Azim Al-Amin Mahu Selangor Fokus Dua Aksi Terakhir

Penjaga gol Selangor, Azim Al-Amin mahu rakan sepasukan untuk segera melupakan kekalahan kepada Jeonbuk Hyundai dan fokus untuk perlawanan berikutnya. Skuad Gergasi Merah terbang ke Korea Selatan berbekalkan status selaku pendahulu kumpulan H dengan tujuh mata selain turut mencatat kemenangan ke atas Kedah hujung minggu lalu. Walau bagaimanapun, momentum cemerlang itu disekat oleh Jeonbuk Hyundai […]
Jeonbuk Hyundai ‘Tak Puas’ Tewaskan Selangor

Pengendali Jeonbuk Hyundai, Kim Do-heon menganggap kemenangan ke atas Selangor FC dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) seharusnya lebih baik jika berakhir dengan jaringan yang banyak. Ini kerana, Jeonbuk hanya memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0 hasil jaringan tunggal pemain import dari Brazil, Tiago Orobo menerusi tandukan yang menewaskan Azim Al-Amin. Do-heon bagaimanapun biarpun hanya […]
Selangor Akui Kehebatan Jeonbuk Hyundai

Selangor akui dengan kehebatan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai yang beraksi di laman sendiri. Skuad kendalian Abdi Hassan terpaksa akur dengan kekalahan tipis ke atas tuan rumah, Jeonbuk bagi perlawanan keempat kumpulan H dalam saingan AFC 2 (ACL2) 2024. Abdi Hassan kesan penyerang Jeonbuk, Tiago Orobo yang mempunyai kelebihan menerusi tandukan. Beliau juga sudah cuba […]
ACL2: Kedudukan Selangor Selepas Tunduk Kepada Jeonbuk Hyundai

Kedudukan Selangor berubah selepas tunduk di tangan wakil Korea, Jeonbuk Hyundai dengan keputusan 1-0. Skuad kendalian Abdi Hassan mengharungi ujian sukar selepas tunduk 3-0 di tangan JDT pada aksi ke-15 Liga Super musim 2024/25. Perjuangan diteruskan apabila menghadapi Jeonbuk Hyundai dengan menurunkan kesebelasan terbaik ketika beraksi di laman lawan. Skuad Merah Kuning bagaimanapun tidak berupaya […]
ACL2: Jeonbuk Hyundai Tinggalkan Selangor Babak Pertama

Aksi keempat AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan Selangor ketinggalan berdepan Jeonbuk Hyundai pada babak pertama. Skuad kendalian Abdi Hassan turun tanpa empat watak hebat iaitu Yohandry Orozco, Safuwan Baharudin, Noor Al-Rawabdeh dan juga Shahrul Nazeem. Gergasi Merah mengharungi tentangan getir daripada skuad lawan yang selesa beraksi di laman sendiri. Selangor turun dengan motivasi terbaik […]
ACL2: 5 Bintang Tumpuan Hangatkan Aksi Jeonbuk Hyundai vs Selangor

Aksi hangat Jeonbuk Hyundai vs Selangor dalam saingan AFC Champions League 2 (ACL2) menyaksikan 5 bintang bakal menjadi tumpuan para peminat. Selangor hadir ke Korea Selatan dengan momentum terbaik setelah mengungguli carta kumpulan H dengan tujuh mata selain mencatatkan kemenangan ke atas Kedah dalam aksi terakhir Liga Super. Sementara Jeonbuk pula masih tercari-cari rentak setelah […]
Jeonbuk Hyundai Sabar Hadapi Selangor

Jurulatih Jeonbuk Hyundai, Kim Do-heon menegaskan bahawa pemainnya akan lebih bersabar dalam menghadapi Selangor FC pada aksi AFC Champions League Two (ACL2) yang dijadulakan pada esok 7 November. Pengendali berusia 42 tahun itu mahu pemain-pemain kendaliannya dapat belajar daripada perlawanan terdahulu yang menyaksikan mereka tewas 1-2 kepada Selangor di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ). […]
Momentum Selangor Tahap Tinggi Ke Korea

Wakil Malaysia di Asia, Selangor FC berada pada momentum terbaik sebelum berangkat ke Korea Selatan. Skuad kendalian Abdi Hassan selesai mengharungi aksi ke-15 Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium MBPJ. Misi Gergasi Merah diteruskan sungguhpun tanpa Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil yang berpisah dengan pasukan baru-baru ini. Persiapan Selangor dilihat rapi bagi menghadapi […]
Rekod ‘Lemau’ Iringi Jeonbuk Hyundai Hadapi Selangor

Jeonbuk Hyundai membawa rekod lemau untuk lima perlawanan terkini mereka sebelum bertemu Selangor FC sekali lagi pada 7 November ini dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2). Jeonbuk yang kini dibimbing Kim Do-heon masih tercari-cari kemenangan dalam lima perlawanan terdahulu. Untuk rekod, Jeonbuk hanya mencatatkan keputusan seri satu kali dan menanggung empat kekalahan yang mana […]
Ranking Jeonbuk Hyundai Jatuh Teruk, Selangor Naik Mendadak Di Asia

Ranking kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai jatuh teruk sementara Selangor mencatatkan peningkatan yang mendadak. Skuad kendalian Nidzam Jamil mempamerkan aksi cemerlang apabila menundukkan Jeonbuk dengan keputusan 2-1 di Stadium MBPJ. Dua jaringan daripada Harith Haiqal dan juga Ali Olwan cukup untuk mengekaljan rekod kebal Gergasi Merah dalam saingan kancah Asia musim 2024/25 selepas tiga perlawanan. […]
Nidzam Jamil: Bukan Masalah Selangor, Itu Pilihan Jeonbuk Hyundai

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil enggan mengulas berkenaan barisan kesebelasan utama yang diturunkan Jeonbuk Hyundai ketika aksi AFC Champions League 2 (ACL2). Kedua-dua pasukan turun pada Rabu dengan misi penting untuk meraih tiga mata dan menerajui takhta kumpulan H sekaligus mencerahkan peluang mara ke pusingan kalah mati. Aksi bermula baik buat Selangor apabila dua jaringan […]
Jeonbuk Hyundai ‘Tunggu’ Selangor Di Korea

Jeonbuk Hyundai akan menunggu perlawanan bertemu Selangor FC yang bakal dilangsungkan November depan di Korea Selatan bagi membalas semula kekalahan yang dialami mereka dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) pada Rabu. Perkara tersebut disuarakan pengendali Jeonbuk, Kim Do-heon dalam sidang media selepas selesai perlawanan bertemu Selangor. Selain itu, formasi yang diterapkan Selangor iaitu dengan […]
Zainal Abidin: Jeonbuk Tak Ada Apa Yang Selangor Ada

Lagenda Selangor, Zainal Abidin Hassan yakin pasukan Korea, Jeonbuk Hyundai tidak memiliki kualiti yang dibawa oleh pasukan tuan rumah. Dua jaringan pantas oleh Haritu Haiqal dan juga Ali Olwan masing-masing pada minit ke-31 dan 33 sudah cukup untuk memberikan 3 mata buat Gergasi Merah. Bekas pengendali Melaka United itu teruja dengan percaturan yang digunakan oleh […]
ACL2: Selangor ‘Diamkan’ Jeonbuk Hyundai di Stadium MBPJ

Aksi saingan saingan AFC Champions League 2 (ACL2) menyaksikan Selangor berjaya mencipta kejutan menewaskan Jeonbuk Hyundai di Stadium MBPJ, Petaling Jaya. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi memburu kemenangan bagi perlawanan ketiga saingan ACL2 kumpulan H. Selepas setengah jam permainan, Selangor berjaya mendahului menerusi ketua pasukan, Harith Haiqal bagi gol pertama pasukan. Kemudiannya, selang […]
ACL2: Harith Haiqal Ketuai Selangor Hadapi Jeonbuk Hyundai

Pertahanan muda, Harith Haiqal mengetuai barisan pemain Selangor pada aksi ketiga AFC Champions League 2 (ACL2) bertemu Jeonbuk Hyundai. Skuad kendalian Nidzam Jamil turun dengan motivasi tinggi setelah meraih 4 mata dalam dua aksi terdahulu meskipun kehilangan rentak apabila diikat seri bertemu PDRM Sabtu lalu. Gergasi Merah juga bakal berdepan cabaran juara Liga Korea 9 kali ini […]
Ronnie Fernandez Antara 5 Watak Sensasi Aksi Selangor vs Jeonbuk Hyundai

Perlawanan di antara Selangor vs Jeonbuk Hyundai bakal diserikan lagi dengan aksi hebat 5 watak yang mencuri tumpuan termasuklah Ronnie Fernandez. Selangor turun pada aksi ketiga ini dengan motivasi tinggi setelah meraih 4 mata dalam dua aksi terdahulu meskipun kehilangan rentak apabila diikat seri bertemu PDRM dalam saingan Liga Super. Manakala Jeonbuk Hyundai hadir selaku […]