Nasib Berbeza 4 Pemain Import JDT

Nasib yang dialami oleh 4 pemain import JDT ketika ini mempunyai cerita tersendiri menuju penamat saingan Liga Super musim 2022. Kepercayaan yang diberikan oleh ketua jurulatih, Hector Bidoglio terhadap pemain import Harimau Selatan jelas memberi kesan yang besar terhadap persembahan pasukan. Walau bagaimanapun, ketiadaan watak penting untuk mengemudi kesebelasan utama pasukan sedikit sebanyak memaksa jurulatih […]
Berjaya Lebur Rekod Gah JDT, Dollah Salleh Bersyukur

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh nyata cukup gembira dengan kejayaan pasukannya mengutip satu mata ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada Jumaat. Keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Makmur bukan sahaja menyaksikan Sri Pahang menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas kepada skuad juara Liga Super itu musim ini. Tetapi lebih menarik ia turut menyaksikan […]
Kakak Ini Sudah Tertekan Perlawanan Belum Mula

Aksi saingan Liga Super menyaksikan Sri Pahang menentang Johor Darul Ta’zim ditangguhkan selama 1 jam 35 minit akibat hujan lebat tanpa henti. Gelagat salah seorang penonton wanita yang dilihat sedang berdiri sambil menari tarik perhatian orang ramai selepas riak wajah mukanya yang menggambarkan dirinya ‘tertekan’ kerana perlawanan masih belum bermula. Ketika ini, separuh masa kedua […]
FAM Sudah Siasat, Keputusan Pengadil Kedah-JDT Adalah Tepat

Tiada sebarang keputusan kontroversi ataupun kesilapan yang dibuat pengadil, Hamdan Awang ketika perlawanan antara Kedah Darul Aman FC dan Johor Darul Takzim (JDT) pada Selasa lalu. Demikian rumusan dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Penilaian Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), setelah mereka mengkaji laporan dikemukakan oleh Penilai Pengadil. Dalam aksi di Stadium Darul Aman tempoh hari, […]
Tanpa Bergson dan Forestieri, Tajamkah Serangan JDT Berdepan Sri Pahang?

Johor Darul Takzim (JDT) bertandang ke Kuantan untuk pertembungan Liga Super menentang Sri Pahang, tanpa kelibat beberapa pemain utama. Selain khidmat pemain pertahanan, Shane Lowry yang tersisih kerana patah siku, Harimau Selatan turut tidak dapat menurunkan penjaring terbanyak liga, Bergson da Silva. Bergson yang mendahului carta penjaring dengan 25 gol, menjalani penggantungan perlawanan gara-gara kad […]
JDT Sahkan Shane Lowry Patah Siku

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shane Lowry dilaporkan mengalami kecederaan serius pada pertembungan menentang Kedah Darul Aman semalam. Shane yang menjadi tunjang pertahanan JDT sejak dua musim kebelakangan ini turun dalam kesebelasan utama pasukan di tempat lawan semalam. Kereta kebal berusia 33 tahun ini beraksi dengan cukup cemerlang sebelum terpaksa diusung keluar akibat kecederaan. […]
Khuzaimi Pertahan Devan, Beliau Bukan Rehatkan Pemain Sesuka Hati

Tindakan jurulatih Negeri Sembilan, K.Devan merehatkan ramai pemain tonggak ketika tewas besar 0-5 kepada Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu lalu, diketahui mengundang kecaman dari penyokong setia pasukan itu. Apatah lagi, ia adalah perlawanan yang cukup penting untuk pasukan hoben jang hoben untuk terus menyalakan peluang menghuni kedudukan tiga teratas yang kini menjadi pertarungan tiga […]
“Tunjukkan Karakter Sama Apabila Menentang JDT”

Pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh tidak mahu pasukannya hanya kelihatan garang apabila menentang pasukan bermasalah. Sri Pahang yang sebelum ini tewas dua perlawanan berturut-turut, bangkit melakar kemenangan bergaya 4-1 ke atas Sarawak United di tempat lawan pada Sabtu lalu. Kemenangan itu menyaksikan mereka kekal dalam landasan untuk mengakhiri kempen liga musim ini di kedudukan lima […]
Bergson Pecah Rekod Lagi

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva terus memecahkan rekod apabila bergelar penjaring terbanyak pasukan dalam satu musim. Pemain kelahiran Brazil ini menjadi tunjang utama untuk mengetuai jentera serangan Harimau Selatan sejak dua musim lalu. Ketenangan dan juga ketajaman bekas penyerang Fortaleza ini sentiasa menjadi igauan pertahanan lawan tatkala kelibatnya di atas padang […]
“Dulu LTK Tak Pandang Pun Saya” – Arif Aiman

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mengakui bahawa bakatnya kurang diberi perhatian oleh Lim Teong Kim yang dahulu merupakan pelatih AMD. Pemain kelahiran Pahang ini turut menyatakan bahawa sewaktu beliau beraksi di AMD, beliau hanya menjadi pemain simpanan. Namun, kini pemain berusia 20 tahun ini baru sahaja berjaya membantu pasukannya JDT menjadi […]
JDT Juara Liga Super 2022

Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bergelar selaku juara Liga Super apabila menewaskan Negeri Sembilan sambil Sabah FC tewas kepada Terengganu FC untuk mengesahkan kejuaraan. Harimau Selatan turun dalam perlawanan ini dengan prestasi terbaik selain anak didik K. Devan juga mahu mencuri mata di gelanggang lawan. Walau bagaimanapun, pasukan kendalian Hector Bidoglio tidak mahu melepaskan […]
TMJ: 2022 Tahun Luar Biasa JDT

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan perjalanan JDT pada musim ini amat cemerlang namun yakin pasukannya masih mampu mengecapi sesuatu. Baginda dalam satu kenyataan menyifatkan bahawa tahun 2022 menjadi tahun yang amat baik buat Harimau Selatan namun masih belum tamat. TMJ turut melihat bahawa pelbagai kejayaan telah pun berjaya dikecapi bermula […]
Sadek Mustaffa Nasihatkan Sumareh Keluar Dari JDT

Penurunan prestasi pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh semakin mendapat perhatian banyak pihak yang acap kali mempersoalkan sumbangan beliau ketika beraksi untuk skuad kebangsaan. Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa merasakan masih ada masa buat Sumareh mengembalikan semula sentuhan berbisa beliau seperti sebelum ini dengan syarat beliau berhijrah ke pasukan lain demi minit permainan. […]
Tonton: Gerakan Tenang Bersahaja Afiq Fazail ‘Ala’ Futsal Berdepan Terengganu

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Afiq Fazail sekali lagi membuktikan mengapa posisinya di JDT tidak tergugat menerusi satu persembahan luar biasa pada pentas final Piala FA. Perancang berusia 27 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama untuk bergandingan bersama Leandro Velazquez dan juga Natxo Insa. Persefahaman yang wujud antara mereka bertiga sememangnya berjaya mematahkan […]
TMJ & RMS Duduk Semeja Bincang Pembangunan Bola Sepak

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bertemu dengan DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor hari ini untuk tujuan perbincangan bola sepak. Baginda Tunku yang turut disertai oleh para pegawai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan satu perjumpaan dengan delegasi Selangor FC di […]
Musim Terakhir Arif Aiman Di Liga-M?

Perlawanan akhir Piala FA 2022 pada tahun ini berkemungkinan besar adalah perlawanan terakhir buat pemain sayap Johor Darul Ta’zim(JDT), Arif Aiman Hanapi. Menurut satu ciapan di Twitter Kejar Bola, pemain terbaik perlawanan Piala FA 2022 itu bakal berkelana ke kelab lain pada tahun hadapan. Beliau jelas berada dalam kelas tersendiri kerana konsistensi yang ditampilkan serta […]