Jepun Bantai Australia

Selepas selamba tapau Korea Selatan, skuad ‘Piala Presiden’ Jepun kali ini mudah membenam Australia dengan keputusan 3-0 untuk muncul tempat ketiga bagi saingan Piala Asia B-23 2022. Dua jaringan berjaya dihasilkan oleh Kein Sato dan Sato Fujio manakala satu jaringan sendiri yang dihasilkan oleh pemain Australia, Kai Trewin. Untuk pengetahuan, hampir 1/3 daripada skuad Jepun […]

Penjaga Gol Jepun Terasa Hati Melihat Penyokong Sendiri Di Stadium

Walaupun tewas 0-1 kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, namun corak permainan yang ditampilkan Jepun dalam perlawanan tersebut wajar diberikan pujian. Dalam pada kita melihat corak permainan meyakinkan yang ditampilkan pemain Jepun, penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda meluahkan rasa tidak senang yang melanda beliau selepas melihat gelagat para penyokong Jepun ketika berada di dalam stadium. […]

Kemarau Kemenangan Berakhir, Kawasaki Frontale Belasah Universiti Sapporo

Kemarau kemenangan yang melanda kem pasukan Kawasaki Frontale akhirnya tamat selepas mencatatkan kemenangan besar ke atas pasukan Universiti Sapporo. Pasukan bimbingan Toru Oniki kehilangan 8 mata daripada 3 perlawanan terakhir selepas mencatatkan 2 kekalahan dan juga 1 seri. Hal ini juga menyebabkan mereka terlepas kedudukan pendahulu liga ketika ini sekaligus memberi peluang kepada pasukan lain […]

Kawasaki Frontale Makin Hilang Punca, Tewas Kepada Kyoto Sanga FC

Pasukan gergasi Liga Jepun, Kawasaki Frontale terus dilanda badai apabila gagal memenangi perlawanan dua kali berturut-turut. Mereka yang sebelum ini gah mengungguli tangga teratas saingan liga turun dalam misi untuk merampas semula takhta daripada Kashima Antlers. Jurulatih pasukan Kawasaki Frontale, Toru Oniki membariskan kesebelasan terbaiknya dalam usaha untuk memungut tiga mata penuh. Sungguhpun menguasai sebahagian […]

Apa Sudah Jadi Dengan Urawa Red Diamonds?

Pasukan gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds terus dilanda prestasi tidak menentu apabila mereka kehilangan mata lagi ketika menentang Kashiwa Reysol hari ini. Urawa turun dalam misi mencari 3 mata penuh selepas prestasi terumbang-ambing selepas hanya mencatatkan 2 kemenangan dalam 5 perlawanan terakhir. Malah, kini mereka telah terperosok ke tangga ke-14 liga selepas 12 perlawanan sekaligus […]

Debut Hadi Fayyadh Tapi Padang ‘Lain Macam’ Liga Jepun Curi Tumpuan

Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh sudah pun mengesahkan kehadirannya dalam saingan Liga Jepun apabila berjaya memperoleh debutnya pada malam semalam. Pemain berusia 22 tahun itu kini dipinjamkan ke pasukan divisyen 3 Jepun iaitu FC Azul Claro Numazu untuk mendapatkan semula tahap kecergasan terbaiknya selain kembali mendapatkan minit permainan di sana. Beliau kini menjadi pemain pertama […]

Vietnam Ikat Jepun, Cipta Sejarah Tersendiri

Vietnam mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mengikat pasukan Jepun dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 hari ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama, Jepun menyaksikan anak buah Park Hang-Seo beraksi dengan cukup meyakinkan. Vietnam menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-19 perlawanan menerusi pemain sensasi, Nguyen Thanh Binh. Sepakan penjuru yang diambil Công Phượng meluru cantik […]

Liga Premier Kemboja Dapatkan Khidmat Pakar Penjagaan Rumput Dari Jepun

Ketua pegawai eksekutif Liga Premier Kemboja, Encik Satoshi Saito telah mendapatkan khidmat pakar penjagaan rumput dari Jepun untuk memeriksa rumput di beberapa buah stadium yang digunakan sebagai venue aksi bola sepak liga Kemboja. Shoji Ikeda adalah antara pakar penjagaan rumput terbaik di Jepun. Shoji Ikeda telah membina padang rumput untuk Stadium Nasional Olimpik Tokyo 2020 […]

5 Anime Terkenal Bertemakan Sukan Bola Sepak

Anime mempunyai pelbagai genre seperti aksi, komedi, percintaan, pengembaraan, sukan dan lain-lain lagi. Antara contoh anime genre sukan yang terkenal ialah Haikyuu, Kuroko No Basket, Slam Dunk dan The Prince of Tennis. Namun terdapat juga anime yang bertemakan sukan bola sepak yang mendapat sambutan tinggi daripada penggemar anime seluruh dunia. Berikut merupakan 5 anime bertemakan […]

Jepun Tewaskan Australia Untuk Layak Ke Piala Dunia 2022 Qatar

Jepun melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 Qatar apabila menewaskan Australia dalam pusingan ketiga Kumpulan B hasil 2 jaringan Kaoru Mitoma pada minit akhir perlawanan. Ini menandakan sudah kali ketujuh Jepun berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia. Pemain sayap Union SG, Kaoru Mitoma menjaringkan gol pada minit ke 89 dan 90+4 perlawanan untuk memaksa Australia […]

Muka Sama Suramkan Kelayakan Piala Dunia Peringkat Asia

Dengan saingan kelayakan Piala Dunia 2022 semakin di penghujung, beberapa negara sudah mengesahkan tempat ke saingan akhir di Qatar. Tetapi di peringkat Asia, muka sama yang muncul merebut slot automatik kelayakan: Arab Saudi, Australia, Iran, Jepun dan Korea Selatan. Hanya Korea Utara yang mencuba memecah dominasi kuintet ini pada 2010. Perkataan mudah di sini ialah […]

Sabah FC Sambar Penyerang Dari Jepun

Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) hari ini mengumumkan kemasukan pemain import terbaharu iaitu Taiki Kagayama bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan musim 2022. Pemain kelahiran Jepun ini mempunyai pengalaman beraksi di pentas Eropah bersama kelab Inter Turku, Musan Salama dan Kokkolan Palloveikot yang bermain dalam saingan Liga Utama dan Premier di Finland (Veikkausliiga). Pemain berusia […]

Saigon FC Hantar Pemain Ke Liga J2 & J3

Pembangunan akar umbi terus menjadi keutamaan kelab-kelab Liga Vietnam terutama dengan menghantar mereka beraksi di luar negara. Mereka berharap dengan pendedahan beraksi di liga asing, ia dapat memantapkan kemahiran bola sepak dan mematangkan mentaliti mereka sebagai pemain. Antara kelab yang berbuat demikian ialah Saigon FC. Dua pemain berusia 22 tahun iaitu Pham Van Luan dan […]

Kuda Tua Kazuyoshi ‘King Kazu’ Miura Sertai Suzuka Point Getters

Walaupun usianya sudah mencecah 54 tahun, Kazuyoshi Miura terus aktif bermain bola sepak. Selepas hanya membuat penampilan selama seminit di Yokohama FC musim lepas, beliau memilih untuk turun ke divisyen empat Jepun dan menyertai kelab Suzuka Point Getters. Pengumuman penyertaan beliau dalam pasukan itu dibuat pada hari ini (11 Januari) pada jam 11.11 pagi. Miura […]

Trio Jepun Daizen Maeda, Yosuke Ideguchi & Reo Hatate Sertai Celtic

Walaupun jendela perpindahan Januari 2022 hanya akan dibuka esok (petang waktu Malaysia), itu tidak menghalang kelab-kelab Eropah daripada membuat pembelian awal. Gergasi Scotland Celtic mengesahkan pembelian trio pemain Jepun iaitu Daizen Maeda, Yosuke Ideguchi dan Reo Hatate. Ideguchi, 25, dan Hatate, 24, menyertai Parkside dengan kontrak empat setengah tahun dari Gamba Osaka dan Kawasaki Frontale. […]