Sabah Sambar Daniel Ting Dari JDT

Pemain pertahanan kiri kacukan Malaysia-England, Daniel Ting telah pun disahkan menyertai pasukan Sabah FC dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2023. Daniel Ting hadir ke Sabah dari kelab gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Namun begitu, status perpindahan sama ada perpindahan tetap atau pinjaman masih belum diumumkan oleh pihak pengurusan Sabah. Hadir ke JDT […]

JDT Rasmi Tandatangani Juan Muñiz

Spekulasi mengenai perpindahan seorang lagi pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila individu tersebut ialah Juan Muniz. Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya akan memperkuatkan pasukan Harimau Selatan dalam misi memburu kejuaraan pada musim hadapan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, JDT sah akan mendapatkan khidmat pemain tengah menyerang kelahiran Sepanyol […]

JDT Bakal Umum Penjaga Gol Baru Musim 2023

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bakal mengumumkan pengaja gol baharu bagi perlawanan musim 2023. Perkara itu dikongsikan oleh TMJ di laman sosial Instagram story milknya semalam selepas JDT mengumumkan kepulangan bekas pemainnya, Diogo Luis Santo ke kelab itu. Dalam pekongsian tersebut, ada empat […]

Stadium Sultan Ibrahim Dilengkapi Dengan Sistem Saliran Terbaik Di Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim membuktikan kualiti dan kelas yang tersendiri dari segenap sudut dan ruang dalam binaannya. Stadium berkelas dunia itu yang telah pun dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan bertaraf antarabangsa kini mempunyai sistem saliran yang berkualiti tinggi. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, stadium Harimau Selatan itu merupakan satu-satunya stadium yang dilengkapi dengan […]

Pemain Buriram United Mula Ikuti Media Sosial Dion Cools

Para pemain kelab Liga 1 Thailand, Buriram United dilaporkan sudah pun mula mengikuti pemain Harimau Malaya, Dion Cools di media sosial miliknya. Berita perpindahan bekas bintang Club Brugge ini sudah pun mula tersebar luas di media sosial apabila beliau difahamkan akan meninggalkan bumi Eropah. Pemain berusia 27 tahun ini dilaporkan akan menyertai sebuah kelab di […]

Malaysia Hanya Diberikan Satu Slot Ke Liga Juara-Juara AFC

Wakil daripada Malaysia difahamkan tidak lagi akan ditawarkan 4 slot ke pentas Liga Juara-Juara AFC seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Seperti yang sedia maklum, pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah melakukan perubahan format yang menyaksikan satu pertandingan baharu diperkenalkan (tier 3). Perkara ini telah memberi kesan kepada slot pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan berprestij Asia […]

‘Sekecil Kuman’ Pun Dibaiki, Stadium Sultan Ibrahim Jalani Rutin Penambahbaikan

Dalam satu hantaran di laman rasmi media sosial Facebook Johor Darul Ta’zim (JDT), kelab gergasi dari Malaysia itu telah memaklumkan bahawa Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bakal mempertunjukkan wajah baharu pada musim 2023 bermula Februari depan.  Menurut JDT, stadium ikonik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Stadium Sultan Ibrahim sedang menjalani beberapa kerja-kerja penambahbaikan dan menaik taraf. Johor […]

“Saya Selamanya Berhutang Kepada TMJ”- Safawi Rasid

Umum mengetahui bahawa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bakal berkelana ke kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol FC bagi musim hadapan. Perpindahan tersebut merupakan perpindahan pinjaman dari JDT. Namun sebentar tadi, Safawi ada memuatnaik satu status di laman instagram beliau seolah-olah memberi gambaran bahawa beliau akan meninggalkan JDT. Safawi juga merakamkan ucapan penghargaan luar […]

Canvas JDT Digunakan Untuk Perlawanan Malaysia Menentang Laos

Canvas Larkin milik Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi digunakan untuk mengawal keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil dari situasi lembab dan banjir untuk perlawanan Piala AFF melibatkan pasukan Malaysia menentang Laos. Sebelum ini, canvas yang sama turut digunakan untuk perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia di venue yang sama bagi memastikan keadaan padang […]

Pakar Kecergasan Watford, Angel Aceña Rodríguez Sertai Kem JDT

Bekas jurulatih kecergasan kelab Liga Perdana Inggeris, Watford FC, Angel Aceña Rodríguez menyertai regim baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal dikendalikan Ketua Jurulatih baru, Esteban Solari bermula musim baru 2023. Beliau yang memiliki pendidikan Master berkaitan pendidikan kecergasan dari Health Sciences Institute, Castile-La Mancha kelihatan teruja dengan cabaran baru yang bakal beliau tempuhi bersama […]

Adik Safawi Rasid Nampak Garang Bersama Skuad Simpanan Kedah

Adik kepada kapten pasukan Harimau Malaya, Alfi Rasid dilihat tampil garang bersama pasukan Kedah Darul Aman FC. Beliau yang sebelum ini beraksi bersama JDT III pada musim lepas telah banyak membantu pasukan terutamanya dalam Piala Presiden musim lalu kelihatan sudah membawa haluan baharu. Pemain berusia 19 tahun itu baru-baru ini hangat diperkatakan apabila beliau telah […]

Jurulatih Juara Piala Dunia Dikaitkan Bakal Hadir Ke JDT

Menerusi satu ciapan penganalisis bebas bola sepak, Juan Budiman, terdapat satu khabar angin dari bumi Argentina bahawa Esteban Solari bakal bawa masuk seorang jurulatih berstatus juara Piala Dunia ke JDT. “Khabar berita dari Argentina beritahu Esteban Solari akan bawa masuk seorang jurulatih berstatus juara Piala Dunia ke bumi Johor.” – Juan Budiman (Juan Bapakaw). Esteban […]

4 Pemain JDT Hampiri Sri Pahang

Empat orang pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) kini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab yang berpangkalan di Pantai Timur, Sri Pahang FC. Dalam satu tinjauan di Twitter wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainal Azam, beberapa ciapannya menyebutkan bahawa empat pemain ini dijangka bakal memperkuat pasukan Tok Gajah. Tiga orang daripadanya adalah pemain yang beraksi di posisi pertahanan […]

Kontrak Papu Gómez Di Sevilla Berakhir Januari Ini

Perancang tengah pasukan kebangsaan Argentina, Papu Gomez difahamkan sudah boleh meninggalkan pasukannya, Sevilla seawal tahun hadapan. Pemain berusia 34 tahun merupakan sebahagian daripada skuad Argentina yang menjuarai Piala Dunia untuk menamatkan penantian selama 36 tahun semalam. Masa depan bekas kapten Atalanta ini kembali menjadi bualan hangat apabila beliau dikatakan mahu mencari haluan baharu memasuki fasa […]

Kontrak Dion Cools Bersama Jablonec Hampir Tamat, Dijangka Hadir Ke Malaysia Januari 2023

Kontrak pemain warisan Malaysia dari Belgium, Dion Cools bersama kelab diwakilinya di Czech, FK Jablonec bakal tamat pada 31 Disember 2022 sekaligus menjawab teka-teki berkaitan kontraknya sebelum ini. Sebelum ini, kontraknya bersama Jablonec bakal tamat pada pertengahan musim 2023 namun ianya berubah menjadi lebih awal seperti yang dipaparkan oleh laman data pemain global, Transfermarkt. Sebelum […]

Mia Ahmad: Terima Kasih JDT Atas Segalanya

Pertemuan dan perpisahan sememangnya lumrah dalam sebuah kehidupan. Itu yang terjadi kepada pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi dan isterinya yang juga seorang pelakon, Mia Ahmad. Berita perpindahan Izham keluar dari JDT telah tersebar sejak bulan lalu lagi. Izham dikatakan akan menyertai Sri Pahang FC bersama seorang lagi pemain JDT iaitu pertahanan kiri, […]