Azam Azmi Kekal Di Terengganu Dengan Status Berbeza?

Penyokong Terengganu FC berpeluang melihat Azam Azmi Murad menyarung jersi pasukan itu pada musim depan. Ini kerana bek kanan berusia 22 tahun itu akan kembali menyertai skuad Peteh secara pinjaman untuk musim 2024-2025. Mengikut keterangan wartawan MakanBola, Faris Zukeiman, Azam bakal memuktamadkan perpindahan tetap ke Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terlebih dahulu. Setelah itu, […]
Aidil Zafuan: Saya Menanti Langkah Seterusnya Di JDT

Bek tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Aidil Zafuan Abdul Radzak secara rasmi telah menggantung but beliau hari ini. Perkara ini diumumkan sendiri oleh beliau menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya. Sepanjang 11 tahun bersama Harimau Selatan, Aidil telah menjulang 26 buah trofi termasuk Liga Super dan Piala Malaysia 2023. Walaupun mengakui tempoh […]
Aidil Zafuan Antara 5 Tonggak Penting Tinggalkan JDT

Perancangan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengurangkan perbelanjaan musim hadapan menyaksikan lima tonggak penting akan meninggalkan pasukan. Aidil Zafuan, S. Kunanlan, Ahmad Hazwan Bakri, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo antara pemain yang tidak lagi bersama JDT untuk musim hadapan. Diogo telah mengumumkan persaraan daripada bola sepak manakala 5 lagi pemain akan […]
JDT Kumpul Mata Lebih Tinggi Berbanding Man United Dalam Ranking Kelab FIFA

Selepas menggondol trofi demi trofi dalam tempoh sedekad, nama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semakin disegani sebagai pasukan gergasi tanah air. Malah, nama pasukan dari selatan Malaysia itu semakin menyerlah di pentas Asia berdasarkan kedudukan terkini kelayakan kelab Asia ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025. Ketika ini, JDT berada di tangga ke-11 ranking kelayakan […]
Zaquan Adha Mahu Bergandingan Semula Dengan Aidil Zafuan

Zaquan Adha menyatakan hasrat beliau untuk bergandingan semula bersama kembarnya, Aidil Zafuan sebelum bersara daripada arena bola sepak. “Memang menjadi impian saya namun hala tuju Aidil dan saya ketika ini berbeza kerana kami mempunyai pilihan tersendiri.” “Kami bermain bola daripada mulanya bersama dan kalau boleh saya mahu mengakhirinya bersama-sama juga.” ujar Zaquan sewaktu ditemu bual […]
Syihan Hazmi Jalani Latihan Intensif Sebelum Ke Piala Asia

Syihan Hazmi kini dikesan menjalani latihan intensif sebelum menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada 26 Disember ini. Penjaga gol berusia 27 tahun itu tampil komited melakukan latihan sendiri sebagai persediaan ke Piala Asia Qatar pada Januari tahun hadapan. Kejohanan besar Piala Asia sememangnya menuntut para pemain agar lebih bersedia menghadapi cabaran hebat pasukan […]
Laman Pencari Bakat Terkemuka Mula Berbicara Tentang Arif Aiman

Bakat besar yang dimiliki pemain sayap negara, Arif Aiman Hanapi terus menjadi tumpuan peninjau bakat. Terbaru, Emirhan Scouting mempersembahkan analisis mereka tentang tonggak utama Harimau Selatan itu awal pagi tadi. Dari segi kelebihan yang dimiliki pemain berusia 21 tahun itu, Arif kelihatan tenang setiap kali menerima dan mengawal bola. Ini ditambah dengan kemahiran teknikal yang […]
JDT Derma RM2.9 Juta Untuk Palestin & Aktiviti Kebajikan

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sentiasa cakna dengan aktiviti kebajikan sosial terutama penderitaan rakyat Palestin. Lantaran itu, pengurusan Harimau Selatan mengumumkan derma berjumlah RM2.9 juta untuk Palestin dan aktiviti-aktiviti kebajikan Yayasan JDT di Johor Southern Tigers hari ini. Daripada RM2.9 juta, RM1.017 juta akan didermakan untuk membiayai aktiviti kemanusiaan buat rakyat Palestin. Wang ini […]
Pahang Rangers Nafi Ada Taktik Kotor Perpindahan Pemain Ke JDT

Arena futsal negara panas apabila skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dituduh melakukan salah laku dalam mendapatkan pemain Pahang Rangers. Susulan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Dan tidak lama selepas itu, giliran Pahang Rangers mengeluarkan kenyataan menafikan wujud salah laku membabitkan perpindahan pemain ke Harimau Selatan. […]
Alistair Edwards: Tidak Terjadi Salah Laku, JDT Guna Saluran Yang Sepatutnya

Arena futsal negara panas susulan dakwaan skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menggunakan kaedah salah untuk mendapatkan pemain Pahang Rangers. Hal ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards menerusi satu kenyataan di JDT Futsal. Beliau menyatakan pasukan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) itu menggerakkan proses perpindahan mengikut saluran yang […]
Perak Tunaikan Hasrat Besar Yusri Che Lah

Persediaan Yusri Che lah membentuk pasukan baharu untuk musim hadapan kini disambut baik pihak pengurusan Perak. Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah pastinya sudah mempunyai perancangan tersendiri dan kini Perak sudah memulakan rundingan untuk membawa beberapa pemain baharu. Perak kini sedang berunding dengan Terengganu untuk membawa masuk penyerang muda, Azfar Fikri yang pernah bermain untuk […]
Diogo Umum Persaraan Mengejutkan

Penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Diogo Luis Santo mengejutkan ramai penyokong Harimau Selatan dengan mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak. Pengumuman mengejut itu dibuat menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya hari ini. Diogo, 36, menyifatkan masa ini sebagai masa paling tepat untuk berundur meskipun mengakui keputusan ini amat berat untuk dilakukan. Bekas […]
“Fokus Kepada Kelab Sendiri, Kami Dah Terlampau Jauh” – TMJ

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menasihati kelompok tertentu agar fokus kepada kelab masing-masing. Ini kerana pada hemat baginda, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kini berada pada tahap berbeza dan terus mencipta rekod demi rekod setiap tahun. Justeru, Tunku Ismail melihat sudah tiba masanya usaha membanding-bandingkan […]
JDT Terpahat Dalam Malaysia Book Of Records

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencipta sejarah apabila nama pasukan itu tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Ini selepas penggunaan 1,010 dron untuk pertunjukan cahaya malam Decade of Dominance direkodkan sebagai yang terbanyak pernah digunakan untuk pertunjukan cahaya. Perkara ini dinyatakan pengurusan Harimau Selatan menerusi satu hantaran di halaman Johor Southern Tigers. […]
Syihan Hazmi Penjaga Gol Terbaik Liga Super

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Syihan Hazmi Mohamed terus membuktikan dirinya sebagai penjaga gol terbaik Malaysia ketika ini. Ini selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan bilangan rekod tanpa bolos yang direkodkan penjaga gol sepanjang musim 2023. Syihan menerajui carta dengan rekod tanpa bolos sebanyak 19 kali, jauh meninggalkan penjaga gol Kedah […]
“Tidak Akan Ada Lagi Kelab Macam JDT Kerana Hanya Ada Satu TMJ”

Kejayaan dominasi Johor Darul Ta’zim FC (JDT) dalam tempoh sedekad tidak akan berlaku tanpa pengaruh Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Perkara ini ditegaskan oleh baginda apabila mengulas kejayaan yang ditempa Harimau Selatan termasuk Liga Super musim 2023. Tunku Ismail mengingatkan kejayaan yang diraih JDT tidak akan berlaku […]