ACL2: RMS Semarakkan Perjuangan Selangor Di Korea

Perjuangan Selangor FC untuk mendapatkan mata dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) di Korea Selatan mendapat suntikan semangat DYTM Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah. Ini selepas baginda dilihat berada di Stadium Piala Dunia Jeonju untuk aksi Kumpulan H antara Merah Kuning dan Jeonbuk Hyundai Motors pada 7 November lalu. Baginda turut diiringi […]

Nasib Jeonbuk Hyundai Di Hujung Tanduk

Kedudukan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam saingan K-League 1 kini dalam bahaya. Ini kerana pasukan itu berdepan kemungkinan tersingkir ke saingan K-League 2 musim 2025. Ketika ini, Jeonbuk menghuni kedudukan ke-11 pusingan playoff penyingkiran dengan 38 mata. Pasukan tercorot liga akan terus tersingkir ke saingan K-League 2 musim hadapan. Situasi ini terpakai kepada […]

ACL2: Jeonbuk Hyundai Leburkan Rekod Kebal Selangor Di Asia

Selangor FC mempamerkan semangat juang tinggi sebelum kecundang 1-0 kepada Jeonbuk Hyundai Motors dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Jeonbuk yang juga bekas juara ACL berharap dapat menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan. Sementara Selangor mahu meneruskan momentum kemenangan selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 1-0. Nana Boateng, Tiago dan Lee Seung-woo […]

ACL2: Penyokong Ramal Peluang Selangor Atasi Jeonbuk Hyundai 14%

Peminat bola sepak meramalkan Selangor FC bakal berdepan tugas sukar mengatasi Jeonbuk Hyundai Motors dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Ini berdasarkan tinjauan pendapat penyokong tentang peluang Selangor dan Jeonbuk untuk aksi keempat Kumpulan H itu di laman sesawang AFC. Semakan terkini mendapati 80% penyokong memilih kelab Korea Selatan itu. Sementara 14% lagi […]

Abdi Hassan: Jeonbuk Hyundai Ada Dua ‘Pasukan’ Yang Kuat

Pengendali interim Selangor FC, Abdi Hassan percaya pasukan itu bakal berdepan cabaran sukar daripada Jeonbuk Hyundai Motors untuk saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Ini kerana beliau melihat pasukan yang dibimbing Kim Do-heon itu mampu menampilkan dua pasukan berbeza tetapi masih mampu memberi cabaran hebat di atas padang. Abdi merujuk kepada aksi ketiga Kumpulan H […]

Badi Kekalahan Hantui Jeonbuk Hyundai

Jeonbuk Hyundai Motors terus dihantui badi kekalahan apabila tewas 1-0 kepada Jeju United dalam aksi terbaru K-League 1 pada 27 Oktober lalu. Selepas tewas kepada Selangor FC dalam aksi ketiga Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), anak buah Kim Do-heon berharap dapat menamatkan tiga kekalahan berturut-turut dalam semua kejohanan. Selain tewas kepada Merah Kuning, […]

Jeonbuk Hyundai Hantar 12 Pemain Simpanan Hadapi Selangor Di MBPJ

Kemenangan Selangor FC ke atas Jeonbuk Hyundai Motors dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) jadi tumpuan peminat bola sepak. Selangor meraih kemenangan 2-1 menerusi jaringan kapten, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Olwan manakala Kwon Chang-hoon menjaringkan gol saguhati buat Jeonbuk. Kemenangan ini menjadi bualan apabila Jeonbuk dikatakan menghantar pasukan kedua mereka sebagai […]

Nidzam Jamil: 3 Mata Kembalikan Keyakinan Penyokong Selangor

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil mengakui teruja dengan prestasi barisan anak buahnya dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Aksi terbaru Kumpulan H menyaksikan Selangor menjadi pendahulu baru kumpulan selepas merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Jeonbuk Hyundai Motors. Gol Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Olwan memastikan penyokong Merah Kuning pulang dengan gembira. Manakala Kwon […]

ACL2: Selangor Terlalu Berbisa, Tinggal Jeonbuk Hyundai 2-1 Babak Pertama

Selangor FC meraih pendahuluan dalam separuh masa pertama aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC 2(ACL2) dengan Jeonbuk Hyundai Motors. Jeonbuk mahu bangkit selepas tewas 2-0 kepada Daejeon Hana Citizens baru-baru ini. Manakala Selangor mahu melupakan memori diikat PDRM 1-1 dalam aksi Liga Super pada 19 Oktober lalu. Tanpa empat tonggak utama termasuk Alvin Fortes, Merah Kuning […]

Alvin Fortes Tambah Senarai Kecederaan Selangor Hadapi Jeonbuk Hyundai

Selangor FC terpaksa melupakan khidmat pemain sayap Cape Verde, Alvin Fortes menjelang aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Jeonbuk Hyundai Motors. Sebelum ini, pasukan yang dibimbing Nidzam Jamil itu terpaksa melupakan khidmat tiga tonggak utama akibat kecederaan iaitu Noor Al-Rawabdeh, Safuwan Baharudin dan Mukhairi Ajmal. Noor terpaksa berehat selama sembilan bulan selepas mengalami kecederaan […]

Jurulatih Jeonbuk Waspada Ancaman Trio Import Selangor

Jurulatih Jeonbuk Hyundai Motors, Kim Do-heon menyifatkan trio import Selangor FC iaitu Ali Olwan, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes sebagai ancaman utama buat pasukannya. Selepas dua perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Jeonbuk menerajui kumpulan dengan enam mata dan menjaringkan 10 gol. Kini, Selangor dan Jeonbuk berentap untuk memburu kelebihan selaku pendahulu Kumpulan […]

3 Pemain Korea Selatan Antara Watak Penting Jeonbuk Hyundai Hadapi Selangor

Tiga pemain skuad kebangsaan Korea Selatan bakal memperkuat cabaran Jeonbuk Hyundai Motors menentang Selangor FC. Selepas meraih satu kemenangan dan satu keputusan seri dalam Kumpulan H, Merah Kuning kini berdepan cabaran paling sukar dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim 2024/25. Ini kerana mereka bakal berdepan pendahulu kumpulan yang juga kelab gergasi Korea Selatan, […]

Jeonbuk Hyundai Sengsara Sebelum Jumpa Selangor

Hasrat Jeonbuk Hyundai Motors meraih kemenangan sebelum aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) menentang Selangor FC tidak kesampaian. Ini selepas pasukan itu tewas 2-0 kepada Daejeon Hana Citizen dalam aksi pertama pusingan playoff penyingkiran K-League 1 musim 2024. Jeonbuk yang dibimbing bekas pemain import Negeri Sembilan FC, Kim Do-heon berharap dapat meraih kemenangan sebagai suntikan […]

ACL2: Selangor Ramal Jeonbuk Hyundai Beri Ancaman Berbeza

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil menjangkakan cabaran berbeza bakal dihadirkan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors untuk aksi Kumpulan H seterusnya. Selepas dua perlawanan, Jeonbuk kini menerajui Kumpulan H dengan enam mata. Selain merekodkan dua kemenangan selesa, pasukan yang dibimbing Kim Do-heon itu turut merekodkan 10 gol. Meskipun Jeonbuk menurunkan skuad kedua dalam saingan Liga […]

ACL2: Jeonbuk Hyundai Belasah Muangthong United Tanpa Belas Kasihan

Aksi AFC Champions League Two (ACL2) menyaksikan Muangthong United tewas besar kepada Jeonbuk Hyundai Motors. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan serangan balas pantas menjadi nadi utama pada babak pertama. Kecemerlangan penjaga gol Muangthong United, P. Khittipong selain beberapa halangan berjaya dilakukan untuk menutup peluang tuan rumah. Penyerang Muangthong, Emil Roback melepaskan rembatan kencang namun […]

ACL2: Jeonbuk Hyundai Belasah DH Cebu 6-0

Jeonbuk Hyundai mula langkah kanan dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) apabila menewaskan wakil Filipina, DH Cebu FC dengan keputusan 6-0. Tuan rumah, Dynamic Herbs Cebu turun dengan misi mahu mendapatkan mata penuh kerana kelebihan beraksi di laman sendiri. Sementara, Jeonbuk Hyundai pastinya ingin mencuri mata di tempat lawan.  Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua […]