Pemain Turkiye Bantu Lindungi Kanak-Kanak Pengiring Dari Kesejukan

Pasukan kebangsaan Turkiye mempamerkan sikap terpuji apabila membantu kanak-kanak pengiring yang kesejukan di atas padang. Aksi antara juara Piala Dunia 2014, Jerman dan Turki mencuri perhatian apabila gergasi dunia itu ditumbangkan oleh Turki dengan keputusan 3-2. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik Berlin itu menyaksikan anak didik Julian Nagelsmann tewas dan menerima tamparan hebat selepas […]

Piala Dunia U17: Jerman Mudah Bantai Venezuela

Jerman terus memimpin mempamerkan kualiti tersendiri di Piala Dunia U17 selepas membenam cabaran Venezuela dalam aksi kumpulan F di Stadium Antarabangsa Jakarta sebentar tadi. Belum sempat Venezuela mengatur langkah, Jerman berjaya meledak pada minit pertama perlawanan hasil percubaan Robert Ramsak yang menyempurnakan hantaran dari Noah Darvich sekali gus mengubah kedudukan menjadi 1-0 memihak Jerman. Jerman […]

Piala Dunia U17: Jerman Mudah Malukan New Zealand

Jerman mudah menewaskan New Zealand 3-1 untuk aksi kedua Piala Dunia U17 peringkat kumpulan F. Jerman tampil dengan formasi 4-2-3-1 manakala New Zealand dilihat menggunakan corak bertahan dengan formasi 3-4-3. New Zealand kerap diasak pada babak pertama perlawanan dan Jerman mudah mendominasi penguasaan bola dalam perlawanan ini. Jerman berjaya memecah kebuntuan pada masa tambahan babak […]

Kelab Jerman Tamatkan Kontrak Bintang Dunia Kerana Sokong Palestin

Kelab Jerman, FSV Mainz mengambil langkah menamatkan kontrak Anwar El Ghazi susulan sokongan berterusan beliau kepada perjuangan rakyat Palestin. Pengumuman ini dibuat Die Nullfunfer menerusi satu kenyataan ringkas di laman sesawang rasmi mereka awal pagi tadi. Tindakan drastik ini dibuat selepas El Ghazi menafikan telah memuatnaik kenyataan yang mengatakan beliau telah menarik balik hantaran pro-Palestinnya […]

Annil Vigneswaran Sertai Kelab Jerman, SV Waldhof Mannheim 07

Pemain pertahanan muda Malaysia, Annil Vigneswaran terus mengorak langkah dengan menyertai kelab divisyen ketiga Jerman, SV Waldhof Mannheim 07. Perkara ini diumumkan sendiri Annil di akaun Instagram peribadinya baru-baru ini. Sebelum ini, Annil pernah beraksi untuk skuad remaja SGV Freiburg, Sandhausen dan Freiburger FC. Selepas tidak menyambung kontrak bersama Freiburger pada musim lepas, beliau bergelar […]

Jerman Tewaskan Malaysia 8-0

Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia 2023 selepas dibelasah Jerman 8-0 semalam. Perlawanan kedua skuad negara di UM Arena itu menyaksikan gawang mereka bocor seawal minit ke-24 menerusi Marc Eisenberg. Jerman makin selesa sebelum rehat menerusi gol Steven Nowark. Bersambung pada babak kedua, Eisenberg menyumbat gol ketiga sebaik wisel babak kedua […]

Malaysia Hadapi Ujian ‘Keras’ Jerman & USA

Pasukan Bola Sepak Orang Pekak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Deaf Tigers akan berdepan cabaran sukar Amerika Syarikat dan Jerman. Undian semula Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia yang dijalankan di ibu negara menyaksikan skuad negara berdepan tiga pencabar hebat. “Pengundian ini menyaksikan 19 pasukan bola sepak lelaki dibahagikan kepada 5 kumpulan. Selain itu, bola sepak […]

Jurulatih Jerman Dipecat Setelah Dimalukan Jepun

Ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick telah dipecat ekoran kekalahan 1-4 ke atas Jepun dalam aksi persahabatan yang menyaksikan prestasi Jerman kini semakin merosot. Persatuan bolasepak Jerman kini sedang membincangkan tentang calon yang sesuai untuk memegang jawatan ketua jurulatih Jerman lebih-lebih Jerman bakal menjadi tuan rumah untuk kejohanan EURO 2024. Fabrizio Romano melaporkan Rudi Voller bakal […]

Jerman Lesu Dibelasah Jepun

Skrip Piala Dunia 2022 kembali menghantui Jerman apabila mereka dibelasah pasukan gergasi Asia, Jepun 4-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Volkswagen Arena, Wolfsburg awal pagi ini. Selepas dimalukan Samurai Biru dalam aksi kumpulan Piala Dunia 2022, anak-anak buah Hansi Flick berharap perkara sama tidak berulang bila melayan kunjungan pelawat. Dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, […]

Indonesia Bakal Bertemu Jerman?

Semi finalis Piala AFF 2022, Indonesia sekali lagi memberikan khabar yang menggemparkan apabila Sang Garuda sedia menguji kekuatan Jerman bagi aksi persahabatan FIFA berikutnya. Indonesia telah pun menggemparkan arena bola sepak Asia Tenggara selepas rasmi mengadakan persahabatan dengan juara Piala Dunia 2022, Argentina Jun lalu. Menerusi satu pengumuman oleh EXCO PSSI, Arya Sinulingga, beliau telah […]

Jerman Tersingkir Dari Piala Dunia

Selepas Belgium dan Denmark, giliran Jerman pula mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia. Ini selepas mereka menewaskan Costa Rica 3-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Dunia 2022. Perlawanan hari ini juga dianggap bersejarah kerana menampilkan pengadil wanita pertama dalam sejarah Piala Dunia. Stephanie Frappart dari Perancis diberi kepercayaan mengadili perlawanan yang menentukan siapa bakal […]

Piala Dunia: Gol Dramatik Fullkrug Bantu Jerman Ikat Sepanyol

Sepanyol mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan F Piala Dunia 2022 walaupun terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat Jerman 1-1 dalam aksi kedua kumpulan hari ini. Babak pertama menyaksikan dua pasukan gergasi Eropah itu nampak seimbang sebaik sepak mula. Tetapi Sepanyol terlebih dahulu mengancam benteng Jerman pada minit ketujuh menerusi duo Barcelona, Pedri […]

Piala Dunia: Bintang Bundesliga Jepun Punca Kekalahan Jerman

Dunia terkejut apabila pasukan gergasi Asia, Jepun memalukan Jerman dalam perlawanan pertama Kumpulan E Piala Dunia 2022 dua hari lepas. Tetapi ramai orang terlupa majoriti pemain yang beraksi dalam perlawanan tersebut beraksi di liga-liga Eropah termasuk Bundesliga. Atas sebab ini, penulis sukan Jonathan Harding menyifatkan kemenangan tersebut sebagai kemenangan Bundesliga terhadap Jerman. Lebih menarik, daripada […]

“Kaki Kiri Saya Masih Berbisa” – Podolski

Bekas pemain sayap kebangsaan Jerman, Lukas Podolski teruja dengan kemampuan sebenar apabila menjaringkan gol bertaraf Puskas baru-baru ini. Bintang berusia 37 tahun itu kini terus mengembangkan lagi kariernya apabila beraksi bersama Górnik Zabrze di Poland. Bekas bintang Arsenal ini memainkan watak yang cukup penting untuk membantu pasukan meneruskan cabaran bersaing di Liga Poland musim ini. […]

Manuel Neuer Sahkan Hidapi Kanser

Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer baru – baru ini telah mendedahkan bahawa beliau disahkan hidapi kanser kulit.  Beliau difahamkan telah pun selesai menjalani tiga pembedahan berbeza tanpa mendedahkannya kepada orang ramai. “Saya terpaksa dibedah tiga kali, dan saya menghidap kanser kulit di sana,” dalam video pelancaran bersama bekas pemain tenis tertinggi, Angelique Kerber.  Difahamkan, […]

Aksi Jerman Jadikan Liechtenstein Seperti ‘Patung’ Sepanjang 90 Minit Permainan

Pasukan kebangsaan Jerman mudah menewaskan negara saudaranya sendiri, Liechtenstein dengan jaringan besar 9-0 di Arena Volkswagen dalam satu perlawanan kelayakan Piala Dunia. Dua gol sendiri Liechtenstein pada minit ke-20 dan 89 antara yang menjadi perhatian selama 90 minit permainan selain aksi kaku seperti patung pasukan dengan populasi rakyat seramai 38,000 orang ini. Ilkay Gundongan, Leroy […]