Trio Serangan JDT Kini Di Mata Dunia

Umum mengetahui Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya memenangi kesemua piala yang dipertandingkan di peringkat domestik. Selain memenangi kesemua piala, JDT juga berjaya memenangi Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut. Kejayaan pasukan JDT itu turut dihiasi dengan ketajaman luar biasa trio serangan mereka yang terdiri daripada Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Arif Aiman. […]

“Piala AFF Adalah Piala Yang Mengacau Pemain” – TMJ

Baru-baru ini, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon mengakui tidak pernah menghadapi situasi kehilangan tonggak utama menjelang sesebuah kejohanan. Seramai 12 pemain yang tidak dapat menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022. Situasi tersebut menimbulkan tanda tanya peminat bola sepak tanah air yang pasti mengharapkan skuad kebangsaan dapat melakar kejayaan dalam […]

Diogo Luis Santo Dikaitkan Kembali Ke JDT

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo dikaitkan dengan kepulangan semula ke Malaysia bersama bekas majikannya. Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tunjang utama buat Harimau Selatan ketika bersama mereka sekitar tahun 2019. Beliau menjadi watak penting apabila ketajaman penyudahnya telah membaqa banyak kejayaan buat JDT selain memacu cabaran pasukan di pentas Asia. […]

Shahrom Kalam Rungkai Rahsia Musim Cemerlang JDT

Gergasi bolasepak tanah air, JDT telah meletakkan satu penanda aras yang cukup tinggi, dan hampir pasti tidak mungkin dapat diulangi oleh mana-mana pasukan lain dalam kancah liga domestik. Mereka mengharungi 35 perlawanan tanpa tewas dalam laluan untuk melakar sejarah hebat, bermula dengan menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah, dan selepas itu memenangi tiga trofi utama […]

JDT Bakal Sambar Penyerang Brazil Tahun 2023

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengesahkan bahawa kelab akan membawa masuk penyerang kelahiran Brazil musim 2023. Menerusi satu kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers, TMJ memaklumkan bahawa akan ada perubahan yang dilakukan bagi mempersiapkan pasukan menjelang musim baharu. Katanya, perubahan ini disebabkan pasukan mahu […]

Esteban Solari Ganti Héctor Bidoglio Sebagai Ketua Jurulatih JDT

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan bahawa JDT akan membawa masuk jurulatih haharu pada musim 2023. Menerusi satu kenyataan hari ini, baginda memaklumkan bahawa antara salah satu perubahan yang dilakukan oleh pasukan adalah dengan memantapkan barisan kejurulatihan. Katanya, jurulatih baharu ini akan dibawa bagi menggantikan peranan […]

Saham Feroz Baharudin Meningkat 100%

Nilai pasaran pertahanan muda pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Feroz Baharudin kini dilaporkan meningkat dengan begitu mendadak baru-baru ini. Pemain kelahiran Kota Tinggi, Johor itu kini mula mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan di bawah kendalian Hector Bidoglio. Beliau juga menjadi tunjang utama di barisan pertahanan selain beraksi dalam beberapa perlawanan penting termasuklah […]

“Hanya Sri Pahang Yang Berjaya Curi Mata di Gelanggang JDT Tahun Ini” – Gamel

JDT mengharungi musim 2022 penuh gilang gemilang, mereka melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan kelab lain. Bukan sahaja menjulang tiga kejuaraan utama iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ditambah Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih) tetapi lebih menarik tidak tewas dalam kesemua 35 perlawanan domestik. Dalam 35 perlawanan tersebut, 18 perlawanan adalah di gelanggang […]

Borussia Dortmund Benam Cabaran JDT

Borussia Dortmund meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan kedua jelajah Asia mereka selepas membenam cabaran JDT 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Sebaik sepak mula, Der BVB mengasak anak-anak buah Hector Bidoglio. Seawal minit kedua, penjaga gol dan kapten Harimau Selatan Farizal Marlias dipaksa bekerja keras menafikan percubaan penyerang Belanda Donyell Mallen. Bagaimanapun, gawang JDT […]

“Dia Boleh Bawak Aku Duduk Sini?” – Azad Jasmin

Respon yang diberikan oleh selebriti terkenal tanah air, Azad Jasmin mendapat perhatian warganet ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari. Beliau yang mesra disapa dengan panggilan Pak Azad itu kelihatan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menonton pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor. Walau bagaimanapun, beliau yang hadir bersama rakan-rakannya seolah-olah […]

Legenda Portugal Bangga Dengan Pencapaian TMJ

Legenda bola sepak Portugal, Luis Figo amat berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini. Malam tadi, JDT baru sahaja mengesahkan kejuaraan keempat bagi musim ini selepas berjaya menewaskan Selangor pada perlawanan terakhir Piala Malaysia 2022 dengan keputusan […]

JDT Juara Piala Malaysia Tewaskan Selangor

Pertembungan final Piala Malaysia malam ini menyaksikan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor berlangsung di Stadium Bukit Jalil berakhir dengan keputusan 2-1. Pasukan kendalian Tan Cheng Hoe bermula dengan cukup baik seawal minit permainan apabila serangan yang direncana Caion dan Mukhairi Ajmal hampir membuahkan hasil.  Pada minit ke-45 permainan, Selangor berjaya membuka jaringan menerusi […]

JDT Mara Ke Final Piala Malaysia Mudah Tewaskan Sabah

JDT muncul pasukan pertama layak ke final Piala Malaysia musim ini selepas berjaya menundukkan Sabah dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim. Berbekalkan kelebihan tipis 1-0 dari perlawanan pertama di Kota Kinabalu, JDT mengasak pasukan pelawat sejak dari awal perlawanan. Bagaimanapun, beberapa percubaan awal tuan rumah berjaya dinafikan penjaga gol Sabah […]

Tiket JDT vs Sabah Di Stadium Sultan Ibrahim Habis Terjual

Tiket bagi pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah difahamkan telah habis terjual. Perlawanan separuh akhir Piala Malaysia ini bakal berlangsung di gelanggang keramat Harimau Selatan iaitu Stadium Sultan Ibrahim mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Hal ini susulan hasrat untuk melihat juara Liga Super dan Piala FA ini untuk terus melangkah ke pentas […]

Saddil Ramdani Mahu Rakan Sepasukan Buang Jauh Tanggapan JDT Tak Boleh Ditewaskan

Defisit satu gol tidak mustahil dapat dipadamkan jika dapat mengulangi permainan bertenaga sepertimana di Likas. Demikian keyakinan dibawa Sabah ke Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia menentang JDT pada Ahad ini. Pemain sayap lincah sang badak, Saddil Ramdani berkata perkara paling penting adalah dia dan rakan sepasukan perlu membuang jauh […]

Saraf Otak Amri Yahya Tak Pernah Berehat

Penyerang Sabah, Amri Yahya melakukan tindakan tak masuk akal apabila beliau mengesel kakinya di sudut sepakan penalti sebelum diambil oleh penyerang JDT, Bergson Da Silva. Tindakan Amri Yahya itu mengundang padah apabila pengadil perlawanan mengesan perkara tersebut dan terus melayangkan kad kuning kepadanya. Kemudiannya, Bergson gagal menyempurnakan penalti tersebut kerana sepakan deras beliau berjaya di […]