Liga Super: JDT ‘Tawan’ Sabah Di Likas

Aksi Liga Super 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Sabah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan LS19 yang berlangsung di Stadium Likas memihak kepada pasukan pelawat. Sabah bermula garang apabila berjaya membuka akaun jaringan pada minit 13 permainan. Rembatan deras Jafri Firdaus Chew dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan […]
Kualiti Heberty Mampu Lonjakkan JDT

Kehadiran penyerang baru Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dari Brazil, Heberty Fernandes bakal membawa jentera serangan pasukan itu ke tahap yang berbeza. Ini berdasarkan pandangan dua bekas penyerang Selangor, Nizaruddin Yusof dan Azman Adnan. Nizaruddin melihat bekas penyerang Muangthong United itu bukan saja pengganti jangka pendek buat Diogo Luis Santo dan Fernando Forestieri yang mengalami […]
Akademi JDT Terus Unggul, Muncul Juara Liga Suparimau

JDT terus mengukuhkan jenama bola sepak mereka menerusi kecemerlangan para pemain akademi apabila skuad bawah 12 tahun JDT berjaya merangkul kejuaraan Liga Suparimau 2023. Skuad bawah 12 tahun JDT mengalahkan pasukan Shining FC bawah 12 tahun dengan jaringan 5-0 untuk muncul juara Liga Suparimau 2023 Johor Season B. Dengan kejuaraan ini, Akademi JDT sekali lagi […]
JDT Pasang Padang Hybrid Pertama Di Malaysia

Pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC mencipta sejarah tersendiri dengan memasang padang rumput hybrid pertama di Malaysia. Padang rumput hybrid ini dipasang di Stadium Larkin seperti yang dikongsikan pengurusan Harimau Selatan dalam satu video hari ini. Padang rumput hybrid terhasil menerusi campuran rumput semulajadi dengan rumput tiruan. Cara ini dicapai melalui […]
Skuad Muda JDT Raih Kemenangan Berganda Tewaskan Akademi Australia

Program akar umbi Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terus menunjukkan kemajuan yang signifikan. Terbaru, skuad B-16 dan B-14 JDT FC berjaya meraih kemenangan ke atas Akademi 2 Halfs Football Development dari Australia. Untuk aksi pasukan B-14, ubi muda Harimau Selatan menunjukkan penyudah mereka setajam skuad senior dengan membelasah lawan mereka itu dengan keputusan 6-0. Pasukan […]
Persiapan Pemain JDT Disifatkan Unik

Persiapan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dalam menghadapi hari perlawanan dianggap lain dari yang lain dan menjadi resepi kejayaan mereka musim ini. Pandangan ini diungkapkan oleh Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Manap. Ini kerana anak-anak buah Tano Solari tidak melihat sebagai pasukan yang kuat tetapi menganggap diri mereka pasukan yang lemah. Justeru, […]
MPFL: JDT Mara Ke Final, Belasah Selangor TOT United

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) FC membelasah Selangor Tot United 8-3 dalam aksi kedua separuh akhir MPFL 2023 hari ini. Ini sekaligus membolehkan JDT FC mara ke final MPFL 2023 dengan keputusan agregat 15-8. Selangor TOT muncul di Stadium Tertutup Pasir Gudang dengan harapan merapatkan jurang agregat selepas tewas 7-5 dalam aksi pertama separuh […]
Medik JDT & Selangor Berganding Bahu Rawat Kecederaan Richmond Boakye

Aksi Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dan Selangor FC semalam menyaksikan pasukan perubatan kedua-dua pasukan bekerjasama merawat kecederaan penyerang pelawat, Richmond Boakye. Suasana cemas di Stadium Sultan Ibrahim timbul apabila penyerang Ghana itu tidak sedarkan diri. Ini selepas beliau terhantuk kepala dengan rakan sepasukan Samuel Somerville pada minit kesembilan. Sebaik menyedari situasi kecederaan […]
JDT Penuhi Impian Pesakit Cilik

Pesakit cilik, Muhammad Rayyan Mikail Mohd Yazid amat bertuah kerana Johor Darul Ta’zim (JDT) FC merealisasikan dua impiannya yang terbuku dalam hati. Dua impian tersebut ialah mengunjungi Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan bertemu dengan dua pemain pujaannya, Safiq Rahim dan Safawi Rasid. Justeru, pada hari ini, JDT FC mengatur satu lawatan khas ke SSI dan […]
Radamel Falcao Hampiri Perpindahan Ke Asia

Hasrat untuk melihat kelibat penyerang lagenda Colombia, Radamel Falcao beraksi di Asia masih lagi bernyala. Pemain berusia 37 tahun itu merupakan peledak yang digeruni pada era kegemilangannya dan pernah beraksi bersama beberapa buah kelab gergasi Eropah. Beliau kini bersama kelab La Liga, Rayo Vellecano difahamkan menerima tawaran lumayan dari kelab di Asia yang berminat untuk […]
Giancarlo Gallifuoco Tetap Bangga Dengan Perjuangan Hebat KL City

Bek tengah KL City FC, Giancarlo Gallifuoco tetap bangga dengan usaha yang ditampilkan pasukan itu walaupun tewas 2-0 kepada juara Piala FA 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC. Ini kerana The City Boys menunjukkan persembahan mantap pada separuh masa pertama dan hampir-hampir mengejutkan tuan rumah menerusi Matko Zirdum dan T. Saravanan. Walaupun tewas 2-0 pada […]
“Saya Terhutang Budi Kepada Natxo Insa” – Hong Wan

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Hong Wan mengakui banyak terhutang budi dengan pemain tengah veteran Natxo Insa selepas menyertai pasukan itu. Pemain tengah berdarah Sepanyol-Malaysia itu banyak membantu pemain muda berusia 22 tahun itu menyesuaikan diri bila tiba di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada musim panas 2021. Atas sebab itulah, Hong Wan mampu […]
JDT vs KL City: JDT Juara Piala FA Tewaskan KL City

Gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengatasi KL City FC 2-0 pada aksi final Piala FA 2023. Separuh masa pertama menyaksikan City Boys hampir mendahului pada minit ke-16 menerusi percubaan Matko Zirdum. Malangnya, bola tolakannya berjaya dinafikan penjaga gol JDT FC, Syihan Hazmi Mohamed. Tuan rumah terus […]
Ubi Muda JDT Diikat Kedah

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) IV terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-1 dalam aksi Piala Belia 2023 hari ini. KDA FC yang dibimbing Muhammad Taufiq Abdullah tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi Muhammad Ilham Kamarul Hisham pada minit keempat. Tersentak, pasukan pelawat yang dibimbing Juan Miguel Munoz […]
“Ini Akan Menjadi Aksi Final Yang Sangat Baik” – Jordi Amat

Fokus kini tertumpu kepada pertemuan JDT dan KL City dalam perlawanan akhir Piala FA 2023. Pertahanan JDT, Jordi Amat beranggapan ini akan menjadi aksi final yang sangat baik. Motivasi para pemain JDT kini sedang memuncak dan mereka berharap bakal peroleh kemenangan dalam perlawanan akhir kelak. Walau bagaimanapun, para pemain tetap perlu fokus dan bersedia dengan […]
Tano Solari Masih Tiada Jawapan Mengenai Corak KL City Bermain

Menjelang pertemuan akhir Piala FA 2023 antara JDT dan KL City, Tano Solari memaklumkan bahawa beliau masih tiada jawapan tentang corak permainan yang bakal KL City persembahkan kelak. Ketua jurulatih pasukan JDT itu mengakui perlawanan akhir ini amat penting buat pasukan JDT. Mereka sentiasa menunggu peluang ini dan ingin meraih kemenangan. Solari juga memberitahu dalam […]