“Selangor Ada Misi Besar 10 Mei” – Faisal Halim

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mahu merealisasikan misi besar Selangor FC pada 10 Mei ini. 10 Mei menyaksikan tirai Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 dibuka menerusi perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Merah Kuning turun dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super musim 2023. Sementara Harimau Selatan turun […]

Izham Tarmizi Kembali Sertai JDT

Penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi dikhabarkan dalam perjalanan pulang ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT). Khabar ini dimaklumkan oleh wartawan terkenal Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai kepulangan penjaga gol berusia 33 tahun ini ke kelab selatan tanah air. “Menjelang hari terakhir perpindahan pemain, penjaga gol Izham Tarmizi difahamkan kembali ke JDT dari Sri […]

JDT Tewas Berdepan Wakil Indonesia, Bintang Timur Surabaya

Skuad JDT Futsal terpaksa akur tunduk di tangan gergasi futsal Indonesia, Bintang Timur Surabaya dalam aksi persahabatan antarabangsa. Skuad Harimau Selatan sebelum ini dilaporkan terbang ke Surabaya, Indonesia bagi melakukan persiapan rapi menjelang baki saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2024. Perlawanan yang dilangsungkan secara tertutup pada Sabtu lalu itu menyaksikan Bintang Timur Surabaya bermula […]

Haziq Nadzli Hanya Jadi Penonton Menentang JDT

Penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli disahkan hanya menjadi penonton ketika menentang pasukan yang juga majikan beliau, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025. Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin dalam satu sesi siaran langsung di laman Facebook, TBG Super Fan sebentar tadi. Haziq […]

Skuad Muda Perak Cipta Kejutan Ikat JDT

Saingan Piala Belia 2024 menyaksikan kejutan dilakar Perak FC apabila mengikat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV 1-1 dalam aksi pertama Kumpulan B semalam. Selepas bergelar naib juara Piala Belia 2023, JDT IV yang dibimbing Pedro Collado Celda mahu bangkit dan melakar pencapaian lebih cemerlang musim ini. Sementara Perak yang dibimbing Sathia Kumaran Subramaniam […]

Skuad Futsal JDT Berkelana Di Indonesia

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memanfaatkan tempoh ketiadaan perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) membabitkan pasukan itu dengan berkelana ke Indonesia. Ini selepas pasukan itu memuatnaik siri foto yang menunjukkan mereka berada di Indonesia di platfrom media sosial JDT Futsal. Pasukan yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia memilih Indonesia sebagai persiapan untuk […]

Bintang JDT Kembali Perkuat Pasukan Berdepan Sabah

Khabar baik diterima oleh kem futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila salah seorang bintang mereka kini dijangka kembali memperkuat pasukan dalam masa terdekat. Pemain yang dimaksudkan merupakan Ekmal Shahrin yang merupakan tonggak utama yang berperanan sebagai pivot pasukan JDT sejak musim 2023 yang lalu. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT Futsal, kelibat pemain […]

Magis Ramadhan Saifullah Julang JDT Di Sepanyol

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah mempamerkan aksi memukau dalam perlawanan pra-musim di Sepanyol pada awal pagi Selasa. Pada aksi persahabatan menentang Club Costa City, JDT tampil dengan aksi bertenaga untuk membelasah kelab Sepanyol itu 7-0 dengan dua gol di babak pertama dan baki lima lagi gol dijaringkan di separuh masa kedua. Namun […]

Tunku Ismail Bertemu Luis Figo Dengan Dua Sebab

Peminat bola sepak negara teruja apabila Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan legenda Portugal, Luis Figo. Pertemuan Tunku Ismail dan legenda Real Madrid itu diadakan semalam dalam suasana yang mesra. Pertemuan dua figura berkenaan turut dikongsikan oleh halaman Johor Southern Tigers. Kedua-duanya mengadakan diskusi tentang perkembangan semasa […]

Skuad Muda JDT Belasah KL City 6-0

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) III membuka kempen Piala Presiden 2024 dengan kemenangan apabila mengatasi cabaran KL City FC dalam aksi pertama Kumpulan A. Selepas menggondol gelaran juara Piala Presiden 2023, JDT III yang dibimbing Gonzalo Sanz Zaballos dilihat mahu meneruskan kecemerlangan musim lepas. Sementara skuad muda KL City yang dibimbing Iqbal Hanafi Masduki […]

JDT Mudah ‘Ratah’ Skuad Muda Barcelona

Aksi terbaru Singapore Youth League (SYL) menyaksikan skuad muda Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencipta sensasi dengan menewaskan pasukan muda Barcelona. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Woodlands, Singapura itu menyaksikan JDT Bawah 15 Tahun (B-15) sukar digugat pihak lawan. JDT kekal unggul selepas lapan perlawanan apabila merekodkan kemenangan kelapan berturut-turut dalam Kumpulan B B-15 […]

Syamer Kutty Pulang Ke Utara, Sertai Penang FC

Pemain tengah kebangsaan, Syamer Kutty Abba akan kembali menyarung jersi Penang FC dalam saingan Liga Malaysia 2024-2025. Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan Penang FC dengan satu poster pemain tengah berusia 27 tahun itu menyarung jersi kelab tersebut. Anak jati Pulau Pinang ini menyertai pasukan utara tanah air secara pinjaman […]

Jalil Elias & Oday Kharoub Bawa Tarikan Berbeza Ke Liga Super

Kehadiran dua bintang import baru Liga Super, Jalil Elias dan Oday Kharoub dijangka menambah tarikan berbeza menjelang musim 2024/25 yang bermula pada bulan hadapan. Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Elias bukan saja hadir dengan reputasi sebagai pemain paling mahal dalam Liga Super dengan nilai semasa €3 juta (RM15 juta). Malah, pemain tengah Johor […]

Piala Sumbangsih: Aksi JDT & Selangor Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi gelanggang rasmi bagi pertemuan epik JDT dan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2024. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada Selasa menyaksikan Piala Sumbangsih akan dijalankan pada awal bulan Mei sebagai aksi pembukaan Liga Super 2024-2025. “Sementara itu, Perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 […]

JDT Perkenal Jersi Penjaga Gol, Tampil Dengan Identiti Berbeza

Selepas memperkenalkan jersi ketiga berwarna hijau neon semalam, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memperkenalkan jersi baru penjaga gol mereka. Pengenalan jersi baru penjaga gol JDT musim 2024/25 dibuat di platform media sosial Johor Southern Tigers hari ini. Tidak seperti jersi penjaga gol mereka pada musim 2023 yang mengetengahkan warna kuning dan biru sebagai warna […]

Arif Aiman Kembali ‘Dicari’ Orang Asia

Nama pemain sayap Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Arif Aiman Hanapi kembali jadi tumpuan peminat bola sepak Asia. Ini selepas nama pemain sayap berusia 21 tahun itu dipilih sebagai sebahagian daripada empat pasukan lima pemain terbaik yang beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023/24. Arif berada dalam pasukan A bersama penjaga gol Ulsan […]