China Kalah Lagi, Tewas Kepada Jepun

Pasukan China tewas kali keempat dalam aksi peringkat Kumpulan C, kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas terpaksa akur kepada Jepun di laman sendiri. Di separuh masa pertama, pasukan pelawat mendahului dua gol dihadapan bermula dengan jaringan pembukaan permainan pada minit ke-39 menerusi Koki Ogawa. Hantaran daripada Takefusa Kubo telah disambar Ogawa untuk jaringan pertama Jepun. […]
Pembantu Roberto Mancini Canang Jepun Mampu Bersaing Di Euro

Bekas penolong jurulatih Roberto Mancini, Angelo Gregucci percaya Jepun mampu bersaing jika bertanding dalam saingan Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO). Pandangan jurulatih berusia 60 tahun itu dibuat selepas mengamati kekuatan semasa anak buah Hajime Moriyasu itu. Samurai Biru terus mengekalkan rekod kebal dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 apabila membelasah Indonesia 4-0 pada 15 November […]
Jepun Belasah Indonesia Di Gelora Bung Karno

Indonesia tewas kepada Jepun dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno. Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong dan ketua jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu menampilkan barisan terkuat dalam usaha untuk mendapatkan tiga mata berharga buat pasukan masing-masing. Pada babak pertama permainan, Indonesia dibolosi dua gol apabila pada minit ke-35 permainan, pertahanan Indonesia Justin Hubner […]
Jepun Tinggalkan Indonesia 2-0 Babak Pertama

Jepun meraih kelebihan awal dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 apabila mendahului Indonesia 2-0 pada separuh masa pertama. Indonesia berharap dapat bangkit daripada kekalahan 2-1 di tangan China pada Oktober lalu. Manakala Jepun mahu mengekalkan rekod kebal mereka dalam Kumpulan C. Kevin Diks menjadi tonggak warisan terbaru yang diberi peluang dalam kesebelasan utama Tim Garuda. […]
Live: Indonesia vs Jepun, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Dunia 2026

Aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan pertembungan antara Indonesia dan juga Jepun. Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu waspada dengan peningkatan kualiti yang dimiliki oleh Timnas Indonesia ketika ini. “Indonesia adalah salah satu negara yang membuat kemajuan dan mendapat kekuatan lebih baik berbanding sebelum ini,” kata Moriyasu. “Kami bersedia untuk perlawanan yang sukar, tetapi kami […]
Jepun Terima Tamparan Hebat Hadapi Indonesia

Jepun mengalami tamparan hebat menjelang dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 dalam Kumpulan C. Ini selepas portal Soccer King melaporkan Shogo Taniguchi mengalami kecederaan tendon Achilles dalam aksi terbaru Belgian Pro League (BPL) antara Sint-Truiden dan KV Mechelen. Taniguchi hanya sempat beraksi selama 14 minit sebelum dikeluarkan akibat kecederaan tersebut. Susulan itu, Zineddine Belaid masuk […]
Hadi Fayyadh Buka Langkah Dirisik Dua Kelab Jepun

Penyerang PDRM FC, Hadi Fayyadh berkongsi detik awal menerima dua tawaran untuk beraksi di Jepun. Pemain berusia 24 tahun itu telah pulang ke Malaysia untuk menyertai Perak FC pada musim lalu namun bergelut untuk mendapat tempat. Beliau memutuskan untuk membawa haluan bersama PDRM FC dan mula mendapat minit permainan bersama kelab Lembah Klang itu. Menerusi […]
Jepun Bawa 22 Pemain Eropah, Mitoma & Minamino Tersenarai Hadapi Indonesia

Jepun bakal mengharapkan kudrat pemain-pemain yang berpangkalan di Eropah untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 untuk November ini. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) mengumumkan senarai 26 pemain yang dipanggil jurulatih Samurai Biru, Hajime Moriyasu. Daripada 26 pemain yang dipanggil, 22 pemain beraksi untuk kelab-kelab Eropah. Manakala empat lagi beraksi dalam saingan J1 […]
Indonesia Sambut Kehadiran Jepun Penuh Debaran

Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Indonesia dan Jepun pada 15 November ini dijangka menarik. Ini kerana Samurai Biru yang dibimbing Hajime Moriyasu masih kekal tanpa kalah dalam Kumpulan C selepas mengharungi empat perlawanan. Sementara Tim Garuda pula mahu melupakan kekalahan pahit 2-1 di tangan China. Aksi ini cukup menarik ia merupakan ulangan aksi […]
Bintang Akademi Mokhtar Dahari Jalani Percubaan Di Jepun

Bintang pasukan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Bawah 17 Tahun (B-17), Irfan Aswad Roslan terpilih menjalani sesi percubaan bersama kelab J1 League, Shonan Belmare. Perkara ini diumumkan pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Nasional (NFDP) dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka. Irfan yang juga kapten skuad AMD B-17 kini mengharungi sesi percubaan bersama kelab […]
Arab Saudi Pamer Aksi Tumpul Berdepan Bahrain

Arab Saudi mempamerkan aksi tumpul berdepan Bahrain sekaligus meraih satu mata dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Roberto Mancini sebelum ini tewas 2-0 kepada Jepun manakala Bahrain seri 2-2 menentang wakil dari Asia Tenggara, Indonesia. Arab Saudi turun dengan formasi 4-3-3 dengan meletakkan Firas Al-Buraikan selaku penyerang utama pasukan. Bahrain pula mengekalkan percaturan […]
Dua Gol Sendiri ‘Ikat’ Jepun & Australia

Rekod tanpa kalah Jepun dalam Kumpulan C terus utuh meskipun diikat 1-1 dengan Australia di Stadium Saitama. Samurai Biru yang dibimbing Hajime Moriyasu ingin mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Manakala The Socceroos yang dibimbing Tony Popovic pula mahu menambah satu lagi kemenangan selepas berjaya menewaskan China. Australia menggunakan […]
Singapura Jadi ‘Lauk’ Yokohama F. Marinos

Singapura menamatkan kempen jelajah mereka di Jepun dengan kekalahan apabila dibelasah Yokohama F. Marinos 7-1. Selepas meraih kemenangan ke atas Tokyo Verdy pada 11 Oktober lalu, anak buah Tsutomu Ogura berharap dapat menutup jelajah Jepun dengan kemenangan. Walau bagaimanapun, hajat The Lions untuk menewaskan Marinos berkecai apabila Riku Yamane membuka tirai jaringan pada minit ke-11. […]
Singapura Tewaskan Tokyo Verdy

Skuad kebangsaan Singapura akhirnya meraih kemenangan dalam jelajah mereka di Jepun dengan menewaskan Tokyo Verdy 2-1. Selepas dibelasah FC Tokyo 4-0 dalam aksi persahabatan pertama jelajah pada 8 Oktober lalu, The Lions yang dibimbing Tsutomu Ogura berazam untuk bangkit. Tokyo Verdy bukan asing bagi Singapura. Ini kerana kelab J1 League itu telah memeterai kerjasama dengan […]
Jepun Gah Leburkan Rekod Tanpa Kalah Arab Saudi

Jepun meneruskan prestasi cemerlang setelah berjaya menewaskan Arab Saudi 2-0 dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Kedua-dua pasukan masih belum tewas sebelum ini dalam saingan kumpulan C dimana Jepun telah meraih dua kemenangan manakala Arab Saudi mencatat 1 kemenangan dan 1 keputusan seri. Roberto Mancini mempertaruhkan formasi 4-3-3 dengan meletakkan gandingan trio serangan […]
Singapura Asah Taring Di Jepun

Singapura memanfaatkan kalendar antarabangsa FIFA dengan mengadakan tiga aksi persahabatan di Jepun. Ini merupakan sebahagian daripada perancangan jurulatih The Lions, Tsutomu Ogura sebagai persiapan menghadapi ASEAN Championship 2024 pada penghujung tahun ini. Ogura melihat tiga aksi menentang tiga kelab utama J1 League bukan saja peluang untuk menerapkan permainan intensiti tinggi yang dimahukannya. Malah, ini akan […]