Wakil Chonburi Akui Kekuatan JDT Tidak Berubah Tanpa Ramai Tonggak Utama

Setiausaha Chonburi FC, Thitigorn Artwarin mengakui kekuatan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kekal utuh meskipun tanpa kelibat ramai tonggak utama. Hal ini dikongsikan beliau menerusi satu hantaran di Facebook. Thitigorn menjadi sebahagian daripada rombongan The Sharks yang menyertai kem latihan di Johor Bahru, Johor baru-baru ini. Kem ini turut menyaksikan perlawanan pemanas badan antara […]

TMJ Kongsi Pelan Jangka Panjang Hafizh Syahrin Bersama JDT Racing Team

Kejayaan Hafizh Syahrin menduduki tempat kedua dalam perlumbaan kedua Asian Road Racing Championship (ARRC) di Thailand hujung minggu lalu menyingkap pelan seterusnya TMJ bersama JDT Racing Team. Ahad lalu, Hafizh bersama JDT Racing Team berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua di Litar Antarabangsa Chang setelah kecewa gagal menamatkan perlumbaan pertama akibat masalah teknikal. Hafizh […]

Skuad Muda JDT Tewas Tipis Kepada Chonburi

Pasukan dari Liga Thai 1, Chonburi berangkat ke bumi Johor untuk mengharungi dua perlawanan latihan sebelum Liga Thailand kembali bersambung minggu hadapan. Ketika ini, saingan Liga Thai 1 sedang berehat bagi memberi laluan kepada skuad kebangsaan yang sedang menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2026. Seramai 23 pemain telah disenaraikan pengendali pasukan, Witthaya Lahakul bagi aksi […]

JDT Tewas Mengejut Kepada Police Tero

Pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terpaksa menelan kepahitan apabila tewas mengejut 3-2 kepada Police Tero dalam aksi pra-musim terbaru mereka. Keputusan ini turut dikongsikan oleh laman media sosial rasmi Police Tero hari ini. Kemenangan ini menebus kekecewaan yang dialami The Silver Shield Dragon selepas tewas 5-0 kepada lawan sama sebelum […]

Dua Bekas Mesin Gol Bakal Kembali Ke Malaysia Dengan Tugas Berbeza

Nama dua penyerang Chonburi FC dijangka dikenali peminat bola sepak Malaysia apabila mereka diturunkan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) nanti. Dua penyerang yang dimaksudkan ialah duo Brazil, Herlison Caion dan Willian Lira. Meskipun Caion dan Lira kini beraksi di Thailand, bisa mereka sebagai peledak dalam Liga Malaysia (Liga M) masih diingati sehingga hari […]

Giliran Chonburi Bakal Jejakkan Kaki Ke Johor Bahru

Sebuah lagi kelab dari Thailand bakal menjejakkan kaki ke Johor Bahru selepas kehadiran Police Tero pada minggu lalu. Chonburi FC bakal turun menentang jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam dua aksi persahabatan yang dijadualkan pada 20 Mac dan 22 Mac di Stadium Sultan Ibrahim. Seramai 23 pemain akan dibawa Chonburi ke Johor Bahru temasuk […]

JDT Beri Kekalahan Besar Kepada Police Tero

Kelab Thai League 1, Police Tero mengalami kekalahan besar di tangan kelab gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam satu aksi persahabatan tertutup. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) itu menyaksikan The Silver Shield Dragon tewas 5-0 di tangan Harimau Selatan. Berita ini dikongsikan oleh halaman Facebook, JDTFC menerusi […]

JDT Bakal Terbang Ke Sepanyol, 7 Lawan Handalan Menanti

Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan terbang ke bumi Sepanyol bagi menjalani kempen pra-musim sebelum saingan Liga Malaysia 2024/2025 bermula. Dalam satu hantaran yang dimuat naik laman OfficialJohor, kelab dari selatan tanah air itu memaklumkan bahawa mereka bakal berkampung selama dua minggu di sekitar Alicante, Sepanyol. Skuad bimbingan Hector Bidoglio akan menguji kekuatan […]

Tano Solari Kini Dilantik Jurulatih Baru Everton

Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Esteban ‘Tano’ Solari sah bergelar jurulatih baru kelab Chile, Everton de Vina del Mar. Perlantikan jurulatih berusia 43 tahun itu diumumkan kelab berkenaan menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini. Solari menggantikan bekas jurulatih sebelumnya, Francisco Meneghini yang dipecat selepas Everton tewas kepada […]

Identiti Penjaga Gol Baru JDT Masih Samar

Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengumumkan mahu mengambil seorang penjaga gol baru, ramai peminat ingin tahu siapa penjaga gol baru pasukan itu. Ini kerana sehingga artikel ini ditulis, Harimau Selatan masih tidak mendedahkan identiti penjaga gol baru berkenaan. Bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam percaya penjaga gol baru JDT ini sebenarnya penjaga […]

Everton Buru Khidmat Bekas Jurulatih JDT, Tano Solari

Selepas meninggalkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada akhir musim 2023, ramai peminat bola sepak ingin tahu destinasi terbaru jurulatih Argentina, Tano Solari. Kini, wartawan sukan Argentina, Cesar Luis Merlo melaporkan jurulatih berusia 43 tahun itu bakal dilantik sebagai jurulatih baru kelab Chile, Everton de Vina del Mar. Kelab yang diberi jolokan Los Oro […]

Pelapis JDT Catat Kemenangan Besar 8-0 Atasi Geylang International

Skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) meneruskan kemajuan memberangsangkan untuk tahun 2024. Skuad JDT Bawah 13 Tahun (B-13) membuka kempen Singapore Youth League (SYL) dengan meraih kemenangan besar 8-0 ke atas Geylang International FC. Kejayaan ini dikongsikan pengurusan JDT menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan hari ini. Ini dilihat satu […]

RMJ Rasmikan JDT Direct Di Stadium Sultan Ibrahim

Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Raja Muda Johor (RMJ), Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail berkenan merasmikan pembukaan kedai cenderahati rasmi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), JDT Direct Megastore. Perasmian kedai cenderahati ini merupakan sebahagian daripada jadual JDT Fan Fest 2024 yang diadakan pada hari ini. Pembukaan kedai cenderhati rasmi ini membuka […]

JDT Ambil Pendekatan Latihan Berbeza

Waktu latihan yang baharu bakal diterapkan oleh pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi aksi seterusnya Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024. Perkara ini dikongsikan oleh pemain JDT futsal, Abu Haniffa Hasan ketika ditemui selepas perlawanan MPFL menentang Shah Alam City Sabtu lalu. Beliau berkata, sesi latihan di sebelah malam bakal bermula dua minggu […]

Skuad Muda JDT Lakar Kejayaan Bedil Lion City Sailors

Skuad Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III mula meningkatkan persiapan menjelang Piala Presiden musim 2024. Hal ini dicapai dengan membenam skuad Lion City Sailors Bawah 21 Tahun (B-21) 4-1 di Padang Seri Gelam hari ini. JDT III yang memegang status sebagai juara Piala Presiden musim lepas tampak garang dengan menyumbat empat gol dalam perlawanan […]

JDT Sedia Lepaskan Pemain Lebih Awal Ke Kem Latihan Harimau Malaya

Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melepaskan para pemainnya ke kem kebangsaan lebih awal. Perkara ini diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif kelab, Alistair Edwards di media sosial rasmi pasukan bahawa JDT bakal mengikuti dengan melepaskan para pemain ke kem kebangsaan tujuh hari sebelum hari perlawanan. “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan mengikuti praktis global berhubung panggilan […]