vs Persis Solo Info Perlawanan JDT vs Persis Solo Perlawanan: JDT vs Persis Solo (Persahabatan)Tarikh: 12 November 2022Waktu: 9:00 malamLokasi: Stadium Sultan Ibrahim
Aksi Hayder Qhalish Hormati Lagu Negeri Johor Tular

Gelagat anak kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Hayder Qhalish terus mencuri perhatian ramai apabila kali ini Hayder dirakam berdiri bagi menghormati nyanyian lagu negeri Johor. Satu kompilasi video hasil IG Story ibunya, Eyra Hazali telah tular apabila ia dimuat naik seorang pengguna di laman Tiktok. Video itu turut disiarkan di Tiktok, Facebook […]
Ultras Kelantan Ucapkan Terima Kasih Kepada Johor

Aksi suku akhir kedua antara Johor Darul Ta’zim dan Kelantan berakhir dengan kemenangan diraih JDT dengan keputusan 5-0. Secara agregat, Harimau Selatan menang 8-0 keatas Kelantan sekaligus melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala Malaysia 2022. Tewas di tangan JDT 3-0 dalam aksi suku akhir pertama tempoh hari, keputusan itu tidak melunturkan semangat penyokong-penyokong The […]
Hector Bidoglio: Jordi Amat Pemain Berpengalaman

Pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio menyifatkan pertahanan tengah sensasi, Jordi Amat telah melaksanakan tugas dengan sangat baik. Pemain naturalisasi Indonesia itu turun mengemudi pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama Matt Davies dan Adam Nor Azlin dalam aksi suku akhir kedua saingan Piala Malaysia menentang Kelantan pada semalam. Gandingan ini dilihat mudah menyekat setiap asakan dan […]
Piala Malaysia: JDT Belasah Kelantan

JDT mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menundukkan Kelantan 5-0 dalam perlawanan kedua suku akhir di Stadium Sultan Ibrahim. JDT yang selesa dengan bekalan tiga gol dari perlawanan pertama di Kota Bharu mendahului Kelantan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-12. Harimau Selatan menambah jaringan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti Bergson […]
Info Siaran Langsung JDT vs Kelantan, Suku Akhir 2 Piala Malaysia 2022

Johor Darul Ta’zim melayani kunjungan Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim hari ini berbekalkan kelebihan selesa 3 jaringan yang berjaya dicipta di Kota Bharu. Pada 5 November lalu, JDT meraih kemenangan di Kota Bharu hasil jaringan Bergson da Silva, Syafiq Ahmad dan Leandro Velazquez. Kesebelasan Utama JDT & Kelantan di Stadium Sultan Ibrahim **Akan dikemas kini […]