TMJ Berhati Emas, Jiwa Bola Sepaknya Sering Disalah Erti

Usaha Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) untuk melihat bola sepak Malaysia terus maju dan berkembang pesat diusahakan dengan pelbagai cara. Baginda memacu kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan penuh pencapaian gemilang sehingga menjadikan jenama JDT mekar di serata dunia. Bukan itu sahaja, usaha murni ini diteruskan apabila Baginda amat cakna dan […]

Rasmi: Syihan Hazmi Sertai JDT

Penjaga gol utama pasukan kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2023. Pasukan kendalian Esteban Solari ini sudah pun diperkasakan dengan beberapa muka baharu antaranya ialah kemasukan semula bekas penyerang, Diogo Luis Santo daripada BG Pathum. Skuad Harimau Selatan juga secara rasminya telah mendapatkan khidmat […]

Esteban Solari Kendali Latihan Pertama JDT Penuh Bergaya

Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari sudah pun memulakan latihan bersama pasukan menjelang aksi pra musim 2023. Pengendali kelahiran Argentina itu merupakan jurulatih yang masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hector Bidoglio. Hector kini telah pun diangkat menjadi Pengarah Teknikal JDT sekaligus menyaksikan muka baharu bakal mengemudi skuad Harimau Selatan musim […]

Penyokong Thailand Kesan Gelagat Syihan Lumpuhkan Mental Serangan Thailand

Penjaga gol pasukan kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi mendapat pujian daripada para penyokong Thailand susulan tindakan perang psikologinya ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari. Beliau terus mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Harimau Malaya untuk mengemudi gawang gol pasukan negara sehingga kini. Namun begitu, aksi bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini jelas berjaya mencuri perhatian […]

Pengganti Hydee Agras Sudah Ditemui

Juara Liga Super 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengorak langkah yang cukup proaktif apabila membawa masuk seorang pakar analisis bagi menggantikan posisi Hydee Agras. Individu tersebut difahamkan adalah bekas penganalisis bersama skuad gergasi di La Liga, Rayo Vellecano kini secara rasmi bakal memperkuat JDT bagi musim baharu. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman […]

JDT Bawa Masuk Oscar Arribas

Juara empat trofi musim lepas, JDT semakin bersemangat melakar pencapaian lebih gemilang dalam Liga Super musim 2023. Selepas berjaya membawa masuk Diogo Luis Santo dan Endrick Dos Santos, JDT membawa masuk pemain berdarah Sepanyol-Filipina, Oscar Arribas. Pengumuman pemain import terbaru JDT itu dibuat di laman media sosial rasmi JDT hari ini. Arribas dijangka mengisi kuota […]

JDT Rasmi Tandatangani Juan Muñiz

Spekulasi mengenai perpindahan seorang lagi pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terjawab apabila individu tersebut ialah Juan Muniz. Pemain berusia 31 tahun itu secara rasminya akan memperkuatkan pasukan Harimau Selatan dalam misi memburu kejuaraan pada musim hadapan. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, JDT sah akan mendapatkan khidmat pemain tengah menyerang kelahiran Sepanyol […]

Junior Eldstal Sertai Kelab Thailand, PT Prachuap FC

Pemain kelahiran England-Malaysia, Junior Eldstal baru sahaja sah diumumkan sebagai pemain baharu pasukan dari Thailand, PT Prachuap.  Difahamkan, pemain berusia 32 tahun itu sertai kelab tersebut dengan kuota ASEAN.  Junior Eldstal, menyertai Johor Darul Ta’zim pada bulan Julai yang lalu. Namun, beliau tidak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama JDT.  Sebelum ini, bekas pemain JDT ini […]

Endrick Dos Santos Akan Didaftarkan Sebagai Warganegara Malaysia

Perancang tengah baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Endrick Dos Santos akan didaftarkan selaku pemain tempatan pasukan musim ini. Pemain berusia 28 tahun itu merupakan antara pemain import paling lama beraksi di Malaysia bersama beberapa buah kelab sebelum ini. Bintang kelahiran Brazil ini bagaimanapun mencuri tumpuan pasukan Harimau Selatan  yang akhirnya mendapatkan tandatangan beliau untuk memantapkan […]

Endrick Dos Santos Pemain Import Terbaru JDT

Selepas membawa kembali Diogo Luis Santo ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), seorang lagi pemain Brazil telah menyertai skuad JDT. Pemain tersebut ialah bekas pemain tengah Penang FC, Endrick Dos Santos. Pengumuman perpindahan tersebut dibuat Harimau Selatan menerusi hantaran video di laman media sosial mereka hari ini. Memulakan kariernya di Ypiranga (Brazil), dia mula dikenali penyokong […]

Esteban Solari Diumum Selaku Jurulatih Baharu JDT

Pengendali baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari secara rasminya diumumkan selaku jurulatih pasukan bagi musim 2023. Bekas pemain kebangsaan Argentina ini sudah pun dimaklumkan bakal mengambil peranan Hector Bidoglio yang kini berperanan selaku pengarah teknikal skuad Harimau Selatan musim hadapan. Pengendali berusia 42 tahun itu merupakan pembantu jurulatih Argentina sebelum ini mendapat kepercayaan daripada […]

TMJ: Ada Lagi 3

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bahawa kelab akan membawa masuk tiga lagi muka baharu bagi saingan musim 2023. Prestasi pasukan Harimau Selatan ini amat memberangsangkan dalam kempen musim 2022 selepas mereka berjaya melangkah dengan penuh gemilang dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL). Malah, […]

Diogo Luis Santo Kembali Sertai JDT

Tatkala pasukan-pasukan Liga Super lain rancak membuat persiapan pada musim hadapan, JDT dilihat berahsia tentang usaha perpindahan yang digerakkan. Tetapi satu nama sah akan menyarung jersi Harimau Selatan musim hadapan iaitu Diogo Luis Santo. JDT mengumumkan ketibaan pemain import dari Brazil itu menerusi hantaran video di medium laman media sosial mereka hari ini. Diogo bukan […]

Stadium Sultan Ibrahim Dilengkapi Dengan Sistem Saliran Terbaik Di Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim membuktikan kualiti dan kelas yang tersendiri dari segenap sudut dan ruang dalam binaannya. Stadium berkelas dunia itu yang telah pun dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan bertaraf antarabangsa kini mempunyai sistem saliran yang berkualiti tinggi. Menerusi satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, stadium Harimau Selatan itu merupakan satu-satunya stadium yang dilengkapi dengan […]

Peluang Buat Rakyat Malaysia Saksikan Ronaldo Beraksi Di Malaysia

Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk melihat aksi lagenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo yang berkemungkinan akan beraksi di Malaysia. Dunia digemparkan dengan berita perpindahan bekas penyerang berbisa Real Madrid ini yang telah membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Eropah untuk berkelana di Al-Nassr, sebuah kelab Arab Saudi di Asia. Pemain berusia 38 tahun itu akan memperkuatkan […]

Azrif Nasrulhaq Perkuat Kesebelasan Sri Pahang

Selepas kempen hambar dalam Liga Malaysia musim lepas, Sri Pahang mula menggerakkan beberapa perpindahan menarik. Selepas Fadhli Shas dan Izham Tarmizi Roslan, giliran Azrif Nasrulhaq pula menyertai pasukan Tok Gajah itu. Seperti perpindahan Izham Tarmizi, Azrif dipinjam selama semusim oleh Sri Pahang dari JDT. Perpindahan kedua-dua pemain ini diumumkan Sri Pahang dalam laman media sosial […]